{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


17 resolusi pelbagai isu dilulus

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

KETUA Pemuda MCA yang baru, Chong Sin Woon (tengah) bergambar bersama kepemimpinan baru sayap pemuda bagi penggal 2013-2016 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-49 meluluskan kesemua 17 resolusi merangkumi isu berkaitan parti, politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraman awam dan anti rasuah.

Resolusi Pemuda MCA dibentangkan Timbalan Speaker pergerakan itu, Chew Lian Keng sebelum diluluskan sebulat suara oleh 1,515 perwakilan, antara lain termasuk menyatakan sokongan terhadap Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Antara yang menarik perhatian adalah resolusi nombor satu yang akan menyokong penuh kepemimpinan baru MCA dalam melaksanakan pelan transformasi selain menyatukan ahli di semua peringkat parti bagi mengembalikan sokongan rakyat dan imej parti.

Selain itu, Pemuda MCA turut mengkritik dan selari dengan rakyat Selangor yang membantah kenaikan gaji serta elaun Menteri Besar serta keseluruhan barisan pimpinan pembangkang di negeri itu secara drastik tanpa alasan.

Komponen Barisan Nasional (BN) turut dirayu agar menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan berhenti menyalahkan masyarakat Cina yang kurang menyokong kerajaan.

Dari segi ekonomi, antara resolusi yang diluluskan adalah seruan kepada kerajaan agar kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) diturunkan dari enam peratus kepada empat peratus demi meringankan beban rakyat.

Kerajaan juga diminta mempercepatkan pembinaan rumah mampu milik, menambah kuantiti jumlah unit serta memantau perkembangan perumahan dan hartanah bagi mengelakkan spekulator daripada memantau harga dan mengaut keuntungan.

Pemuda MCA juga membantah kenaikan tarif elektrik secara mendadak yang akhirnya akan menyebabkan golongan miskin dan pertengahan terbeban.

Resolusi berkaitan pendidikan pula memohon kepada kerajaan supaya meningkatkan peruntukan sekolah rendah setiap aliran dan mencadangkan peruntukan sekurang-kurangnya RM200 juta kepada 1,295 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina setiap tahun selain sebanyak RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan.

Sayap Pemuda juga menyokong tindakan anti rasuah dan menyeru agar kerajaan mengkaji semula proses siasatan dan pendakwaan terhadap kes rasuah bagi mengelakkan sebarang penganiayaan.

Bertindak agresif kembalikan kegemilangan parti

Posted: 19 Dec 2013 11:25 AM PST

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Pemuda MCA digesa bertindak agresif bagi mengembalikan kegemilangan parti itu sekali gus meraih kembali sokongan masyarakat Cina yang kini sudah jatuh ke tangan pembangkang.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sayap Pemuda perlu memikul tanggungjawab ini demi memastikan parti berkenaan kekal relevan khususnya kepada masyarakat Cina.

"Kita semua sedar bahawa sekarang adalah titik perubahan hala tuju untuk MCA. Masa depan MCA sama ada gelap ataupun cerah, segala-galanya bergantung kepada kemahuan kita.

"Sebagai ahli Pemuda yang pernah mengharungi cabaran-cabaran parti, saya tetap percaya kita mampu meneroka satu jalan yang baharu," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA ke-49 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemuda Kebangsaan MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Menurut Tiong Lai, MCA belum bersedia untuk mengaku kalah, sebaliknya parti itu lebih bersemangat untuk mengubah sejarah bagi merealisasikan matlamat perjuangan demi kepentingan parti dan semua rakyat khususnya masyarakat Cina.

"Keputusan pilihan raya yang lepas telah melemahkan MCA untuk seketika. Parti pembangkang majoriti Cina pula yang menang besar dan menjadi semakin kuat namun kita perlu bangkit demi bangsa serta negara.

"Pembangkang penuh dengan janji kosong dan retorik. Hakikatnya, MCA merupakan parti yang telah banyak berjasa kepada masyarakat kita, ini adalah kenyataan yang perlu difahami oleh rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, Tiong Lai mengingatkan sayap Pemuda supaya bersedia menghadapi pilihan raya akan datang, antaranya dengan menguasai media sosial bagi menjalin hubungan rapat dengan golongan muda untuk menyampaikan agenda dan pencapaian MCA kepada mereka.

"Melihatkan senario politik negara kita, golongan muda harus menerima hakikat bahawa masyarakat Cina dan MCA adalah saling bergantung antara satu sama lain, kedua-duanya mempunyai kepentingan serta menghadapi risiko yang sama.

"Demi mendapat sokongan, MCA harus mendekati mereka," tegasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat