{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Nenek Rasis: Jahara pertimbang saman Lim Guan Eng

Posted: 22 Dec 2013 09:50 PM PST

Oleh ZABRY MOHAMAD

PULAU PINANG 23 Dis. - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana menggelarnya 'nenek rasis' baru-baru ini.

Sehubungan itu, Jahara memberi tempoh seminggu kepada Guan Eng untuk memohon maaf kepadanya sekiranya tidak mahu tindakan saman itu diteruskan. - UTUSAN ONLINE

MCA sedia sahut saranan PM

Posted: 22 Dec 2013 10:18 AM PST

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

Liow Tiong Lai melambaikan tangan kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung MCA Ke-60 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Wee Ka Siong (dua dari kiri).

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Barisan kepemimpinan tertinggi baharu MCA membulatkan tekad untuk mengetepikan segala konflik dalaman yang pernah wujud bagi membantu Barisan Nasional (BN) meraih semula sokongan masyarakat Cina.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menegaskan, sudah tiba masanya untuk MCA bergerak ke arah kesepaduan yang jitu dalam kalangan ahlinya serta mengembalikan kegemilangan parti tersebut.

Katanya, barisan kepemimpinan baharu yang diterajui oleh Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memberi tumpuan kepada ahli di setiap peringkat iaitu daripada atasan hinggalah akar umbi bagi memastikan wujudnya kesepaduan.

"Parti ini telah melalui zaman wujudnya 'puak' beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi, saya kira saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya MCA memberi keutamaan kepada perpaduan parti adalah tepat pada masanya.

"Untuk mewujudkan kesepaduan yang jitu ini, masa diperlukan. Tetapi, kami akan berusaha keras memberi semangat kepada setiap ahli supaya tidak berlaku konflik sehingga boleh membantutkan usaha MCA yang mahukan kejayaan pada pilihan raya umum akan datang," katanya yang ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung MCA di sini, hari ini.

Semalam, dalam ucapannya, Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan bahawa parti berteraskan masyarakat Cina itu wajar memberi keutamaan kepada kesepaduan dalam kalangan ahli parti.

Dalam pada itu, Naib Presidennya, Datuk Hou Kok Chung memberitahu, umum sedia maklum bahawa MCA menghadapi masalah dalaman dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sehingga menjejaskan parti.

Katanya, sudah tiba masa perkara itu ditolak ke tepi bagi mengorak langkah membentuk kesepaduan untuk mengembalikan kegemilangan parti.

"Saya amat berharap ahli-ahli parti akan bersatu padu di bawah kepimpinan baharu ini. Banyak cabaran yang perlu kita tempuhi, sekiranya tiada kesepaduan, parti tidak akan mampu hadapinya," jelas beliau.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon pula menyifatkan saranan Perdana Menteri itu sebagai satu 'teguran' yang harus diterima parti.

"Perbalahan dalaman yang dilalui beberapa tahun ini harus dilupakan. Sekarang masanya kita tumpukan kepada usaha memberi sokongan padu kepada BN," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat