{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Jahara mahu saman Guan Eng

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup. com.my

JAHARA Hamid (duduk, kanan) bersama barisan kepemimpinan Wanita UMNO Negeri menuntut Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka kepadanya berhubung gelaran 'nenek rasis' dalam sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN

PULAU PINANG 23 Dis. - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung gelaran 'nenek rasis' yang diterimanya baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau memberi tempoh seminggu kepada Guan Eng untuk meminta maaf kepadanya jika tidak mahu tindakan saman tersebut diteruskan.

Jahara berkata, tindakannya membangkitkan isu gerai peniaga Melayu dirobohkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam DUN ternyata telah diputarbelitkan oleh Guan Eng bagi mengelirukan rakyat tentang perkara sebenar.

"Memfitnah saya sebagai pembohong merupakan serangan peribadi yang serius dan menjatuhkan maruah saya sebagai seorang perempuan dan Ketua Pembangkang DUN.

"Kata-kata berbentuk serangan peribadi ke atas saya adalah tidak wajar dan saya meminta Guan Eng memohon maaf secara terbuka demi menjaga prinsip kebebasan bersuara dan keutuhan institusi DUN serta memelihara kehormatan dan integriti ketua Menteri dan Ketua Pembangkang," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Guan Eng dalam sidang akhbar semasa sidang DUN baru-baru ini menggelarkan Jahara sebagai 'nenek rasis' kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran 'nenek' malah Setiausaha Agung DAP itu tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

Jahara menambah, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng perlu mendengar dan membantu menyelesaikan masalah rakyat serta tidak menyelar sesiapa yang membangkitkan isu sedemikian terutama daripada wakil rakyat.

"Saya minta Guan Eng sebagai ketua sesebuah kerajaan menganalisis semua fakta dengan teliti dan rasional serta positif," ujarnya.

Lim Guan Eng mahu sembunyikan sesuatu?

Posted: 23 Dec 2013 10:40 AM PST

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Tindakan DAP menghantar laporan hanya tiga muka surat mengenai perjalanan kongres dan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, tindakan tersebut melihatkan seolah-olah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu menyembunyikan sesuatu.

Berikut kenyataan penuh Anuar:

l Kita setuju dengan tulisan Awang Selamat bahawa Guan Eng tidak kompeten dan tidak cekap mentadbir parti DAP. Amat malang Pulau Pinang diketuai oleh seorang pemimpin yang tidak kompeten dan tidak cekap. Beliau hanya pandai menyalahkan orang lain tetapi tidak pandai buat kerja sendiri selain kaya dengan sikap angkuh dan sombong.

l Laporan tiga helai kertas yang dihantar oleh Guan Eng kepada ROS langsung tidak masuk akal. Nampak sangat Guan Eng mahu sembunyikan sesuatu dan mahu mensabotaj usaha ROS untuk menyiasat aduan daripada ahli-ahli DAP sendiri. Ini merupakan perbuatan busuk hati. Orang Melayu di Pulau Pinang perlu tolak pemimpin yang busuk hati dan tidak jujur.

l Guan Eng perlu terima tawaran daripada Awang Selamat yang menawar diri untuk membantu Guan Eng menulis laporan pemilihan CEC kepada ROS. Jangan bersikap angkuh dan sombong menolak tawaran Awang Selamat. Kalau tidak pandai dan tidak cekap akui sahaja beliau memang begitu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat