{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Manfaat kepada 3,000 petani

Posted: 01 Dec 2013 10:06 AM PST

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR

MD. Alwi Che Ahmad (dua dari kiri) bersama Ibrahim Mat (kiri) melawat pameran sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) 2013 di Kota Bharu, semalam.

utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 1 Dis. - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan memulakan projek empangan terapung membabitkan kos sebanyak RM38 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di rumah pam Lemal, dekat sini.

Pengerusinya, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, projek tersebut akan dijalankan dalam masa terdekat dan ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 petani di kawasan terbabit.

"Projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa dua tahun.

"Dengan adanya projek baru ini mudah-mudahan segala bentuk perancangan atau aktiviti penanaman padi akan berjalan mengikut jadual," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi KADA 2013, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Inovasi KADA, Ridzuan Ismail.

Majlis tersebut diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga KADA yang telah terlibat dalam menghasilkan inovasi membabitkan pelbagai lapangan dalam agensi itu.

Sementara itu, Md. Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, kreativiti dan inovasi merupakan teras kejayaan, oleh itu KADA sentiasa menggalakkan warganya berfikir di luar kotak dalam usaha membangunkan modal insan kelas pertama.

"Inovasi dapat membantu pengurusan KADA khususnya menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan," katanya.

Tambahnya, inovasi yang dihasilkan berupaya menambah baik nilai pengeluaran semasa serta membawa transformasi dan perubahan kepada amalan yang sedia ada.

Beliau berkata, kesan inovasi yang menjadi budaya menjana proses perubahan dari konvensional kepada suatu keadaan yang lebih produktif dan sistematik yang memberi impak secara optimum kepada pelanggan sekali gus merealisasikan konsep KADA 'Baloh Negara'.

'Skuad Sukarela Puteri' ditubuh bantu penduduk

Posted: 01 Dec 2013 10:06 AM PST

KUALA TERENGGANU 1 Dis. - Pergerakan Puteri UMNO Terengganu menubuhkan 'Skuad Sukarela Puteri' untuk membantu penduduk setempat jika berlaku banjir atau sebarang bencana di negeri ini.

Ketuanya, Rozita Ismail berkata, kira-kira 1,600 ahli di seluruh negeri akan digerakkan dalam skuad tersebut yang melibatkan 200 orang setiap bahagian.

Menurut beliau, setiap satu skuad akan disertai antara 10 hingga 15 orang yang akan menghulurkan tenaga bagi memberi khidmat untuk meringankan bebanan mangsa bencana terutama di daerah masing-masing.

"Oleh kerana pada masa ini Terengganu sedang menghadapi musim tengkujuh, skuad tersebut akan memberi tumpuan untuk membantu mangsa banjir," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis penyerahan Tabung Haiyan oleh Ketua-Ketua Puteri Bahagian, di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, Ketua Puteri Bahagian telah diminta mengenal pasti lokasi pusat-pusat pemindahan yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi memudahkan bantuan diberikan.

Rozita berkata, skuad tersebut akan membantu mangsa banjir terutama di pusat-pusat pemindahan serta bekerjasama dengan agensi lain seperti membantu dalam penyediaan makanan dan sebagainya.

Menurut beliau, selain membantu ketika banjir, Skuad Sukarela Puteri juga akan membantu mangsa selepas banjir termasuk membersih kawasan persekitaran penempatan.

"Skuad sukarela itu akan digerakkan jika ada mangsa banjir yang dipindahkan di pusat-pusat pemindahan banjir," ujarnya.

Pada majlis itu sebanyak RM17,113.65 dapat dikutip daripada lapan Bahagian Puteri di seluruh negeri bagi mengisi tabung yang dilancarkan seluruh negara oleh Puteri UMNO Pusat.

Mohd. Johari, Najmil beri nafas baharu kepada Pemuda UMNO Terengganu

Posted: 01 Dec 2013 10:06 AM PST

KUALA TERENGGANU 1 Dis. - Ketua Pemuda UMNO Terengganu yang baharu, Mohd. Johari Abu Bakar menyifatkan pelantikannya sebagai satu amanah yang akan dipikul untuk membantu mengukuhkan peranan pergerakan itu dalam parti dan masyarakat.

Sambil mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan, pemegang Diploma Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu yakin dapat menjayakannya dengan gandingan barisan kepemimpinan yang dipilih di peringkat bahagian dan cawangan baru-baru ini.

Bersandarkan pengalamannya dalam politik lebih 15 tahun, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu itu menegaskan, fokus juga akan lebih terarah kepada usaha menjadikan Pemuda lebih akrab dengan generasi muda untuk bersama dengan perjuangan UMNO.

Katanya, sebagai permulaan langkah, pengukuhan akan dilakukan di peringkat akar umbi dengan menyusun kembali program-program yang melibatkan belia dan bukan hanya fokus pada program berbentuk kepartian.

"Kita akan mengambil pendekatan untuk melaksanakan pelbagai program yang lebih dekat dengan generasi muda seperti aktiviti kesukanan, rekreasi, pendidikan dan memperbanyakkan aktiviti keagamaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini semalam.

Pengumuman pelantikan Mohd. Johari dibuat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Exco Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Mohd. Johari, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang juga penyandang baharu, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris pula dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri.

Mohd. Johari dilantik jawatan itu menggantikan Saiful Bahri Baharuddin yang telah melepasi had umur manakala Najmil Faiz mengisi tempat bekas anggota Exco negeri, Khazan Che Mat.

Beliau mengakui dirinya bukanlah kalangan pemimpin muda yang popular tetapi mungkin pemilihan dibuat berdasarkan pengalaman.

"Saya juga bukan wakil rakyat dan pelantikan ini membolehkan kami bergerak seiringan melalui pelbagai peranan yang akhirnya ke arah memastikan UMNO terus mendapat tempat di hati rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Johari memaklumkan, beliau akan mengumumkan senarai ahli jawatankuasa tidak lama lagi kerana masih dalam proses perbincangan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat