{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Terokai dunia skuba

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my

PELAJAR-PELAJAR skuba membuat bulatan di dasar laut ketika menjalani latihan selam di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.

PULAU PERHENTIAN 19 Mei - Penyertaan dalam dunia selam mungkin bukan pilihan utama bagi kebanyakan orang dan keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan dunia skuba tidak seglamor profesion lain.

Malah, komuniti dunia selam juga tidak seramai mereka yang terbabit dalam kerjaya lain, ditambah pula pendapatannya tidaklah selumayan golongan profesional.

Namun di sebalik semua ini, ada kalangan orang yang sanggup meninggalkan profesion mereka yang sudah menjanjikan pendapatan lumayan semata-mata mahu menyertai dunia skuba.

Setelah menyertai dunia skuba, ramai mengakui bahawa ia sebenarnya satu kerjaya yang sangat mencabar walaupun mempunyai risiko tertentu seperti melibatkan keselamatan diri.

Bagaimanapun, semua risiko itu dapat atasi dengan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan, selain mendapat ketenangan disebabkan dunia skuba dikaitkan dengan pemuliharaan alam sekitar di dasar laut.

Dengan kata lain, mereka yang terlibat dalam dunia selam sentiasa mementingkan pemuliharaan kha-

zanah yang terdapat di dalam laut seperti hidupan ikan, terumbu

karang dan banyak lagi.

Kepuasan pada diri seseorang penyelam itu apabila melihat terumbu karang, hidupan laut seperti ikan dan penyu. Semuanya indah dan cantik serta berwarna-warni. Keadaan ini tidak terdapat di daratan.

Apabila berada di dasar laut, mereka juga merasakan seperti satu dunia yang baharu dan amat asing kerana sebelum ini kita lebih

banyak menghabiskan masa di daratan, termasuk bekerja, makan minum, tidur dan sebagainya.

Tetapi apabila menyelam, ramai akan merasakan ketenangan setelah melihat panorama yang indah di dasar laut," kata Yaakub, pengusaha pemilik pusat selaman, Turtle Bay Divers di Pulau Perhentian Kecil.

Memulakan penubuhan Turtle Bay Divers pada 1993, Yaakub ber-

kata, jumlah yang berminat melibatkan diri dalam dunia selam semakin bertambah.

Namun, jelas beliau, sejak sekian lama mereka yang terlibat dalam dunia selam itu kebanyakannya adalah pelancong asing berbanding rakyat tempatan.

Kini penglibatan rakyat tempatan dilihat semakin bertambah. Yang penting mesti ada keberanian dan ingin mencuba untuk terlibat dalam profesion skuba ini,"

katanya.

Yaakub berkata, perkembangan itu juga memperlihatkan terdapat kalangan golongan berpendapatan lumayan sanggup bertukar kerjaya semata-mata mahu menyertai dunia skuba.

Malah, ramai juga kalangan profesional yang memilih skuba sebagai aktiviti kegemaran untuk bersantai terutama bagi menghabiskan masa percutian.

Kalau kita lihat, dunia skuba ini juga mengajar mengenai di-

siplin terutama yangberkaitan dengan keselamatan diri ketika menjalankan aktiviti selam.

Tanpa disiplin kemungkinan akan berlaku kemalangan. Sebab itu banyak peraturan yang telah ditetapkan perlu dipatuhi. Ini termasuk mereka yang hendak menjalankan aktiviti menyelam perlu mempunyai lesen selam," katanya.

Yaakub menambah, sebelum aktiviti skuba dijalankan, seseorang penyelam itu juga diberi penera-

ngan mengenai pemuliharaan kha-

zanah di dasar laut.

Penerangan juga diberi mengenai lokasi-lokasi selam seperti jenis hidupan laut,terumbu serta banyak lagi yang terdapat di situ. Semua maklumat ini sebenarnya memberi ilmu baharu kepada peminat-peminat skuba," katanya.

Dunia skuba amat menarik

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

BEBERAPA pelajar skuba memeriksa peralatan selam sebelum memulakan sesi latihan di dasar laut di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.

PULAU PERHENTIAN 19 Mei - Saya sanggup tinggalkan profesion seorang guru kerana teruja dengan keindahan dasar laut.

Hidupan di dasar laut se-

perti terumbu karang, ikan dan sebagainya, semua ini memberi ketenangan kepada saya. Dunia skuba amat menarik," kata Fiona Grace Mokry, 28, yang berasal dari Amerika Syarikat.

Beliau sebelum ini bekerja sebagai seorang guru dan mengajar di Thailand tetapi minatnya terhadap dunia skuba menyebabkan beliau meninggalkan kerjaya asal.

Saya datang ke sini untuk menambah pengetahuan menyelam dan akhirnya berjaya mendapat lesen selam peringkat 'dive master'.

Saya pilih tempat ini (Turtle Bay Divers) disebabkan reputasinya dalam melahirkan para penyelam yang terlatih," katanya.

Bagi Mufizah Moslim, 32, atau lebih dikenali sebagai Fizzy dalam kalangan rakan-rakan, beliau sanggup me-

ninggalkan kerjaya di sebuah syarikat cari gali minyak kerana tertarik dengan cabaran dunia skuba.

Walaupun saya telah bekerja dengan syarikat berkenaan selama enam tahun dengan pendapatan lumayan tetapi dunia skuba ini amat menarik.

Saya tidak menyesal menyertai dunia skuba walaupun pendapatan saya kini kurang dari pendapatan asal ketika bekerja dengan syarikat carigali terbabit.

Bagi saya, kerjaya sekarang bersama dunia skuba lebih mencabar dan yang pen-

ting kita harus meningkatkan kemahiran diri untuk mengajar dan melahirkan seramai mungkin penyelam berpe-

ngalaman," katanya.

Noor Syalihuda Bani, 35, pula sebelum ini pernah bertugas sebagai pensyarah di Univeristi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kira-kira lima tahun.

Menurut Noor Syalihuda, beliau akhirnya memilih untuk bersama dunia skuba setelah mendapati kerjaya tersebut lebih mencabar.

Walaupun kini saya bersama dunia skuba, tetapi konsepnya tetap sama iaitu saya turut mengajar orang untuk mendapatkan lesen selam.

Dunia skuba bukan sahaja memberi ketenangan pada saya, malah saya anggap ia umpama sebuah pusat pendidikan yang melahirkan ramai 'pelajar' yang mahir dalam bidang skuba," katanya yang memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang sains sukan.

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Zu lkepli Mohamad (empat dari kanan) menyerahkan chek sumbangan Tabung Serambi Mekah berjumlah RM2,000 kepada Wan Daud Wan Othman sambil diperhatikan oleh ahli-ahli koperasi dan Ahli Lembaga Pengarah KDBKB di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 19 Mei - Penggiat seni dikir barat, Wan Daud Wan Othman, 57, menerima sumbangan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM2,000 yang disalurkan melalui Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad (KDBKB).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi KDBKB, Datuk Dr. Zulkepli Mohamad pada satu majlis ringkas di sini kelmarin.

Wan Daud yang terkenal dengan nama Tok Wan Daud Kembang Malam menerima sumbangan itu setelah rumah yang disewanya di Kampung Baung dekat sini musnah dalam kebakaran pada Julai tahun lalu.

Katanya, berikutan musibah yang menimpa, dia bersama isteri, Wan Mariani Wan Abdul Rahman, 36, serta tiga orang anak dihimpit pelbagai kesulitan dan terpaksa menumpang sementara di rumah mertuanya.

Apa tidaknya, akibat kebakaran itu saya sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Semua barangan termasuk pakaian musnah, hangus terbakar.

Dengan bantuan ini, bantuan rakan-rakan dan masyarakat sekitar sekurang-kurangnya boleh meringankan beban perbelanjaan untuk kami sekeluarga meneruskan kehidupan baru," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian cek sumbangan tersebut di sini kelmarin.

Wan Daud berkata, sebelum ini beliau menerima sumbangan bencana alam itu yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman sebanyak RM1,000.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat