{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Adly Mansour angkat sumpah presiden sementara Mesir

Posted: 04 Jul 2013 02:52 AM PDT

KAHERAH: Ketua Hakim Negara, Adly Mansour hari ini mengangkat sumpah sebagai presiden sementara Mesir, sehari selepas pasukan tentera menggulingkan Mohamed Morsi berikutan bantahan besar-besaran selama seminggu oleh orang awam.

"Saya bersumpah untuk mengekalkan sistem republik, dan menghormati perlembagaan dan undang-undang serta menjaga kepentingan rakyat," kata Mansour

selepas mengangkat sumpah jawatan pada satu majlis di Mahkamah Perlembagaan Agung.Pegawai kerajaan mengalu-alukan pengisytiharan itu dengan disambut tepukan gemuruh.

Upacara angkat sumpah itu disiarkan secara langsung di televisyen tempatan, selepas pihak tentera menggulingkan Morsi, semalam. - AFP

Malaysia bakal jadi peserta utama pasaran harta London: Najib

Posted: 04 Jul 2013 02:34 AM PDT

LONDON: Pelaburan agresif di United Kingdom akan menjadikannya peserta utama dalam pasaran hartanah London.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tabung persaraan kerajaan terbesar Malaysia, berkata ia mempunyai banyak dana dan perlu melaburkan lebihan tunainya, di luar negara.

Malaysia juga sudah mengatasi kebanyakan saingan antarabangsanya dengan pelaburannya dalam pasaran harta UK.

Tahun lalu, pelabur Malaysia melabur 1.4 bilion pound, hampir kesemuanya di
London, membeli pejabat di kota London dan projek pembangunan semula Battersea Power Station yang besar, lebih daripada lain-lain negara Asia, kata Najib dalam satu wawancara eksklusif yang disiarkan hari ini di dalam Financial Times.

Najib disebut sebagai berkata, bahawa rakyat Malaysia tahu, faham dan menyukai London, dan pelabur yakin akan mendapat pendapatan yang lumayan daripada pejabat London.

Perdana Menteri juga menyentuh tentang janjinya untuk mempercepatkan reformasi ekonomi dan pemodenan dalam rangka kerja politik negara.
"Saya mahu membuktikan bahawa kami boleh membuat perubahan dalaman. Kami akan mengubah kerajaan dan ekonomi, serta demokrasi di Malaysia," Najib disebut sebagai berkata dalam artikel setengah muka yang ditulis oleh Ed Hammond dan Stefan Wagstyl.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat