{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Tindakan 'tidak beri muka' kepada Raja satu keputusan bijak

Posted: 24 Jul 2013 01:12 PM PDT

Kuala Lumpur: Tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 'tidak memberi muka' kepada ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal membatalkan aksi persahabatan antarabangsa berstatus kelas A mulai tahun depan, adalah satu keputusan bijak.

Selepas mempersiakan peluang mengutip mata ketika menentang lawan lebih baik seperti Arab Sa udi dan Iraq, awal tahun ini, pendirian tegas Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin itu sepatutnya dilihat dari sudut positif dalam usaha meningkatkan kualiti dan ranking skuad kebangsaan.

Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, berkata setiap peluang harus digunakan sebaik mungkin bagi memperkasakan prestasi Harimau Malaya.

"Kalau lawan kelab, ia lebih kepada kepuasan peminat yang mahu menyaksikan bintang dunia beraksi tetapi kalau menentang pasukan negara lain, ia ada kepentingan buat pasukan kebangsaan kita. Lupakan soal keputusan dan sekurang-kurangnya ia boleh memperbaiki kedudukan negara dalam ranking dunia," katanya ketika dihubungi semalam.

Namat sependapat

Semalam, Hamidin dilaporkan berkata tiada lagi keistimewaan untuk Rajagobal membatalkan sewenang-wenangnya perlawanan antarabangsa berstatus kelas A dan menukar kepada perlawanan ujian yang tidak menawarkan mata kepada ranking skuad negara, mulai tahun depan.

FAM sudah menghantar surat kepada beberapa negara dari rantau Asia Tenggara, Afrika serta Eropah untuk mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa itu.
Bekas pemain kebangsaan, Datuk Namat Abdullah yang sependapat dengan Raja Ahmad Zainuddin berkata, Rajagobal seharusnya tidak mempersia-siakan peluang yang ada.

"Jangan siakan peluang yang ada dan gunakan setiap peluang itu dengan sebaik mungkin sekali gus dapat membantu meningkatkan ranking pasukan negara," katanya.

Eldstal janji bantu pertahan pingat emas

Posted: 24 Jul 2013 01:08 PM PDT

Kuala Lumpur: Pemain tengah Sarawak, Junior Eldstal yang sempat beraksi pada 10 minit terakhir ketika menentang Chelsea di Stadium Shah Alam, Ahad lalu, bertekad mahu menggunakan peluang di Jepun untuk menunjukkan kemampuannya.

"Bermain menentang Chelsea adalah peluang sekali seumur hidup. Walaupun hanya 10 minit, ia adalah 10 minit yang cukup bermakna.

"Bukan mudah untuk melakukan sesuatu dalam tempoh singkat itu, tetapi saya sudah memberi yang terbaik dan berbangga dapat mewakili negara," kata Junior yang membantu Sarawak menjuarai Liga Perdana dalam lapan perlawanan terakhir musim ini selepas berpindah dari England.

Eldstal atau nama tempatannya Putera Nadher Amarhan masuk menggantikan Aidil Zafuan Abd Radzak pada minit ke-81 sebagai bek tengah.

Pemain 21 tahun berdarah campuran Sweden-Malaysia itu turut mensasarkan membantu skuad Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar Disember ini, tetapi fokus utama ialah menyempurnakan misi penting skuad kebangsaan dalam kempen kelayakan Piala Asia.

"Pasukan ini ada potensi dan pemain bagus," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat