Harian Metro: Hati
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Hati |
Posted: 03 Jul 2013 08:20 AM PDT Seiring perkembangan teknologi terkini dalam pembuatan kamera dan televisyen definisi tinggi (HD) untuk menampilkan gambar yang lebih terperinci, solekan pada wajah juga harus diperbaharui. Bukan saja untuk mendapatkan penampilan wajah mulus dan bebas cela, malah solekan berkonsepkan HD juga sangat penting bagi mereka yang banyak bekerja di hadapan kamera dan bidang penyiaran. Namun, itu tidak bermakna wanita di luar bidang berkenaan tidak boleh mencuba teknik solekan berkenaan malah ia sebenarnya sesuai digayakan oleh sesiapa saja yang mahukan wajah tampak lebih licin dan rata tanpa perlu bersolek tebal. Menurut jurusolek terkenal dan pengasas KAI Image Academy, Kenz Ooi, solekan HD adalah lebih nipis berbanding cara lama yang banyak menggunakan alat solek jenis krim bagi menutup cela pada wajah. KENZ ketika melakukan demonstrasi solekan. 8. SAPUAN pengilat bibir untuk menjadikan mekap lebih sempurna. KENZ menegaskan solekan perlu diubah seiring perkembangan teknologi terkini. 1. WAJAH sebelum disolek. 2. SAPU primer atau prabedak asas pada wajah. 3. GUNAKAN bedak asas HD lebih cerah pada kawasan mata. 4. BEDAK asas HD rona sama dengan kulit disapu di keseluruhan wajah manakala warna lebih gelap pula untuk mengecilkan muka atau memberi kesan mancung pada hidung. 5. PILIH pemerah pipi yang sesuai dengan warna kulit dan sapu di tulang pipi. 6. GUNAKAN berus sesuai untuk sapuan bedak mineral HD jenis krim dan bedak tabur HD. 7. CELAK sebagai pelengkap mata menarik.
"Justeru, setiap wanita harus belajar bersolek mengikut perubahan era baru pada masa kini untuk mendapatkan wajah yang mulus dan lebih licin," katanya. Tambahnya, solekan HD juga sesuai digayakan ketika ingin menghadiri majlis istimewa atau makan malam kerana ia juga dapat membantu mengurangkan kesan wajah letih atau lingkaran gelap bawah mata. Teknik sapuan adalah sama tetapi alat mekap yang digunakan seperti bedak asas dan bedak padat jenis krim membantu menampilkan wajah lebih muda dan tekstur kulit tampak licin. Bedak asas dan bedak padat yang biasa digunakan Kenz daripada jenama Mehron mementingkan keselamatan kulit pengguna. "Walaupun ia jenis krim namun bedak asas atau bedak padat yang ditampilkan bebas minyak, tidak berkilat selain bebas bahan kimia dan wangian. "Kelebihannya ia mengandungi aloe vera dan vitamin E untuk membantu menjadikan kulit sihat selain lebih ringan untuk disapu pada wajah. "Terdapat lebih 20 warna, ia mesra pengguna kerana mudah disapu dan lebih rata walaupun tanpa menggunakan penutup cela pada wajah," jelasnya. Tambahnya, gunakan span atau berus sesuai berbanding jari ketika menyapu bedak asas pada wajah bagi mengelakkan sapuan menjadi berbelak selepas memilih warna yang betul. Jika mahu mencuba, gunakan bedak asas dengan tiga warna berbeza iaitu lebih cerah, gelap dan rona sama dengan kulit bagi mendapatkan kesan solekan lebih sempurna. "Gunakan bedak asas rona lebih cerah di kawasan mata bagi membantu menutup lingkaran gelap atau mengurangkan kesan keletihan. "Bedak asas yang lebih gelap daripada warna wajah pula digunakan untuk mendapatkan kesan mancung pada hidung atau mengecilkan bentuk muka yang besar. "Akhir sekali, gunakan bedak asas rona sama dengan kulit wajah di seluruh bahagian muka untuk menutup cela dan menampilkan kesan mulus," katanya. Kenz menegaskan, wajah harus dibersihkan terlebih dulu dan disapu dengan pelembap sebelum mengenakan mekap bagi mengelakkan sebarang iritasi pada kulit. Tambahnya, untuk menggunakan pemerah pipi jenis krim, ia sebaiknya disapu sebelum mengenakan bedak padat bagi mendapatkan kesan yang lebih baik. Selain itu, wanita yang mempunyai masalah kulit kering atau matang boleh meninggalkan sapuan bedak HD mineral jenis krim dan bedak tabur bagi mengelakkan wajah kelihatan tua. Kenz turut mengadakan kelas mempelajari teknik solekan terkini secara separuh masa atau sepenuh masa kepada pelajar tempatan dan Timur Tengah, lepasan sekolah atau suri rumah yang mahu menambah pengetahuan mereka mengenai mekap. Malah, dia juga banyak mengadakan bengkel hujung minggu untuk wanita bekerja bagi meningkatkan kemahiran dan penampilan diri menerusi solekan sesuai. Menariknya, Kenz akan muncul pada pameran Cosmobeaute Asia kali ke-9 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 15 hingga 18 Julai ini dengan menampilkan koleksi mekap terbaru untuk tahun ini. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03 |
Posted: 03 Jul 2013 08:04 AM PDT Selesa dan menyenangkan apabila mengunjungi spa dan salun berkonsepkan Muslimah yang terletak di Presint 9, Putrajaya. Malah, keadaan sekitarnya juga tampak lebih santai serta ceria dengan hasil sentuhan dekorasi sederhana daripada pemilik Spa dan Salun Muslimah Beauty, Aya Mohd. Walaupun tampak biasa tanpa kehadiran alunan irama yang menenangkan dan bauan herba, namun ia begitu disenangi pengunjungnya kerana mereka boleh melakukan aktiviti memanjakan diri tanpa terganggu dengan kehadiran lelaki. Menurut Aya, konsep Muslimah sengaja diambil selepas melihat keinginan wanita yang mahu melakukan rawatan kecantikan dengan lebih selesa tanpa bercampur dengan jantina lain. RAWATAN muka antara yang digemari pengunjung. KUKU juga memerlukan rawatan rapi untuk mengekalkan kecantikannya. SAUNA herba untuk membantu memecahkan lemak. URUTAN badan bagi melegakan keletihan.
Disebabkan tidak banyak spa atau salun yang menggunakan konsep Muslimah itu, Aya mengambil peluang berkenaan untuk membantu wanita menjalani rawatan dalam keadaan menyeronokkan. Ia juga dilakukan kerana memahami ramai wanita Muslimah masa kini yang tidak mahu mendedahkan aurat mereka kepada orang lain sekali gus mencari spa sesuai untuk melakukan rawatan kecantikan. Di samping menjaga bahagian tubuh badan yang perlu ditutup, Muslimah juga memerlukan tempat sesuai untuk melakukan rawatan kecantikan bagi mengekalkan keanggunan mereka setiap masa. "Bermula daripada hujung rambut hingga ke kaki, semua perkhidmatan rawatan kecantikan ada disediakan yang membuatkan wanita berhampiran senang mengunjunginya pada bila-bila masa saja. "Ramai yang datang membuat rawatan muka, urutan dan mandi susu kerana mementingkan penjagaan badan yang cantik serta menarik. "Selain itu, ada juga pengunjung yang gemar membuat sentalan badan kerana kami menggunakan bahan sesuai untuk keperluan tubuh masing-masing," katanya. Tambahnya, ada beberapa jenis bahan sentalan digunakan seperti serbuk kopi, beras, halia dan manggis yang mempunyai kebaikan kepada badan. Untuk wanita yang mahu kesan kulit lembut, licin dan gebu, bahan sentalan serbuk kopi dan beras lebih sesuai digunakan. Menariknya, bahan sentalan beras yang digunakan itu juga boleh disapu pada muka sebagai pembersih atau pupur bagi mengurangkan masalah jerawat. Bahan sentalan halia lebih sesuai untuk membantu membuang angin manakala jenis manggis pula bagi memutihkan kulit. Namun, ia perlu dilakukan dua kali dalam seminggu bagi mendapatkan kesan pada kulit atau badan. Rawatan berkenaan bukan hanya boleh dilakukan di spa, malah ia juga sesuai dibuat di rumah kerana Aya turut menjual bahan sentalan itu kepada pengunjung yang mahu melakukan sendiri. "Selain itu, di sini ada juga menyediakan sauna herba bagi pengunjung yang mahu membuang angin atau toksik dalam badan, memecahkan lemak dan membantu melancarkan darah. "Biasanya, ia mengambil tempoh 15 hingga 20 minit dan tidak menggalakkan pelanggan untuk melakukan lebih daripada 30 minit kerana jika terlalu lama boleh menyebabkan mereka berasa pening," tegasnya. Namun, Aya mengingatkan supaya pengunjung perlu membuat tempahan terlebih dulu terutamanya pada hari Jumaat kerana ia adalah waktu yang ramai pelanggan dan agak sibuk. Ia bagi mengelakkan pelanggan terpaksa menunggu lama dan lebih menyedihkan mereka langsung tidak dapat melakukan rawatan kerana jumlah pengunjung yang ramai. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai Spa dan Salun Muslimah Beauty, layari muslimah-beauty-saloon/facebook atau hantarkan emel menerusi muslimah_aya@yahoo.com. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |