Harian Metro: Mutakhir
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Mutakhir |
Tindakan tegas terhadap individu terlibat ajaran Syiah: Zahid Hamidi Posted: 25 Jul 2013 07:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk pemimpin politik dan pertubuhan yang masih mengamalkan ajaran syiah. Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
KDN turut mengenal pasti dan mempunyai maklumat lengkap pemimpin politik Islam yang membuka jalan kepada gerakan syiah di negara ini, katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini, hari ini. "Kalau mereka (pemimpin politik) ingin menafikan (penglibatan dengan ajaran syiah) dalam kempen parti, silakan. Tetapi mereka mesti isytiharkan diri mereka dan jangan berselindung daripada mana-mana fahaman selain dari ajaran Al-Sunnah Wal Jamaah," katanya.
|
Posted: 25 Jul 2013 03:33 AM PDT PETALING JAYA: Sebuah kedai emas kerugian lebih RM300,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki di di Jln PJS 2/16An Taman DatuK Harun, di sini hari ini. Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, empat lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh itu turut dikatakan membawa sepucuk pistol namun tidak melepaskan sebarang tembakan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |