Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Perakuan pengislaman tiga anak guru tadika batal dan tidak sah
- Anggota polis lepas tembakan setelah cuba disamun
- APMM pintas peniaga Indonesia cuba seludup barangan terkawal
Perakuan pengislaman tiga anak guru tadika batal dan tidak sah Posted: Perakuan pengislaman tiga anak guru tadika batal dan tidak sah25/07/2013 9:55pm IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan perakuan pengislaman terhadap tiga anak seorang guru tadika, M. Indira Ghandi, adalah batal dan tidak sah. Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng memutuskan pertukaran agama yang dibuat Mohd. Ridzuan Abdullah, bapa kepada Tevi Darsiny, 16; Karan Dinish, 15 dan Prasana Diksa, 5, adalah tidak mengikut peraturan. "Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Islam Perak, ketiga-tiga anak itu perlu mempunyai hasrat untuk memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan. "Dalam kes ini, ketiga-tiga anak berkenaan tidak dapat dibuktikan melafazkan dua kalimah syahadah dan mereka serta ibunya tidak hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendaftar bagi tujuan menukar agama," katanya dalam penghakimannya yang dibaca selama 1 jam 40 minit. Lee berkata, penukaran agama itu juga tidak sah dan batal kerana tiga beradik itu tidak hadir di hadapan pegawai agama bagi tujuan melafazkan pengisytiharan memeluk Islam (mengucap dua kalimah syahadah). - Bernama |
Anggota polis lepas tembakan setelah cuba disamun Posted: Anggota polis lepas tembakan setelah cuba disamun25/07/2013 9:45pm BENTONG - Seorang anggota polis melepaskan tembakan setelah beliau dan anak perempunnya cuba disamun dua lelaki bersenjata parang di simpang Lurah Bilut di sini petang tadi. Dalam kejadian 4.10 petang itu, kereta yang dinaiki bersama anak perempuannya berusia 17 tahun dihalang dua suspek terbabit. Anggota yang bertugas di Balai Polis Lurah Bilut itu, Kpl Awang Man Jaya, 40-an, sedang memandu kereta Proton Iswara dari Bandar Bentong untuk pulang ke rumahnya di Berek Polis Lurah Bilut. Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor, tiba di simpang Lurah Bilut, Mempaga, kereta yang dipandu anggota polis itu secara tiba-tiba dihalang sebuah kereta Mercedez Benz. "Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang kemudiannya bertindak mengacu parang ke arah anak mangsa, namun mangsa bertindak melepaskan tembakan pistolnya ke arah suspek," katanya di sini, hari ini. Tembakan itu mengenai bahagian badan salah seorang suspek. Kedua-dua suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dengan kereta Mercedez Benz berwarna hitam. - Bernama |
APMM pintas peniaga Indonesia cuba seludup barangan terkawal Posted: APMM pintas peniaga Indonesia cuba seludup barangan terkawal25/07/2013 9:29pm KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan sekumpulan peniaga tukar barang Indonesia untuk menyeludup barangan terkawal dari Sarawak melalui Sematan, sebuah kawasan petempatan pesisir pantai kira-kira 100km dari sini, minggu ini. Pengarah Operasi Maritim APMM Daerah Kuching, Komander Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah hari ini berkata, bot kampit yang digunakan kumpulan itu dipintas kira-kira 8km di luar pantai Sematan pada kira-kira 5.15 petang Selasa. "Pemeriksaan yang kami lakukan terhadap bot itu mendapati ia membawa kira-kira 420kg ayam beku, 150kg daging lembu, 23,000 telur ayam, susu tepung bayi yang disi di dalam 53 tin dan 40 kotak dan 33 kotak sausej," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, barangan yang dirampas itu bernilai lebih RM11,000 dan merupakan barangan yang dilarang daripada dibawa keluar dari negara ini dalam jumlah yang banyak. "Empat rakyat Indonesia berusia antara 36 tahun dan 49 tahun yang menaiki bot itu ditahan untuk membantu siasatan," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |