{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Negara maju seawal 2018

Posted: 04 Jul 2013 03:29 PM PDT

Malaysia berada di landasan betul untuk capai sasaran sebelum 2020

London: Malaysia boleh mencapai status negara maju berpendapatan tinggi seawal 2018 iaitu dua tahun lebih cepat daripada sasaran 2020, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Bank Dunia meletakkan Malaysia pada tangga ke-12 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2013 dan kajian terbaru menunjukkan Malaysia berada dalam landasan betul untuk mencapai sasaran itu dua tahun awal.
Kita berada dalam landasan betul untuk mencapai sasaran itu dan percayalah, ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa kerja kuat rakyat Malaysia, sama ada di dalam negara atau di sini," Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri

"Kita berada dalam landasan betul untuk mencapai sasaran itu dan percayalah, ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa kerja kuat rakyat Malaysia, sama ada di dalam negara atau di sini," katanya.

Status negara berpendapatan tinggi2018

Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan 'Sepetang Bersama Perdana Menteri' di sebuah hotel terkemuka di London, semalam.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK), Datuk Seri Zakaria Sulong serta kira-kira 1,000 peniaga dan rakyat Malaysia yang berada di kota metropolitan ini.
Laporan Unit Pengurusan dan Pelaksanaan (PEMANDU) 2012, menyebut Malaysia sudah melepasi Pendapatan Kasar Negara (GNI) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Menurut PEMANDU, Malaysia mungkin mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2018, jika jangkaan semasa kekal berdasarkan pertumbuhan KDNK, terutama selepas pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kriteria ditetapkan Bank Dunia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi ialah pendapatan perkapita AS$15,000 (RM45,000) berdasarkan GNI.

Berdasarkan GNI, pendapatan perkapita negara meningkat kepada AS$9,970 (RM30,239) akhir tahun lalu berbanding AS$6,700 (RM20,321) pada 2009, naik 49 peratus dalam tempoh tiga tahun selepas ETP dilancarkan.

Najib berkata, pelbagai inisiatif yang diumumkannya sebelum ini seperti Program Transformasi dan ETP sudah mula menghasilkan kejayaan.

"Oleh itu, kedudukan Malaysia di peta dunia semakin bertambah baik," katanya.

Malah katanya, Malaysia muncul sebagai pelabur tunggal terbesar dalam sektor hartanah di UK melalui projek pembangunan semula stesen janakuasa Battersea bernilai 8 bilion pound (RM39.2 bilion).

Terdahulu, Najib ketika mengadakan pertemuan dengan Rakan Barisan Nasional UK (FBNUK) di House of Lords di sini, berkata, cita-citanya selepas diberi mandat dalam pilihan raya umum baru-baru ini ialah untuk menjamin pertumbuhan yang lebih inklusif dan mapan.

"Dengan mandat baru ini, kita akan lebih fokus untuk mentransformasi ekonomi dan negara, bagi menyumbang pertumbuhan lebih baik, lebih banyak peluang dan urus tadbir lebih mantap.

"Malaysia sudah menjadi tempat terbaik di dunia untuk menjalankan perniagaan, ekonomi kita kuat dan terus tumbuh," katanya.

'Syarikat tak boleh diwajibkan bayar zakat'

Posted: 04 Jul 2013 03:23 PM PDT

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, berkata Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan zakat dikutip daripada orang Islam, bukan daripada syarikat.

Katanya undang-undang tidak boleh menjadikan sesebuah syarikat sebagai orang Islam atau bukan Islam.

"Saya tidak mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Selangor. Saya hanya cuba memahami asas atau rasional di sebalik keputusan itu (isu zakat)," katanya dalam ucapan bertajuk 'Kewajipan Syarikat Membayar Zakat: Isu yang timbul daripada kesan entiti undang-undang berasingan' pada Persidangan Undang-Undang dan Korporat Malaysia 2013 di sini, semalam.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Selangor gagal membezakan antara seorang manusia beragama Islam dan sebuah syarikat apabila mereka mengatakan syarikat wajib membayar zakat.

"Mereka membuat andaian bahawa di sebalik sesebuah syarikat, ada manusia (pemegang saham). Mereka mengaitkan agama pemegang saham dengan syarikat itu. Jika pemegang sahamnya beragama Islam, maka syarikat itu dianggap sebagai seorang Islam oleh itu, wajib membayar zakat," katanya.

Abdul Hamid yang juga ahli Majlis Penasihat Syariah berkata, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bukan sebuah jawatankuasa ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang dan ia tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang.

"Keputusannya bukan 'fatwa' yang mengikat sesiapa. Di Wilayah Persekutuan, jawatankuasa fatwa yang mempunyai kuasa mengeluarkan fatwa ialah Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 ("Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan").
"Jawatankuasa Fatwa Selangor ditubuhkan secara undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (Enakmen No. 1, 2003). Kedua-dua keputusan berkenaan dengan jelas mengatakan bahawa sesebuah syarikat diwajibkan membayar zakat," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat