{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


Enam juta tiada lesen

Posted: 07 Jul 2013 05:03 PM PDT

Kebanyakan babit remaja, dewasa tunggang motosikal: JPJ

Jerantut: Seramai enam juta pengguna jalan raya memandu dan menunggang motosikal tanpa lesen walaupun mereka layak memohonnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ariffin Che Mat, berkata kebanyakannya adalah remaja dan dewasa yang menunggang motosikal.

Anggaran hasil operasi JPJ

"Anggaran ini kita buat selepas meneliti statistik operasi sebelum ini. Sebahagian operasi JPJ dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain mendapati kebanyakan penunggang motosikal tidak mempunyai lesen adalah remaja.

"Sehubungan itu, kami bercadang menubuhkan skuad muda JPJ bagi menarik remaja yang layak memohon untuk mendapatkan lesen sah. Kita sedang mengenalpasti sukarelawan muda yang boleh dilantik sebagai ahli skuad muda dan menjadi ikon kepada remaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ, di Sekolah Kebangsaan Damak, dekat sini, semalam.

Beri penerangan aspek keselamatan

Ariffin berkata, skuad itu juga bertanggungjawab memberi penerangan mengenai aspek keselamatan seperti pemakaian topi keledar yang betul, cara menunggang motosikal selamat dan keperluan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan kepada golongan sasar.

Katanya, semua perkara ini perlu ditangani segera berikutan jumlah kes kemalangan maut yang meningkat disebabkan sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr Tam Weng Wah, berkata sikap kurang prihatin golongan dewasa khususnya ibu bapa menyebabkan ramai tidak memiliki lesen.

Beliau berkata, kesedaran dan peranan golongan dewasa penting untuk memastikan anak mereka memiliki lesen sah sebelum dibenarkan menggunakan kenderaan terutama motosikal.

"Walau sebanyak mana program dan usaha memastikan keselamatan dilaksanakan, isu ini masih berterusan kerana 'lesen pertama' yang pengguna jalan raya peroleh adalah daripada ibu bapa mereka," katanya.

Syor kaji kos ambil lesen

Presiden Pertubuhan Penunggang Motosikal Bersekutu Malaysia, Wazi Abdul Hamid pula mencadangkan penelitian dibuat bagi menilai semula kos mengambil lesen motosikal.

"Kemungkinan kos lesen menjadi punca remaja khususnya lepasan sekolah sukar mendapatkannya disebabkan kekangan kewangan. Sesi latihan ketika mengambil lesen boleh dijalankan secara berkelompok atau jumlah jam (latihan) dikurangkan. Ia boleh mengurangkan kos, tambahan pula remaja kini sudah ada kemahiran menunggang, cuma pemahaman undang-undang masih lemah," katanya.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri pula berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pendidikan supaya menubuhkan Kadet JPJ di sekolah.

Langkah itu, bukan saja dapat memberi kesedaran kepada remaja pentingnya memiliki lesen, malah mendidik mereka untuk memahami undang-undang berkaitan jalan raya.

Siling perbelanjaan PRU-13 RM400j: SPR

Posted: 07 Jul 2013 05:00 PM PDT

Peruntukan meningkat sejajar keadaan semasa

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan RM400 juta peruntukan mengendalikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah jumlah siling yang diluluskan Kementerian Kewangan dan bukan jumlah sebenar yang dibelanjakan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jumlah sebenar hanya diketahui apabila akaun perbelanjaan ditutup kerana pejabat SPR negeri masih membuat pembayaran.

"Dalam soal bajet, kita telus kerana Perbendaharaan akan pastikan setiap kos disertai butiran dan akhirnya diperiksa dan diaudit. Berdasarkan pengalaman kita, selalunya tidak melebihi jumlah siling yang diluluskan.

"Dasar SPR adalah ketika meminta peruntukan, kita tidak mahu apabila setengah jalan, bajet tak cukup. Jadi, kita membuat permintaan untuk jumlah atau anggaran besar itu," katanya dalam temu bual.

Sebelum ini, Ahli Parlimen pembangkang mempersoal jumlah perbelanjaan SPR yang meningkat sekali ganda dalam tempoh lima tahun berbanding hanya RM200 juta pada PRU-12.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan sebagai tidak wajar pertambahan perbelanjaan 100 peratus kerana bilangan pengundi hanya bertambah 20 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis kepada Loke pada Isnin lalu menyatakan perbelanjaan mengendalikan PRU-13 adalah RM400 juta dengan pecahan kos adalah elaun lebih masa RM5.018 juta, sewaan pengangkutan, borang semak daftar pemilih, peralatan ICT, sewaan talian, telefon dan faks dan lain-lain RM98.465 juta, bayaran perkhidmatan dan sagu hati semua petugas RM204.1 juta serta perbelanjaan lain RM93.354 juta.
Tambahan ikut anggaran

Wan Ahmad menjelaskan pertambahan siling peruntukan itu dibuat berdasarkan anggaran yang dikemukakan pejabat SPR setiap negeri sebelum dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Perbendaharaan.

"Setiap kali ada PRU, memang peruntukan meningkat sejajar dengan keadaan semasa. Biasanya, Perbendaharaan lulus secara jumlah besar dan pengagihan bajet diberi berperingkat, termasuk sebelum PRU," katanya.

Sebagai contoh, setahun sebelum PRU-13, SPR membuat pelbagai persiapan seperti latihan petugas di setiap negeri yang perlu dilakukan beberapa kali.

Katanya, keseluruhan petugas SPR pada PRU-13 adalah kira-kira 235,000, termasuk pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus, pegawai dan anggota penguat kuasa, petugas di tempat mengundi dan pemandu arah.

Wan Ahmad juga menafikan petugas diberikan bonus, sebaliknya ia adalah elaun dan jumlahnya meningkat selepas mengambil kira kos inflasi dan perkara lain.

Beliau juga menjelaskan caj perkhidmatan dan sagu hati untuk petugas SPR adalah besar memandangkan ia membabitkan pembekalan topi, baju-T SPR, ves SPR, payung serta cenderahati lain seperti pen, cakera padat (CD) dan buku panduan.

"Bayangkan semua ini untuk 235,000 petugas. Jangan lupa cenderahati turut diberi kepada mereka yang menghadiri taklimat pilihan raya, termasuk wakil parti politik dan petugas mereka," katanya.

Kesinambungan demokrasi

Beliau juga berkata, SPR perlu menanggung kos petisyen pilihan raya, selain menjelaskan perbelanjaan di sesetengah kawasan Parlimen memang lebih tinggi berbanding yang lain berikutan kedudukan geografi.

"Di Sabah dan Sarawak saja, SPR menyewa lebih 60 helikopter dan lebih 1,000 bot laju," katanya.

Wan Ahmad berkata, walaupun jumlah perbelanjaan pilihan raya meningkat, beliau berpendapat ia tetap berbaloi dengan tujuan pilihan raya.

"Kita perlu melihat daripada sudut kesinambungan proses demokrasi. Tidak ada salah. Sebab itu, ada negara maju yang sanggup berbelanja jutaan ringgit membantu negara mundur mengadakan proses demokrasi mereka.

"Bagi negara kita, tak ada satu sen pun kita minta sumbangan daripada luar sebab kita nak jaga kedaulatan proses demokrasi di negara ini," katanya.
BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat