Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 24 Jul 2013 03:43 PM PDT AMD menyerang secara senyap warga emas Sebelum ini beliau tidak pernah terfikir bakal berhadapan dengan risiko buta. Ketika berjumpa pakar diagnos untuk rawatan mata hatinya luluh apabila doktor menyatakan beliau mungkin buta. Selama ini beliau hanya takut kepada penyakit kanser dan strok. Kehilangan penglihatan disebabkan AMD Lembap berlaku dengan lebih cepat dan ketara daripada AMD Kering. Kerosakan juga lebih teruk, bahkan tidak boleh dipulihkan." Dr Kenneth Fong Choong Sian, Pakar Perunding Oftamologi dan Pakar Bedah Viteoretina "Segala-galanya bermula selepas rasa tidak selesa apabila penglihatan saya berubah kabur dengan tiba-tiba. Pada mulanya saya fikir ada serangga dalam mata, jadi saya cuci gunakan air berkali-kali supaya kotoran itu keluar. "Bagaimanapun, tidak ada sebarang perubahan. Apabila keadaan mata semakin parah sakit dan kekaburan saya mulai cemas lebih-lebih mata ini tidak dapat fokus pada hidangan raya yang baru saja dijamah," ditemui baru-baru ini. Mengimbas pengalaman empat tahun lalu, Hew memberitahu kesakitan bertambah terasa bila matanya bertambah merah dan tiada pula klinik yang buka pada petang Syawal. "Mata yang membengkak kemerahan bertambah teruk dan terpaksa ditahan kerana tidak tahu puncanya. Keadaan bertambah malang apabila klinik terhampir kebanyakan tutup kerana musim perayaan. "Nasib baik saya cepat berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya jika tidak mungkin mata saya akan mungkin buta. Oleh itu, saya nasihatkan orang ramai khususnya warga tua supaya tidak menunggu keadaan menjadi parah bagi mengelak buta," katanya. Wabak senyap warga emas Menjelas mengenai AMD, Pakar Perunding Oftamologi dan Pakar Bedah Viteoretina, Dr Kenneth Fong Choong Sian, berpendapat AMD lembap adalah wabak senyap dalam kalangan veteran dan penyakit mata progresif serta kronik ini adalah punca utama buta yang boleh dicegah kepada golongan berumur. Katanya, ketika ini, kira-kira 30 hingga 50 juta orang di seluruh dunia menghidap AMD yang menjadi punca utama kehilangan penglihatan teruk di negara maju. AMD kepada lembap pula adalah penyakit lewat yang menjejas hampir 1.3 peratus penduduk global berusia 50 tahun ke atas. "Biarpun punca penyakit ini boleh dicegah dengan persediaan dan pemeriksaan kesihatan awal dilakukan pada mata. Penularan AMD adalah sama seperti di Barat. "Meskipun AMD lembap hanya meliputi hampir 10 peratus daripada semua kes, ia mengakibatkan 90 peratus kehilangan penglihatan teruk," jelasnya pada majlis pelancaran Eylea, rawatan alternatif baru dilancarkan Bayer HealthCare, baru-baru ini. Kerosakan makula Jelasnya, AMD lembap adalah kerosakan makula atau bahagian mata yang bertindak untuk memberi ketajaman penglihatan pusat diperlukan ketika melakukan aktiviti seperti mencucuk jarum. AMD juga terbahagi kepada dua iaitu kering dan lembap. Dr Fong menjelaskan gejala penyakit itu ialah apabila ada tanda kekaburan, herotan imej atau tompok hitam pada bahagian tengah penglihatan mata. "AMD lembap berlaku apabila saliran darah tidak normal mula tumbuh di bawah makula di bawah retina. Saluran darah baru ini boleh bocor dan meleleh darah atau bendalir dan meninggalkan kesan parut pada penglihatan pusat. "Semakin lama saluran darah tumbuh dan banyak ketirisan, maka risiko kehilangan penglihatan juga tinggi. Kehilangan penglihatan disebabkan AMD lembap berlaku dengan lebih cepat dan ketara daripada AMD kering. Kerosakan juga lebih teruk bahkan tidak boleh dipulihkan. Bahaya AMD lembap Pakar Perunding Oftalmologi, Penyakit Perubatan dan Pembedahan Retina dan Gelemaca, Wong Jun Shyan, berkata AMD boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi buta teruk dalam tempoh dua tahun jika tiada rawatan susulan dijalani pesakit. Katanya, pesakit AMD lembap selalunya tidak dapat lagi membaca, menulis, melakukan kerja dan mengalami masalah kesukaran untuk mengenali wajah atau objek. Masalah ini juga mengekang pergerakan, kebebasan dan kualiti hidup merosot. "Oleh itu, pesakit perlu mendapat rawatan segera bagi menghilangkan mereka daripada kehilangan penglihatan selanjutnya. Buat masa ini tidak ada ubat untuk menyembuhkan AMD lembap tetapi rawatan dijalankan mampu membantu melambatkan penularan penyakit malah mengembalikan penglihatan yang hilang. "Pilihan rawatan awal alternatif disarankan seperti laser digunakan untuk menghapuskan saluran darah halus dan bocor yang tumbuh di belakang mata dan terapi fotodinamik, ubat diaktifkan cahaya disuntik di lengan dan lain. "Sejak kebelakangan ini, rawatan perencat faktor pertumbuhan enditelium vaskular (VEGF), berkesan untuk mensasarkan sekumpulan protein yang merangsang pertumbuhan saluran darah bocor dalam mata," jelasnya Manfaat rawatan Bagaimanapun, katanya terapi perencat VEGF memerlukan pemantauan bulanan mata, membebankan pesakit dan pakar perubatan. Rawatan baru seperti aflibercept didakwa berkesan memberi manfaat kepada pesakit. Katanya, selepas tiga dos bulanan pertama, aflibercept hanya diberikan setiap dua bulan, memanjangkan selang masa antara pemeriksaan pemantauan diperlukan pesakit. "Dengan Eylea, pesakit menghadapi AMD lembap boleh menerima manfaat keberkesanan terapi perencat VEGF dan menikmati kualiti hidup lebih baik," jelasnya. INFO: AMD * AMD terbahagi kepada dua jenis iaitu - AMD awal yang juga dikenali sebagai jenis kering manakala AMD lanjutan atau lebih serius dikenali dengan AMD basah. Kedua-dua bentuk ini boleh berkembang dan menyebabkan penglihatan terjejas teruk. * AMD boleh dicegah dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan antioksidan, lutein dan zeaxanthine. Individu yang lebih berisiko tinggi mengalami AMD ialah: |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |