Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Alasan kalah usah jadi mainan bibir Posted: 24 Jul 2013 10:39 AM PDT Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya bakal turun beraksi menentang kelab liga utama Jepun, Shimizu S Pulse hari ini tanpa tekanan kerana seperti biasa aksi persahabatan itu hanyalah dijadikan persiapan buat ketua jurulatih Datuk K Rajagobal menjelang misi sebenar kelayakan Piala Asia 2014 menentang Bahrain pada Oktober. Bagaimanapun ia tidak boleh terus dijadikan alasan buat Rajagobal untuk anak buahnya mencatat kekalahan demi kekalahan biarpun ia hanya sekadar perlawanan persahabatan kerana mereka tidak boleh terbiasa dengan tewas sehingga lupa nikmat kemenangan.
"Memang setiap perlawanan kita mahu menang, kita sedar harapan semua peminat. Semua pemain perlu ambil ini sebagai cabaran untuk memberikan aksi lebih baik," kata kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim yang ditemui sebelum berlepas ke Tokyo, Jepun.
Safiq Rahim Safiq yang baru pulih daripada kecederaan kaki dan hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika menentang Chelsea menyuarakan keyakinan misi untuk layak ke Piala Asia bukan mustahil bersandarkan kepada persiapan rapi skuad kebangsaan.
Malaysia kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015, berkongsi tiga mata dengan Bahrain (kedua) apabila tewas 0-2 kepada pendahulu, Qatar dan menang 2-1 ke atas pasukan tercorot, Yaman selepas mengharungi dua perlawanan.
|
Posted: 24 Jul 2013 10:03 AM PDT Rosario, Argentina: Gerardo Martino percaya cadangan rakan senegara dari Argentina, Lionel Messi antara pendorong utama beliau dilantik secara mengejut sebagai ketua jurulatih baru Barcelona kelmarin. "Saya tak tahu bagaimana ia berlaku tapi saya yakin ia banyak dipengaruhi ayah Messi serta Messi," kata Martino yang juga bekas ketua jurulatih Paraguay pada sidang media di Rosario.
Martino yang membimbing Newell's Old Boys ke final kejuaraan Argentina bulan lalu mengaku menanti tawaran baru tapi tidak menjangkakan memperoleh peluang seperti ini.
"Ini tugas penting untuk saya yang hadir selepas masalah kesihatan dialami Vilanova," kata Martino.
"Saya pasti sokongan terhadap Messi semakin meningkat untuk menjadi pemain lebih baik," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |