{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Sukan

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Sukan


Playoff hari pertama puasa

Posted: 03 Jul 2013 02:06 PM PDT

FAM tentukan dua slot terakhir Piala Malaysia musim ini pada awal Ramadan

Kuala Lumpur: Dua slot terakhir ke saingan Piala Malaysia musim ini ditentukan pada dua perlawanan playoff, Rabu ini, iaitu hari pertama Ramadan.

Ia membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super serta pasukan tempat kelima dan keenam Liga Perdana.
Kedua-dua perlawanan pada 10 Julai ini akan berlangsung serentak di dua stadium berkenaan dengan sepak mula lewat jam 9.45 malam kerana ia hari pertama umat Islam berpuasa Ramadan." Datuk Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata dua perlawanan playoff itu membabitkan pasukan ke-11 Liga Super menentang pasukan ke-6 Liga Perdana di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan pasukan ke-12 Liga Super menentang pasukan ke-5 Liga Perdana di Stadium Shah Alam.

"Kedua-dua perlawanan pada 10 Julai ini akan berlangsung serentak di dua stadium berkenaan dengan sepak mula lewat jam 9.45 malam kerana ia hari pertama umat Islam berpuasa Ramadan.

"Format playoff ini hanya satu perlawanan saja yang mana dua pemenang perlawanan akan layak ke Piala Malaysia bermula 17 Ogos depan," kata Hamidin ketika dihubungi, semalam.

Saingan Piala Malaysia membabitkan 16 pasukan yang dipecahkan dalam empat kumpulan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir, seterusnya separuh akhir dan final.
Majlis undiannya dijangka berlangsung 27 Julai ini.

Hamidin berkata, 10 pasukan teratas Liga Super layak secara automatik dengan sembilan sudah mengesahkan tempat iaitu Lions XII, Selangor, Johor Darul Takzim (DT), Tentera, Kelantan, Pahang, PKNS FC, Perak dan Terengganu manakala empat pasukan Liga Perdana yang sudah layak automatik ialah Sarawak, Sime Darby, Johor dan Kedah.

"Empat pasukan untuk perlawanan playoff ini pula, Negeri Sembilan sudah sah tempat ke-12 Liga Super manakala tempat ke-11 sama ada FELDA United atau T-Team.

"Untuk Liga Perdana, Sabah sudah sah layak ke playoff manakala satu lagi pasukan sama ada Pos Malaysia atau Polis," katanya.

Musim lalu, tiada perlawanan playoff untuk Piala Malaysia apabila 12 pasukan teratas Liga Super (ketika itu 14 pasukan bertanding Liga Super) dan empat pasukan teratas Liga Perdana layak secara automatik untuk melengkapkan 16 pasukan.

Namun, terdapat juga perlawanan playoff bagi merebut slot ke Liga Super dan Liga Perdana 2013 yang diadakan pada 17 dan 19 Julai di Melaka, iaitu beberapa hari sebelum Ramadan bermula pada 21 Julai tahun lalu.

30,000 kad prabayar dijual

Posted: 03 Jul 2013 02:03 PM PDT

Kuala Lumpur: Sebanyak 30,000 kad prabayar RapidKL edisi terhad dijual sempena kempen perlawanan bola sepak antara Malaysia dan FC Barcelona di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana), Rudyanto Azhar, berkata penjualan kad prabayar bernilai RM20 itu bermula semalam dan berlanjutan hingga hari perlawanan.

Katanya, perkhidmatan RapidKL juga dipilih sebagai pengangkutan rasmi membawa FC Bercelona dalam siri Jelajah Asia 2013.

Gambar pemain kegemaran

"Ini sebagai satu kempen perlawanan selain memberi peluang kepada peminat FC Barcelona mendapatkan kad prabayar yang tertera dengan gambar pemain kegemaran mereka seperti Lionel Messi, Carlos Puyol dan Xavi Hernandez.

"Begitu juga dengan peminat setia Harimau Malaya kerana kad terbabit turut tertera gambar pemain seperti Safee Sali, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abdul Razak," katanya selepas merasmikan pelancaran kad terbabit, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan BSC Soccer (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah.
Rudyanto berkata, orang awam yang mahu menyaksikan perlawanan itu di Stadium Nasional digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan RapidKL bagi mengelak sebarang masalah.

"Dengan menggunakan kad prabayar RapidKL, orang awam tidak akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

"Ini sebagai satu cara dan bantuan yang kami sediakan untuk kemudahan orang awam. Selain dapat menyimpan kad prabayar edisi terhad, kad ini juga memudahkan urusan perjalanan mereka," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat