Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 19 Jul 2013 09:05 AM PDT Kuala Lumpur: Latihan yang mencabar fizikal dapat diharungi dengan baik, namun Chan Peng Soon bimbang kemampuan rakan gandingannya, Goh Liu Ying yang akan beraksi dalam dua acara, beregu campuran dan wanita dalam misi mencabar kejuaraan badminton Kejohanan Dunia di Guangzhou, China, pada 5-11 Ogos. Gandingan nombor lima dunia itu melalui proses persiapan yang bagus di gimnasium dan gelanggang, tetapi tetap bimbangkan keadaan Liu Ying.
Peng Soon-Liu Ying menjadi antara sandaran terbaik selain Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul takhta Kejohanan Dunia pertama buat Malaysia, namun mereka mesti berada di tahap terbaik bagi menggugat kehebatan pemain China, Indonesia dan Denmark.
PENG Soon (kanan) gusar ketahanan Liu Ying. |
Posted: 19 Jul 2013 08:59 AM PDT Sydney: Pengurus Manchester United David Moyes tidak berminat bercakap mengenai masa depan Wayne Rooney bersama kelab itu, sebaliknya seminggu menjalani latihan di Australia menambah keyakinan kepadanya nilai Robin van Persie untuk pasukan itu. Kenyataan dikeluarkan pengendali dari Scotland itu kepada kumpulan wartawan di Thailand minggu lalu iaitu Rooney hanya penting sekiranya kecelakaan menimpa Van Persie menyebabkan penyerang antarabangsa England itu berang dan keliru mengenai masa depannya di Old Trafford.
Pada sidang media menjelang siri perlawanan kedua bertemu Bintang Liga-A di Sydney, Moyes enggan bercakap mengenai masa depan Rooney dan menegaskan pendirian kelab tidak pernah berubah.
"Saya teruja dengan etika profesionalnya. Van Persie tidak banyak merungut sebaliknya terus bekerja keras dan berlatih dengan gigih.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |