Harian Metro: Global
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Global |
70 penyokong Mursi ditembak mati Posted: 27 Jul 2013 07:18 AM PDT Kaherah: Pasukan keselamatan Mesir semalam menembak mati sekurang-kurangnya 70 orang penyokong bekas Presiden Mohamed Mursi awal semalam, sekali gus memburukkan lagi kekacauan yang mencengkam Mesir sejak beberapa minggu lalu. Rangkaian televisyen Al Jazeera melaporkan 120 orang mati dan 4,500 cedera dalam serangan ke atas penyokong Ikhwan yang berkumpul berhampiran sebuah masjid di Kaherah.
"Mereka menembak bukan untuk mencederakan, tetapi sengaja untuk membunuh. Kepala dan dada menjadi sasaran," katanya.
PENYOKONG yang cedera diberikan rawatan oleh petugas perubatan Ikhwan. SEORANG lelaki yang cedera dibawa dengan motosikal untuk mendapatkan rawatan. PENYOKONG Mursi bertempiaran lari apabila anggota polis melepaskan tembakan dengan dibantu penentang bekas pemimpin itu yang melontar batu di timur Kaherah, semalam. Penyokong dan penentang Mursi mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara semalam, menghimpunkan ratusan ribu di jalan raya serta memburukkan lagi perpecahan di kalangan rakyat negara paling ramai penduduk itu.
Ketua Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi yang memainkan peranan utama menggulingkan Mursi selepas tunjuk perasaan menentang pemerintahannya, menggesa rakyat Mesir mengadakan perhimpunan untuk memberikannya mandat bagi menangani keganasan.
|
Terlalu gemuk untuk New Zealand Posted: 27 Jul 2013 07:13 AM PDT Wellington: Seorang lelaki obese Afrika Selatan diberitahu dia terlalu gemuk untuk tinggal di New Zealand walaupun sudah turun 30 kilogram sejak berpindah ke negara itu enam tahun lalu. Albert Buitenhuis yang kini seberat 130 kilogram dan isterinya, Marthie berkata, mereka berdepan diusir selepas permohonan untuk memperbaharui visa kerja mereka ditolak kerana berat badan Buitenhuis.
Imigresen New Zealand (INZ) menegaskan penilai perubatan negara itu memutuskan Buitenhuis tidak 'mencapai standard kesihatan yang ditetapkan negara itu." Pasangan itu berkata, mereka berpindah dari Afrika Selatan ke Christchurch di Pulau Selatan enam tahun lalu ketika berat badan Buitenhuis 160 kilogram dan visa kerja tahunan diperbaharui tanpa sebarang masalah.
"Tetapi apabila beratnya makin berkurangan berbanding kali pertama kami tiba di New Zealand dan juga turut berkurangan pada pemeriksaan perubatannya yang pertama, ia dianggap sebagai gemuk melampau oleh pihak imigresen dan visa kami tidak diperbaharui," katanya. Sementara itu, jurucakap INZ berkata, permohonan visa Buitenhuis ditolak kerana kegemukannya menyebabkan dia berdepan "risiko ketara" termasuk terdedah kepada penyakit diabetes, darah tinggi, penyakit jantung dan pelbagai penyakit lain. "Mereka yang datang ke sini untuk bekerja perlu mempunyai tahap kesihatan yang ditetapkan bagi meminimumkan kos dan tuntutan perkhidmatan kesihatan New Zealand," katanya. Laporan OECD baru-baru ini menyenaraikan New Zealand sebagai negara maju ketiga paling ramai penduduk obese selepas Amerika Syarikat dan Mexico. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/27 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |