{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Rap

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Rap


Advertorial: World War Z sarat adegan mendebarkan!

Posted: 30 Jun 2013 06:31 AM PDT

Filem 'World War Z' akhirnya menjengah ke pawagam setelah sekian lama dipromosikan dengan hebat.

Filem yang diterajui oleh Brad Pitt ini sememangnya ditunggu oleh penulis memandangkan sudah terlalu lama tidak melihat kelibat suami kepada Angelina Jolie ini di layar perak. Sudah terbit rasa rindu. Kali terakhir Pitt dilihat beraksi adalah dalam filem 'The Curious Case of Benjamin Button' pada tahun 2008.

Berbalik kepada 'World War Z', filem ini tidak jauh bezanya dengan filem-filem yang mengisahkan tentang penularan wabak atau virus yang tidak dikenali di kalangan manusia. Cuma, jalan ceritanya sedikit berbeza. Mesej yang cuba disampaikan juga sangat jelas iaitu kelalaian manusia boleh mengundang bahaya yang tidak terduga.

Penulis suka dengan nilai-nilai kasih sayang yang ditampilkan. Saat-saat perpisahan Gerry Lane (Pitt) dengan isteri dan anak-anaknya mengusik perasaan dan mengundang simpati. Terbayang pula kehidupan sebenar Pitt yang diketahui umum sangat menyayangi anak-anaknya.


Bercerita mengenai pengalaman menyaksikan 'World War Z', terus-terang penulis katakan filem ini mengundang debaran berpanjangan. Penulis skrip tidak menunggu lama untuk menghadiahkan debaran kepada penonton. Rasanya hanya 10 minit pertama penulis boleh duduk diam tanpa jeritan. Selepas itu, penulis asyik terkejut disergah makhluk yang tidak disenangi. 


Otak juga ligat berfikir kerana satu demi satu persoalan bermain di fikiran. Walaupun dapat menjangka hero akan selamat, namun penulis masih berdebar-debar memikirkan keselamatan Gerry dan keluarganya, termasuklah manusia sejagat. 

Sesekali pecah juga ketawa kerana terdapat beberapa perkara melucukan tetapi, penulis tidak mahu kongsikan apa kelucuan yang ada pada filem arahan Marc Forster ini. Anda kena lihat sendiri.

Jika anda suka dengan filem-filem aksi mendebarkan, penulis sangat menyarankan anda menonton filem ini di pawagam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30

B2ST buat peminat 'histeria'

Posted: 30 Jun 2013 06:24 AM PDT

Bagaikan sorakan untuk gol kemenangan, begitulah yang boleh diibaratkan kepada kumpulan kegilaan dari Korea Selatan, Beast pada konsert AIA K-Pop Live in Malaysia yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini.

Jelas sekali, kemunculan kumpulan dianggotai Doo-joon, Hyunseung, Junhyung, Yoseob, Gikwang dan Dongwoon itu memang dinantikan. Buktinya, setiap kali terpampang gambar mereka di skrin, penonton seakan hilang kawalan meskipun konsert belum bermula.

Menjadi artis terakhir mengambil-alih pentas malam itu, tidak hairanlah mengapa Beast digilai sebegitu rupa kerana bukan saja anggotanya tampan belaka namun aura serta persembahan mereka ternyata luar biasa.

Momentum sorakan penonton nyata tidak terjejas meskipun muncul lambat malah semakin gamat dan gempita stadium berkenaan sebaik kelibat mereka kelihatan.

Foto

PALING menggamatkan malam itu, Beast tampil lincah dan bertenaga.

Foto

SEMPAT bermain air di atas pentas.

Foto

G. NA seksi dan vokalnya mengagumkan.

Foto

BEAST memang punya aura tersendiri.

Setanding kehebatan BigBang dan SuperJunior, sokongan peminat terhadap mereka boleh tahan juga kerana melihat sendiri kegilaan penonton, Beast memang bikin satu stadium 'histeria'.

Lincah, bertenaga dan sarat dengan karakter, mereka muncul dari bawah pentas mendendangkan lagu hit Beautiful Night disusuli Bad Girl, Shock dan Special.
Sorakan makin memuncak apabila menerusi lagu Special, mereka menunjukkan skil tarian masing-masing dengan koreografi mantap sebelum beralih kepada lagu Fiction.

Mengubah suasana malam itu, terkenal dengan vokal berbeza-beza dan mempunyai kekuatan tersendiri, peminat kemudian dibuai pula menerusi lagu berentak melo Will You Be Alright.

Khas dan buat pertama kali, lagu baru berkenaan berjaya menggamit perasaan penonton yang tidak ketinggalan bernyanyi sama sebelum persembahan diteruskan dengan lagu Beautiful serta V.I.U sebagai lagu penamat.

Berjaya menguasai pentas malam itu, setiap anggotanya bijak mengusik penonton apabila menggunakan sepenuhnya ruangan pentas berbentuk I itu. Peminat fanatik pula terkejar-kejar penyanyi kegilaan mereka itu semata-mata mahu berada serta melihat mereka secara dekat.

Sudah berkunjung beberapa kali ke sini, Beast mengakui sentiasa teruja apabila hadir ke sini disebabkan peminat yang tidak putus-putus menyambut baik kunjungan mereka.

"Setiap kali datang Malaysia, mesti akan memberikan kami kenangan manis. Terutama sekali buat peminat kesayangan kami di sini, tanpa kamu semua, kami tidak akan berada di sini.

"Terima kasih juga kepada penganjur kerana memberi peluang kepada kami untuk memeriahkan konsert ini," kata mereka yang menutup konsert malam itu dengan aksi 'nakal' bermain simbah air sesama sendiri.

Apapun, menjadi pembuka tirai malam itu, kehebatan penyanyi kelahiran Korea-Kanada G. NA pun tidak kurang menyengat apabila tampil 'panas' dengan aksi serta persalinan seksi bersama penarinya.

Petah berbahasa Inggeris, nyata stamina penyanyi jelita ini cukup mengagumkan apabila berjaya melunaskan lapan buah lagu sekali harung meskipun tampil solo.
Dimulakan dengan lagu Supa Solo disusuli 2Hot, penonton bersorak riang tatkala dia menampilkan Junhyung menyanyi bahagian rap bersamanya menerusi lagu I'll Back Off So You Can Live Better.

Tidak ketinggalan, mengakui dia amat meminati penyanyi berkaliber Rihanna, dia turut mendendangkan versi tersendirinya medley lagu Take A Bow dan Rude Boy.

Sesekali meneguk air mineral dan kedengaran dia tercungap, bagaimanapun vokalnya jelas tidak terganggu sewaktu menyanyikan lagu seterusnya iaitu First kiss, Top Girl serta Black & White.

Berpengaruh serta turut memuncak namanya kala ini, 4Minute yang bukan nama asing serta dianggotai penyanyi seksi, Hyun-a pula tampil ranggi malam itu dengan fesyen ala-ala Harujuku.

Dianggotai Ji-hyun, Ga-yoon, Ji-yoon, Hyun-a dan So-hyun yang masing-masing berbeza perwatakan, suasana menjadi lebih meriah dengan aksi tarian nakal mereka menakluk setiap inci pentas.

Meskipun rata-rata penonton malam itu terdiri daripada kalangan wanita, namun 4Minute jelas digilai kaum hawa juga berikutan kehebatan nyanyian serta tarian mereka sangat bertenaga.

Mendendangkan himpunan lagu popular mereka termasuklah What's Your Name, Mirror Mirror, I'm Ok, Huh, Music dan Ment 4, tidak terkecuali sedikit rangkap daripada sebuah lagu popular juga turut dinyanyikan khas buat penonton.

Kumpulan berkenaan mengakhiri persembahan mereka malam itu dengan lagu Heart To Heart dan Hot Issue sebelum Beast mengambil alih pentas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat