Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Lelaki baru kahwin maut dihempap dinding
- Ras Adiba nikahi rakan tingkatan enam
- Kereta tersadai dikompaun DBKL
Lelaki baru kahwin maut dihempap dinding Posted: Lelaki baru kahwin maut dihempap dinding
ARAU - Seorang pekerja binaan maut selepas dihempap dinding batu yang roboh secara tiba-tiba ketika melakukan kerja pengubahsuaian di Dewan Besar Pusat Giat Mara Arau, Jejawi di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, Zaki Ibrahim, 27, dari Jalan Stadium, Alor Setar dikatakan bersama dengan seorang lagi rakan sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dalaman dewan tersebut sejak kelmarin. Bagaimanapun rakan sekerjanya itu selamat daripada sebarang kecederaan. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangar, Mohd. Subri Ahmad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. "Mangsa dipercayai mengalami cedera parah di kepala akibat dihempap dinding batu yang runtuh itu," katanya kepada pemberita di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Ras Adiba nikahi rakan tingkatan enam Posted: Ras Adiba nikahi rakan tingkatan enamOleh KHAIRUL AMRI HASSAN ILIAS YAAKOB menyarungkan cincin di jari manis Ras Adiba selepas majlis pernikahan mereka di Putrajaya semalam. KUALA LUMPUR - Bekas personaliti televisyen tempatan, Ras Adiba Radzi, yang lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah sejak 17 tahun lalu, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang merupakan penasihat kewangan, Ilias Yaakob semalam. Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Ras Adiba, Mohd. Radzi Wahab, 73, dalam satu majlis ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tepat pukul 6.10 petang semalam. Kedua-dua mempelai itu berusia 45 tahun. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kereta tersadai dikompaun DBKL Posted: Kereta tersadai dikompaun DBKLOleh ROSLI HASSAN/ ISMAIL menunjukkan notis saman DBKL dan kereta miliknya yang telah lapan tahun tersadai di Bukit Meta, Telok Mas, Melaka semalam. MELAKA – Seorang buruh terkejut menerima notis saman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan meletak kenderaan di atas garisan kuning sedangkan kereta miliknya itu sudah lapan tahun tidak digunakan dan tersadai di sini. Menurut Ismail Yahya, 64, dari Bukit Meta, Telok Mas di sini berkata, notis bertarikh 10 Julai lalu itu dihantar melalui pos ke alamat rumahnya dan diterima pada 17 Julai lalu. Katanya, notis berkenaan memintanya menjelaskan kompaun berjumlah RM250 setelah kereta miliknya dengan nombor pendaftaran JAX 6499 didapati melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di atas garisan kuning pada 27 Januari 2011. "Saya hairan bagaimana kereta ini boleh dikenakan kompaun sedangkan ia telah tersadai di tempat letak kereta sejak lapan tahun lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |