{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Rombak Harimau Malaya

Posted:

Rombak Harimau Malaya

Rombak Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (tiga dari kanan) dikritik hebat selepas Harimau Malaya gagal mencatat keputusan yang positif sejak akhir-akhir ini.


SUDAH tiba masanya buat ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menilai tahap sebenar keupayaan skuad negara di pentas antarabangsa.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Namat Abdullah berkata, pendekatan Rajagobal untuk menguji muka-muka baharu dalam skuad kebangsaan dianggap sudah tidak relevan.

Namat menyuarakan kenyataan lantang itu selepas skuad negara diaibkan dengan kekalahan 0-5 kepada pasukan kedua tercorot Liga Jepun, Shonan Bellmare kelmarin.

Bekas pemain Kedah itu menganggap, tindakan Rajagobal memakan diri sendiri apabila skuad kebangsaan terpaksa menanggung malu besar terutamanya diaibkan dengan kekalahan terbesar kepada pasukan Divisyen Satu Jepun itu.

Namat berkata, persembahan yang tidak konsisten ditambah dengan eksperimen terhadap pemain-pemain langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada Harimau Malaya.

"Senang cerita, tak payah uji pemain. Rombak satu pasukan.

"Jika inilah hasilnya untuk menguji pemain-pemain baharu tetapi skuad negara diaibkan dengan kekalahan besar, saya tidak menganggap ia sebagai satu pendedahan yang bagus.

"Sebaliknya, skuad negara dimalukan dengan pasukan bertaraf kelab. Saya tidak mahu campur dalam hal pengurusan Rajagobal tetapi lebih baik rombak sahaja skuad yang sedia ada.

"Berdasarkan persembahan yang tidak konsisten terutamanya menjelang kejohanan besar yang semakin hampir (kelayakan Piala Asia 2015), mereka semakin kesuntukan masa.

"Nasihat saya, Harimau Malaya harus bangkit dengan memberikan persembahan menyakinkan kepada peminat-peminat," katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Impian Harimau Malaya untuk memburu slot automatik pada kelayakan Piala Asia 2015 dijangka berdepan kesukaran selepas mempamerkan prestasi tidak menentu sepanjang mengharungi aksi pemanas badan.

Selain itu, kemarahan peminat-peminat juga tidak dapat dibendung lagi apabila skuad negara lebih cenderung untuk mengadakan siri perlawanan persahabatan menentang pasukan bertaraf kelab berbanding skuad kebangsaan.

Sebelum ini, anak-anak buah Rajagobal telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Australia yang berkesudahan mereka tewas 2-3 kepada Canberra FC, menang 4-0 ke atas Sydney Olimpik dan kalah 2-0 dengan Marconi Stallions, Jun lalu.

Harimau Malaya turut seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 16 Julai lalu.

Untuk rekod, Harimau Malaya hanya menewaskan Sydney Olympic 4-0 pada aksi persahabatan dan Yemen 2-1 dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 sepanjang 12 perlawanan sejak 1 Februari lalu.

Skuad negara yang tewas 0-2 kepada Shimizu S Pulse pada aksi pertama siri perlawanan persahabatan di Jepun sebelum dibelasah 0-5 oleh Shonan Bellmare akan melengkapkan aksi terakhir dengan menentang Tokyo Verdy, Rabu ini.

Skuad bimbingan Rajagobal akan bertemu Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan sebelum melayan kunjungan Bahrain untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan.

Dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015, Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D apabila berkongsi tiga mata dengan Bahrain (kedua) selepas tewas 0-2 kepada pendahulu, Qatar dan menang 2-1 terhadap pasukan tercorot, Yemen sepanjang dua perlawanan pertama.

Buru aksi lebih kompetitif

Posted:

Buru aksi lebih kompetitif

Buru aksi lebih kompetitif

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IMBAS kembali... Pemain-pemain Harimau Muda bergambar sebaik tiba di tanah air setelah memenangi Newspaper Cup di Vietnam tahun lalu.


TATKALA Harimau Malaya dilihat lebih gemar menjadikan pasukan berstatus kelab sebagai lawan, lain pula ceritanya dengan 'adik' mereka iaitu Harimau Muda.

Ini kerana, skuad muda negara yang sedang 'berguru' di Slovakia tidak akan mempertahankan trofi Newspaper Cup yang dimenangi mereka di Vietnam tahun lalu.

Sebaliknya, skuad kendalian Ong Kim Swee bakal diuji dengan lawan yang lebih kompetitif menerusi beberapa aksi persahabatan sebaik saingan Pestabola Merdeka melabuhkan tirainya di Kuantan pada 15 September depan.

Kim Swee berkata, cabaran negara pada kejohanan jemputan Newspaper Cup pada Oktober depan bakal digalas Harimau Muda B yang dikendalikan Razip Ismail.

"Selepas saingan Pestabola Merdeka berakhir, kami akan mengharungi beberapa aksi persahabatan yang lebih kompetitif sebagai persediaan memburu kejuaraan hatrik emas bola sepak temasya Sukan SEA di Myanmar, Disember depan.

"Justeru, persoalan mengenai siapa lawan kami dalam aksi persahabatan itu nanti bakal diumumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (Datuk Hamidin Mohd. Amin) pada masa terdekat," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, skuad kendalian Kim Swee berjaya melakar sejarah menjuarai Newspaper Cup buat kali pertama tahun lalu apabila mengecewakan tuan rumah, Vietnam 1-0 hasil jaringan tunggal Ahmad Hazwan Bakri.

Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu senarai akhir pemain Harimau Muda yang bakal beraksi dalam Pestabola Merdeka juga bakal diketahui sekembalinya mereka ke tanah air sempena Aidilfitri pada 6 Ogos depan.

"Buat masa ini, saya bercadang mengumpulkan pemain terbaik yang berusia bawah 23 tahun termasuk daripada negeri dan juga kelab bagi mengharungi Pestabola Merdeka.

"Ia akan diumumkan sekembalinya Harimau Muda dari Slovakia dan saya harap barisan pemain terpilih mampu merealisasikan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke final kejohanan itu nanti," kata Kim Swee.

Untuk rekod, antara pemain muda yang pernah menggamit perhatian Kim Swee bagi mengharungi temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Rusia tempoh hari termasuklah Junior Eldstal (Sarawak); Zubir Azmi (Terengganu) dan juga tonggak pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Ab Halim namun mereka tidak dilepaskan majikan masing-masing.

Selepas ini, Harimau Muda bakal 'menutup buku' di Slovakia berdepan Vion FC dalam aksi persahabatan terakhir mereka, esok sebelum pulang bercuti kira-kira seminggu sempena Aidilfitri dan hanya akan kembali menjalani latihan di tanah air sempena Pestabola Merdeka pada 12 Ogos depan.

Harimau Muda juga berjaya melakar kemenangan pada aksi terakhir mereka sebelum ini setelah mengatasi kelab divisyen dua Slovakia, FK Pohronie 3-2 pada 23 Julai lalu sebaik menamatkan saingan Universiade di tempat kelapan baru-baru ini.

Impian peribadi Hairuddin

Posted:

Impian peribadi Hairuddin

Impian peribadi Hairuddin

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


HAIRUDDIN (kanan) menetapkan sasaran untuk membawa ATM ke final Piala Malaysia 2013.


KETUA pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar menetapkan sasaran untuk membawa skuad The Gladiators ke final Piala Malaysia 2013 yang bakal bermula 20 Ogos depan.

Pemain veteran berusia 33 tahun itu turut mempunyai misi peribadi iaitu untuk bermain pada final buat kali keenam sepanjang kariernya dan kali kelima berturut-turut.

Dalam pada itu, Hairuddin mengakui cukup berpuas hati dengan proses undian Piala Malaysia yang berlangsung kelmarin.

Pada undian itu, ATM diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Selangor, Sime Darby dan Johor.

"Pada kempen Piala Malaysia kali ini, saya bertekad untuk membawa ATM mara ke pentas final sekali lagi dan saya juga ada misi peribadi iaitu untuk bermain buat kali keenam dalam karier saya serta kelima berturut-turut.

"Secara keseluruhan, saya cukup berpuas hati dalam proses undian kumpulan sebentar tadi (kelmarin) dan pada pendapat saya keempat-empat pasukan dalam Kumpulan A ini mempunyai peluang seimbang serta kesemuanya mampu layak ke pusingan seterusnya," kata Hairuddin ketika ditemui Kosmo! selepas majlis undian Piala Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.

Bekas pemain Terengganu, Pahang, T-Team, Kelantan dan Negeri Sembilan itu berkata, selain Selangor, cabaran daripada naib juara Liga Premier, Sime Darby serta Johor juga tidak boleh diperlekehkan.

Katanya, sepanjang pemerhatian, pasukan-pasukan dalam Liga Premier juga boleh memberi impak besar pada saingan Piala Malaysia dan mereka mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan utama Liga Super.

"Saya berkata demikian kerana kami pernah mengalami sendiri musim lalu.

"Hadir dalam kempen Piala Malaysia daripada pasukan Liga Premier, namun dengan semangat juang yang tinggi, kami mampu menjejak kaki ke pentas final.

"Sime Darby memiliki penjaring terbanyak Liga Premier (Karlo Primorac), manakala saya juga mendapat maklumat daripada rakan-rakan di negeri lain bahawa Johor juga merupakan sebuah pasukan yang sukar ditumbangkan.

"Mengenai cabaran Selangor, dalam saingan liga kami menang sekali dan tewas sekali serta seperti diketahui umum, aksi antara ATM-Selangor pada saingan sebelum ini sentiasa 'panas'. Namun saya berani memberi jaminan dalam kempen Piala Malaysia nanti kami akan bersaing dalam penuh semangat kesukanan," kata Hairuddin.

Sementara itu, Hairuddin turut percaya matlamat ATM ke pentas final pada kempen kali ini juga akan dipengaruhi dengan tahap kecergasan pemain-pemain utama serta sokongan padu para penyokong setia skuad The Gladiators itu.

Dalam aksi Liga Super musim ini, ATM menggunakan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebagai gelanggang tuan rumah namun, pada kempen Piala Malaysia ini pihak pengurusan ATM sedang berusaha memohon untuk bertukar ke Stadium Selayang.

"Untuk rekod, pada kempen Piala Malaysia musim lalu kami tidak pernah kalah ketika beraksi di Stadium Selayang dan para pemain juga sangat selesa beraksi di sana, manakala peminat-peminat setia sentiasa memenuhi stadium itu berbanding ketika kami beraksi di Paroi," ujar bekas penyerang kebangsaan yang berasal dari Setiu, Terengganu itu.

Pada final Piala Malaysia musim lalu, ATM tewas 2-3 kepada Kelantan di Stadium Shah Alam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat