Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 12 Jul 2013 12:04 PM PDT KOLEKSI EB EveryDay memberikan keselesaan kepada muslimah untuk bergerak bebas disamping menjaga aurat mereka. SEPANJANG Ramadan ini, sudah pasti kamu tidak mahu ketinggalan melakukan aktiviti yang biasa kamu lakukan pada hari-hari biasa seperti bersantai bersama rakan-rakan. Walau apa pun aktiviti yang kamu lakukan, faktor kesopanan dalam memilih pakaian adalah penting bagi menghormati bulan penuh keberkatan itu. Mungkin ada dalam kalangan kamu yang mula mengenakan tudung pada bulan Ramadan ini. Ia merupakan satu langkah yang baik. Bagi yang lain, tentulah penggunaan pakaian yang sopan tetapi trendy memberikan mood yang menceriakan, sekali gus menyerlahkan wajah ceria kamu yang seharian keletihan menjalani ibadah berpuasa. Memilih pakaian yang sopan adalah penting dalam menjaga kemuliaan bulan Ramadan terutama mereka yang berpakaian menutup aurat bagi memastikan gaya tidak keterlaluan. Pada minggu ini, koleksi daripada Eimteeyax Boutique (EB) ditampilkan bagi memenuhi permintaan muslimah yang mahu kelihatan elegan dalam berpakaian sepanjang Ramadan ini. Terdapat dua koleksi yang boleh kamu pilih untuk kegunaan harian iaitu EB Exclusive dan EB Everyday. Bagi koleksi EB Exclusive, padanan gaya korporat untuk muslimah diilhamkan daripada gabungan warna hitam dan putih yang sememangnya memberikan mood lebih bertenaga dan profesional. Lebih-lebih lagi apabila ia dipadankan dengan selendang sutera yang memberikan kesan lebih menawan serta anggun kepada si pemakai. Bagi selendang pula, pilihan selendang sutera dengan saiz lebih besar berbanding selendang lain di pasaran perlu diberikan perhatian. Ini kerana pilihan selendang yang betul bakal memberikan keselesaan kepada si pemakai. Sementara itu, koleksi EB Everyday pula menampilkan gaya ringkas santai dan sesuai bagi muslimah menghadiri kelas mahupun bersantai bersama keluarga. Padanan kain kapas dan lycra bagi kardigan serta selendang kapas memberikan kesan santai dan tidak panas apabila digayakan pada waktu siang yang panas. Justeru, mari kita saksikan koleksi yang diperkatakan ini untuk tatapan kamu sempena bulan Ramadan al-Mubarak ini. - AMIRUL/FARIZWAN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |