Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 10 Jul 2013 10:19 PM PDT Berdasarkan laporan media, ketika Nur Idayu ditemui, dia seakan-akan lupa fikiran dan langsung tidak ingat pada suami dan anak-anaknya dan didakwa hanya mahu bersama suspek. Apabila diajak pulang ke rumah, wanita ini bertindak marah dan mahu tinggal bersama suspek yang sebelum ini diupah untuk membuat pengubahsuaian rumah mertuanya di Felda Bukit Sagu, Kuantan. Kes Nur Idayu yang dilarikan ke negara jiran itu merupakan antara yang terbaharu dilaporkan. Sebenarnya kes wanita atau anak gadis yang dilarikan ke negara berkenaan bukanlah satu perkara baru. Sejak beberapa tahun lepas kejadian anak gadis atau wanita Malaysia yang dilarikan ke sana telah banyak dilaporkan di dada akhbar. Bahkan, terdapat pelbagai usaha dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari negara ini terutamanya pihak Pemuda UMNO yang turut turun padang membawa wanita-wanita yang masuk ke negara berkenaan secara 'haram', pulang semula ke negara ini. Namun, berlainan daripada Nur Idayu, yang dilarikan lelaki Surabaya, kes 'dilarikan' atau 'melarikan' ini sebenarnya amat sinonim dengan lelaki Lombok. Justeru, sudah tentu apabila ada sahaja kes wanita dilaporkan dilarikan ke negara berkenaan, mahu tidak mahu, lelaki dari daerah ini terus dikaitkan. Penulis berpeluang menemubual lelaki Lombok, baru-baru ini untuk meminta pandangannya apa yang menyebabkan lelaki dari daerah ini kelihatan hebat dalam 'menyulam' cinta sehingga ramai dalam kalangan anak gadis di negara ini terjebak dan sanggup mengikut mereka ke tanah seberang. Pertanyaan demi pertanyaan dilontarkan dan lelaki berusia pertengahan 20-an ini kelihatan amat sopan menuturkan kata-kata malah sentiasa menundukkan kepala dan meminta keizinan setiap kali ketika melangkah berjalan di hadapan. Aditya, (bukan nama sebenar) berasal dari Lombok Timur mengakui keistimewaan lelaki Lombok adalah dari segi permainan cinta mereka. maksudnya, sekiranya mereka mula menyukai seseorang wanita berkenaan mereka akan cuba mendapatkannya walau dengan apa cara sekalipun. "Tidak mengira sama ada mereka ini anak dara mahupun sesiapa sahaja, sekiranya berkenan mereka pasti akan berusaha mendapatkannya. Kalau tidak mereka tidak akan balik," katanya ketika ditemui di Kajang, Selangor, baru-baru ini. Aditya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan gadis Lombok, beberapa bulan lalu juga menambah, bukan semua orang Lombok itu jahat yang kerjanya hanya melarikan anak dara orang. Cuma yang sebahagian berkelakuan demikian. Katanya lagi, daerah Lombok itu juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Lombok Utara, Barat dan Timur. Lombok Barat adalah dalam kalangan mereka yang paling agresif dalam hal-hal seperti ini. "Dahulunya, budaya resam lelaki Lombok ini apabila mereka mahu bernikah, mereka perlu melarikan anak gadis orang ke kampung mereka. "Ini bagi menunjukkan sikap kejantanan dan kekuasaan mereka sebagai lelaki. Mereka akan dianggap sebagai pahlawan apabila dapat 'melarikan' wanita-wanita dari kampung yang berlainan dan disimpan selama satu atau dua hari di rumah mereka sebelum akhirnya dilaporkan kepada ketua kampung. "Seterusnya, akibat kejadian berkenaan, ketua kampung akan membuat keputusan untuk menikahkan mereka setelah mendapat kebenaran daripada pihak wanita," katanya. Apabila ditanya tidakkah wanita berkenaan perlu meminta izin daripada waris mereka terlebih dahulu, Aditya menambah, itu semua akan diuruskan menerusi kamar perundangan iaitu nikah keadilan (seperti mahkamah syariah di sini) yang akan memberi keizinan menggunakan wali hakim sebelum pernikahan dijalankan. Mungkinkah paras rupa yang boleh menyebabkan wanita di negara ini menjadi 'cair' dengan ketampanan lelaki dari daerah itu, Aditya menjelaskan, keadaan ini bergantung pada individu. Sebagaimana lelaki di negara ini, dalam kalangan mereka juga ada yang kacak, namun faktor ini bukanlah penentu wanita berkenaan mudah terdorong mencintai mereka. Sejujurnya, Aditya memberitahu, rata-rata lelaki dari Lombok ini adalah insan yang paling rajin, taat melakukan ibadah, sopan dan berkata-kata lembut. "Sekiranya seseorang lelaki itu sudah menyukai wanita berkenaan, dia bersedia berkorban melakukan apa sahaja, wang ringgit sehingga sanggup menjadi 'hamba abdi' wanita terbabit semata-mata mahu mendapatkan cinta wanita berkenaan. "Lelaki Lombok ini lebih senang hidup sesama mereka daripada bergaul dengan suku-suku bangsa lain daripada masyarakat Indonesia sendiri. Tubuh mereka agak rendah tetapi sasa dan lebih senang bekerja di bahagian perladangan. "Di Lombok, kebanyakan masyarakatnya menjalankan aktiviti pertanian, perladangan serta trojet (motor sapu) dan kebanyakan daripada mereka adalah miskin," jelasnya. Apa yang agak mengejutkan, Aditya juga tidak teragak-agak untuk memberitahu, ramai lelaki Lombok mempunyai ilmu amalan 'guna-guna' untuk mendapatkan wanita yang dicintai mereka. "Ilmu ini memang dipelajari daripada turun-temurun dan tahu mengetahui mengenai mentera ini. Ilmu ini digunakan sama ada menerusi makanan, daun sirih, menerusi angin dan asap rokok," katanya. Aditya memberitahu, ilmu guna-guna ini digunakan terutamanya kepada wanita yang ingin dikahwini mereka tetapi sukar untuk mendapatkannya. Tetapi Aditya turut memberi amaran, ilmu ini juga akan digunakan kepada wanita yang selalu memperlekehkan dan mentertawakan lelaki Lombok sehingga mereka berasa dicabar wanita berkenaan. Apabila mereka berasa sakit hati, mereka akan menggunakan ubat guna-guna ini untuk mengenakan wanita berkenaan kerana dendam," katanya. Berbeza dengan lelaki suku lain, lelaki Lombok sebenarnya tidak sejahat yang disangka. Mereka tidak melakukan jenayah yang mengakibatkan kematian. Mereka adalah insan yang serba sederhana dan suka dengan kedamaian. |
Posted: 10 Jul 2013 10:19 PM PDT Jam dinding Cuckoo yang dihasilkan dengan penuh teliti. TUGASNYA hakikinya sebagai penunjuk waktu, namun ia mampu berfungsi lebih jauh daripada itu bagi menceria dan menyerikan sudut-sudut tertentu di rumah. Malah sesetengah individu menjadikan jam dinding sebagai koleksi berharga yang disimpan dan dijaga elok sehingga berpuluh mahupun beratus tahun. Keupayaan memiliki jam dinding sehingga berpuluh tahun lebih didorong oleh minat terhadap keunikan, reka bentuk dan ciri-ciri teknikalnya. Antara koleksi popular di kalangan pengumpul jam dinding ialah siri jam Cuckoo berirama. Jam dinding buatan Jepun ini, melalui hasil kerja tangan yang cukup teliti dan rumit dengan pergerakan yang berkualiti tinggi. Irama siulan burung mekanik yang kedengaran setiap jam pasti mencetus suasana ceria di rumah. Koleksi terbaru jam berirama Cuckoo ini didatangkan dengan fungsi baru iaitu sensor mematikan siulan burung secara automatik pada maktu malam. Alat sensor kecil dipasang pada kotak jam bagi mengesan cahaya. 'Burung' akan senyap apabila cahaya atau lampu dimatikan bagi memastikan tidur malam penghuninya tidak terganggu. Didatangkan dalam lima model berbeza jam unik ini boleh diperoleh pada harga serendah RM1,100 hingga Rm1,500 di butik Rhythm Pavilion, Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |