Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT USIA remaja sering dianggap sebagai honeymoon kerana pada usia ini golongan itu bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Namun bagi segelintir remaja berwawasan, usia muda ini digunakan untuk melaksanakan sebuah misi yang bukan sahaja menjadi kepuasan diri tetapi kebanggaan negara. Tidak kira dalam juga bidang, impian dan usaha yang berterusan mampu memberikan mereka satu tahap yang lebih tinggi berbanding remaja lain. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya baru-baru ini pernah meminta agar generasi muda Malaysia mencabar diri sendiri dan keluar dari zon selesa dengan melakukan perkara yang boleh membanggakan diri serta negara. Pada usia sebeginilah remaja perlu lebih berani dalam menghadapi cabaran yang semakin getir apatah lagi dengan keadaan dunia tanpa sempadan. Ruangan Fokus minggu ini menampilkan beberapa remaja luar biasa kerana mampu melakukan perkara yang tidak difikirkan oleh remaja seusia mereka. Mari ikuti kisah dan pengalaman berharga mereka. Semoga ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada remaja lain menjadi insan lain dari insan biasa. - AMIRUL |
Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT PENUNGGANG motosikal perlu mengutamakan keselamatan bagi mengelak sebarang musibah di jalan raya. - GAMBAR HIASAN BIASANYA berita mengenai kemalangan jalan raya banyak disiarkan di dada akhbar menjelang sambutan hari raya. Namun sejak kebelakangan ini kisah tragis tersebut dapat dilihat menghiasi dada akhbar tempatan dan luar negara hampir setiap hari. Pada 2 Julai lalu, saya ada membaca berita yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 2 penunggang maut, 3 cedera. Maklumlah saya juga merupakan salah seorang penunggang motosikal aktif sejak 2005, bezanya motosikal yang saya gunakan tidaklah selaju dan semahal motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Dalam berita itu mengatakan yang nahas berlaku ketika kumpulan konvoi melibatkan 16 buah motosikal berkuasa tinggi bertembung dengan sebuah lori tangki yang hilang kawalan dan menyebabkan kenderaan itu terbabas serta melintang di lebuh raya. Lebih memilukan, dalam kemalangan ngeri itu empat buah motosikal daripada konvoi itu gagal mengelak lalu merempuh lori tangki berkenaan menyebabkan salah sebuah daripadanya terbakar dan sebuah lagi terputus dua. Berkongsi pengalaman dengan pembaca mengenai kemampuan dan kebolehan menunggang yang ada pada diri masing-masing, memang semua boleh menunggang, namun bukan semua boleh ambil lap di selekoh tajam seperti Valentino Rossi. Oleh itu, lihat kemampuan kamu terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah motosikal berkuasa tinggi. Seperti nasihat orang terdahulu, ukur baju di badan sendiri. Kalau badan kamu bersaiz sederhana, carilah motosikal yang bersesuaian dengan kemampuan agar mudah untuk mengimbangi berat dan saiz ketinggian motosikal tersebut. Bukannya ambil kira kemampuan poket kamu. Ini kerana tak kiralah apa jenis motosikal yang kamu tunggang sama ada semahal Harley Davidson atau Ducati atau semurah Honda sekalipun, kesemua itu masih tidak menjanjikan keselamatan di jalan raya. Kejadian kemalangan boleh berlaku dengan pantas tanpa mengambil kira apa jenis motosikal yang kamu tunggang sama ada mahal atau murah. Biarpun motosikal itu dilengkapi sistem brek yang canggih sekalipun, jika lalai di jalan raya, pasti maut padahnya. Oleh itu, saya menasihatkan setiap penunggang motosikal yang sedang berkonvoi mahupun yang menunggang secara solo, berhati-hati di jalan raya. Bukan sekadar ingat orang tersayang, namun ingatlah juga bahawa nyawa yang dikandung badan tiada gantinya. INSAN PRIHATIN,Kuala Lumpur. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |