Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
8 kanak-kanak maut keracunan makanan di India Posted: 16 Jul 2013 10:31 AM PDT PATNA, India 17 Julai - Lapan kanak-kanak maut manakala 80 yang lain dimasukkan ke hospital ekoran keracunan makanan di timur India, semalam. Seorang pegawai kerajaan, Abhijit Sinha berkata, lapan kanak-kanak itu meninggal dunia selepas menikmati makan tengah hari yang disediakan di sekolah mereka. "Kesemua mangsa yang berusia di bawah 10 tahun menikmati nasi dan sejenis lauk yang dihasilkan dari kekacang. "Bagaimanapun, ada di antara mereka yang tidak mengalami sebarang masalah selepas menikmati juadah tersebut," katanya. Sehubungan itu, pasukan forensik dikerah ke sekolah tersebut untuk menyiasat punca keracunan. - AFP |
Aktivis gay Cameroon mati dibunuh Posted: 16 Jul 2013 10:26 AM PDT YAOUNDE, Cameroon 17 Julai - Seorang aktivis gay yang juga merupakan wartawan dilaporkan mati dibunuh di rumahnya, di sini semalam. Menurut pengkaji Human Rights Watch (HRW) , Neela Ghoshal, mayat Eric Ohena ditemukan oleh rakan-rakannya pada petang kelmarin dalam keadaan mengerikan. "Leher dan kaki mangsa patah, manakala muka, kaki dan tangannya dibakar. Motif pembunuhan masih belum dikenal pasti, namun gejala homofobia semakin serius," katanya. - DPA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |