Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
13 maut hotel di Madinah terbakar Posted: 09 Feb 2014 01:47 PM PST MADINAH: Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban manakala 130 lagi cedera selepas Hotel Ishraq Al Madinah di wilayah Madinah, Arab Saudi terbakar lewat semalam, lapor Agensi berita Saudi (SPA). SPA berkata perkhidmatan bomba bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan. Kira-kira 700 orang dari pelbagai negara menginap di hotel itu. Kebanyakan mangsa maut akibat sesak nafas selepas terhidu asap.
Pasukan bomba Arab dan pasukan pertahanan awam berjaya mengawal api dari merebak selepas beberapa jam bergelut dengan api yang marak, manakala mereka yang cedera dibawa ke hospital. Laporan berhubung punca kebakaran masih belum dikeluarkan, namun siasatan sudah dilancarkan.
Pegawai rasmi Direktorat Hal Ehwal Agama Turki, Nevzat Ünal berkata mereka juga sedang mengesan di semua hospital di bandar itu berikutan bimbang mungkin ada warga Turki yang menginap di hotel berkenaan.
Ibadah Umrah di Makkah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. Walaupun Haji lebih utama dan wajib bagi setiap umat Islam yang sihat dan mampu, Umrah pula tidak wajib namun amat disyorkan. Ia kadangkala "haji kecil". Sementara itu stesen televisyen Mesir melaporkan ramai warga negara itu maut dalam kebakaran yang berlaku, tetapi jurucakap kementerian luar, Badr Abdelatty berkata, Kaherah sedang berusaha mengesahkan bilangan rakyatnya yang terkorban.AGENSI |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |