{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Empat projek pelupusan tahun ini

Posted: 04 Feb 2014 11:29 AM PST

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 4 Feb. - Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) akan melaksanakan empat projek tapak pelupusan sanitari mesra alam dan berwajah baharu di negeri ini pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Sanusi Awi berkata, pembinaan tapak itu mengambil kira aspek keselamatan, pencemaran dan prasarana lengkap bagi meningkatkan tahap pengurusan sisa pepejal.

"Tapak pelupusan sanitari ini dilengkapi pembinaan sistem rangkaian dan kerja rawatan air larut resap, lapisan bawah tanah, kemudahan jambatan timbang serta kawalan air bawah tanah, gas metana dan pencemaran alam sekitar.

"Dengan adanya tapak pelupusan sanitari berteknologi tinggi yang baharu diharap dapat mengatasi masalah pencemaran dan kelewatan operasi kutipan sampah yang sering terganggu akibat keadaan tapak pelupusan yang tidak sempurna," katanya semasa merasmikan Bengkel Tindakan Pembersihan Negeri Johor di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah PPSPPA negeri, Asri Amat dan bekas Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Naim Nasir.

Program selama dua hari yang disertai oleh 108 peserta itu melibatkan kakitangan kerajaan dan agensi swasta bagi berkongsi idea serta menyediakan Pelan Pembersihan Negeri Johor Bagi Tahun 2014 untuk memastikan negeri ini semakin bersih.

Sementara itu Asri berkata, PPSPPA akan melaksanakan program mengurang, mengguna semula dan mengitar semula (3R) di peringkat sekolah, komuniti, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan dan swasta sepanjang tahun ini.

"Program ini sangat penting bagi mengurangkan penjanaan sampah harian di negeri ini yang dianggarkan sebanyak 3,600 tan setiap hari dan terus bertambah sebanyak lima peratus setiap tahun," katanya.

Keadaan itu amat membimbangkan kerana kos pengurusan sisa pepejal sentiasa meningkat dan negeri ini telah kekurangan tanah untuk dijadikan tapak pelupusan, katanya.

Pasukan URB berjaya kurangkan jenayah

Posted: 04 Feb 2014 11:29 AM PST

Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kiri) melepaskan sebahagian daripada 51 buah motosikal Unit Rondaan Bermotosikal di IPK, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 4 Feb. - Kewujudan Unit Ronda Bermotosikal (URB) di kawasan perumahan di negeri ini berjaya mengurangkan kadar jenayah dengan sebanyak 236 tangkapan dibuat sejak pasukan itu mula beroperasi dua tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, selain tangkapan, pasukan URB turut merampas sebanyak 608 barangan kes sejak 19 Disember 2012 hingga 31 Januari lalu.

"Pelaburan kerajaan bagi meningkatkan aspek keselamatan termasuk di negeri ini ternyata membuahkan hasil menerusi tangkapan dan rampasan yang dilakukan oleh pasukan URB.

"Justeru, penambahan motosikal bagi pasukan URB di negeri ini diharap dapat membantu polis memerangi dan mengurangkan kadar jenayah pada masa depan," katanya pada Majlis Penyerahan 51 Buah Motosikal URB di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua 51 buah motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 bernilai lebih RM1.2 juta itu yang diterima kontinjen berkenaan pada 23 Januari lalu akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, IPD Seri Alam dan IPD Nusajaya.

Menurutnya, hingga kini sebanyak 270 buah motosikal bagi kegunaan pasukan URB telah diagihkan ke 13 taman perumahan di seluruh daerah di negeri ini bagi menjalankan tugas rondaan dan pencegahan jenayah.

"Kita ada membuat permohonan untuk menambah jumlah motosikal untuk kegunaan URB kerana ramai yang mahu pasukan tersebut ditempatkan di kawasan perumahan mereka.

"Bagaimanapun, bagi kawasan perumahan yang tiada URB, kita berharap pihak Skim Ronda Sukarela (SRS), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan lain-lain dapat memainkan peranan masing-masing dalam membantu polis memerangi jenayah," katanya.

Tujuh mangsa ribut terima bantuan UMNO Bahagian Labis

Posted: 04 Feb 2014 11:29 AM PST

Mangsa ribut di Rumah Rakyat Bekok bersama Mohd. Azahar Ibrahim (barisan belakang, empat
dari kiri) dan Ahli Jawatakuasa UMNO Bahagian Labis selepas menerima bantuan di Labis, Johor, kelmarin.

LABIS 4 Feb. - Nasib tujuh keluarga mangsa ribut di Rumah Rakyat Bekok mendapat perhatian UMNO Bahagian Labis yang menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka membaiki kediaman yang rosak.

Ketua UMNO Bahagian Labis, Mohd. Azahar Ibrahim berkata, sumbangan tersebut boleh digunakan oleh mangsa untuk membiayai kos membaiki atap rumah mereka yang rosak dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, Sabtu lalu.

"Saya minta semua mangsa membuat laporan tentang kejadian itu kerana laporan polis merupakan salah satu syarat utama untuk melayakkan mereka memohon bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain gambar kerosakan rumah.

"Kami juga akan meneliti bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa termasuk memanjangkan masalah yang dihadapi mereka kepada JKM untuk tindakan selanjutnya," katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada mangsa semalam.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Fatimah Che Saad, 78, yang tinggal seorang diri bersyukur tidak ditimpa atap bilik mandi yang runtuh ketika kejadian apabila keluar dari bilik mandi untuk mengambil tuala yang lupa dibawanya.

Semasa hendak masuk semula ke dalam bilik mandi selepas mengambil tuala, dia terdengar bunyi seperti kucing berlari di atas atap sebelum tiba-tiba beberapa keping atap jatuh ke dalam bilik mandi berkenaan akibat dilanda ribut.

Dia yang membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk membaiki kerosakan atap rumah berterima kasih kepada UMNO Bahagian Labis yang menghulurkan bantuan membantu meringankan bebannya.

Bagi Abdul Majid Jantan, 73, turut mengakui bantuan yang diterima membantu meringankan bebannya yang terpaksa mengeluarkan belanja kira-kira RM600 untuk mengganti lima keping atap rumahnya yang diterbangkan angin.

"Ketika kejadian, saya sedang berehat di ruang tamu dan terdengar bunyi atap bergegar dilanda angin kencang sambil disertai hujan renyai, tetapi tidak menyangka sesuatu akan berlaku sehingga gegaran semakin kuat dan saya berlari ke bahagian dapur kerana bimbang bumbung akan tercabut.

"Saya dan isteri bernasib baik kerana sebaik sahaja kami sampai di dapur, beberapa keping atap di ruang tamu rumah saya diterbangkan angin. Mujur semua atap tersebut diterbangkan di luar rumah dan kebetulan tiada orang yang melalui kawasan tersebut," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat