Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 08 Feb 2014 08:11 AM PST BIASANYA bantal digunakan untuk memberikan keselesaan semasa tidur. Bagaimanapun pada zaman moden bantal turut mempunyai fungsi tambahan. Selain menawarkan keselesaan, bantal kini berfungsi menjadi gajet yang membolehkan pengguna mengecas mana-mana peralatan mudah alih yang mempunyai sambungan USB. Bantal ini dipopularkan individu yang berasal dari Kanada, Lisa Sutt dan Geoff Martin melalui projek Power Pillow dalam KickStarter. Power Pillow sebuah gajet berbentuk empat segi dengan dua port USB membolehkan pengguna mengecas mana-mana peralatan mudah alih iPhone, tablet dan banyak lagi. Kuasa baterinya menjangkau 12,000mAh litium polimer yang boleh mengecas iPhone sebanyak lima kali atau iPad saiz besar sebanyak satu setengah kali. Rekaan kecil ini membolehkan pengecas Pillow Power tersorok dalam bantal yang disediakan dengan pelbagai rekaan. Ia berukuran hanya 0.57 inci dengan saiz keseluruhan 17 x 17 x 8 inci dan bantal buatan Amerika Syarikat ini sesuai diletakkan di sofa asalkan berdekatan soket tenaga. Bantal ini tidak berbahaya kerana bateri dan semua aksesori dibuat daripada fabrik penebat EX-Static iaitu karbon nanotiub BASF Resistant yang memberi perlindungan EMF dan menjauhkan pengeluaran statik. Bantal elektronik ini mempunyai tujuh rekaan dan pembinanya membenarkan pilihan Power Pillow Elite yang membolehkan pengguna mencipta corak sendiri bantal. Antara rekaan yang ditawarkan termasuk Dottie, Skylar, Westbury, Puff, Knotty dan Maxim. Bantal ini diberi jaminan 90 hari. |
Posted: 08 Feb 2014 08:11 AM PST HISTOGRAM mungkin satu istilah yang agak jarang dibincangkan dan kedengaran seperti membingungkan, namun pemahaman tentangnya penting bagi yang ingin mendalami ilmu fotografi. Fungsi histogram yang tersedia pada kebanyakan kamera digital moden hari ini boleh difahami sebagai graf pengagihan data yang mewakili tiga zon cahaya iaitu gelap, pertengahan dan terang. 'Turun naik' bentuk graf histogram pada menu kamera menceritakan kandungan warna asas yang direkod secara digital berdasarkan nilai terang dan gelap sesuatu gambar. Bentuk graf pada sebelah kiri mewakili bahagian yang mempunyai warna gelap, manakala bahagian tengah menunjukkan kandungan tona pertengahan dan paling kanan adalah yang paling cerah. Secara ringkasnya, histogram boleh dijadikan rujukan terbaik untuk membantu jurufoto mendapatkan gambar yang mempunyai dedahan seimbang dan tepat. Fungsi ini juga menjadi petunjuk penting bagi mengelakkan rakaman menjadi gelap (under-exposed) atau terlebih cerah (over-exposed) khususnya ketika rakaman gambar dalam keadaan cahaya yang terlalu terang atau terlalu suram. Sebagai contoh, sepasang kasut putih yang dirakam berlatar belakang dinding hitam akan menghasilkan graf yang 'berat' pada sebelah kiri, manakala gambar sepasang kasut hitam yang berlatar belakang dinding putih menjadikan graf berat ke sebelah kanan. Dengan memahami keseimbangan zon cahaya pada histogram, kita boleh menukar penyelarasan (setting) yang bersesuaian dengan keadaan sekeliling berpandukan graf pada skrin kamera. Bagaimanapun, histrogram dicipta hanya sebagai petunjuk dan tidak semestinya dipatuhi dalam semua keadaan. Bagi rakaman siluet atau subjek yang berlatar belakang cahaya ekstrem, graf histogram yang tidak seimbang harus diabaikan. RAKAMKAN apa sahaja subjek atau suasana. Tujuh gambar terbaik akan dipilih untuk diterbitkan dalam ruangan ini. Sila sertakan nama, alamat, tajuk gambar, keterangan ringkas gambar, jenis kamera, jenis lensa, bukaan (aperture), kelajuan pengatup (shutter), ISO. Sila hantar ke pcdanpen@gmail.com. Oleh Abd. HALIM HADI TALIB pcdanpen@gmail.com |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |