{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Hiburan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Hiburan


Jodoh peneroka dan seniwati

Posted:

Jodoh peneroka dan seniwati

Jodoh peneroka dan seniwati

HUJAN mencurah-curah di pekan Meru, Selangor sewaktu majlis pernikahan pelakon veteran, Ruminah Sidek, 68, berlangsung di kediaman abang iparnya pada pagi Sabtu lalu.

Bagaikan berjanji, selebat hujan yang turun di luar rumah, begitu jua dengan air mata murni Ruminah atau mesra menggelarkan dirinya sebagai Mak Mah sewaktu akad nikah sempurna dilafazkan suaminya, Al Fatah Rahim Ismail, 70.

Tangisan itu tanda kegembiraan dan kesyukuran doa yang telah ditanam dalam hati semasa mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Mekah dua bulan lalu telah diperkenankan Ilahi.

Takdir juga telah menentukan jodoh aktres senior kesayangan ramai itu dengan seorang duda yang tanpa disedari turut sama menitipkan doa tersebut agar dipertemukan jodoh untuk menemani sisa-sisa kehidupan mereka.

"Mak Mah bersyukur dapat menghabiskan saki baki hidup ini sebagai seorang isteri. Alhamdulillah, kami selamat disatukan sebagai suami isteri.

"Mohon peminat mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina ini hingga ke akhir hayat," ujarnya riang biarpun sekali sekala menyeka air mata yang masih bersisa di kelopak mata.

Pasangan warga emas terbabit dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Masjid As Syarif, Meru, Mohd. Jani Salman dengan disaksikan adik pengantin perempuan, Mohd. Zainal Sidek pada pukul 9.20 pagi.

Mak Mah yang telah membintangi lebih 25 filem sejak mula bergiat dalam bidang seni menerusi filem Anak Bapak pada tahun 1968 itu menerima mas kahwin sebanyak RM300.

CINTA pandang pertama antara Al Fatah dengan Mak Mah diikat sebagai suami isteri.


Memilih untuk tidak mengkehendaki sebarang wang hantaran, kedua-dua mempelai masing-masing berbalas 12 dulang hantaran. Antara hantaran diterima Mak Mah ialah sebiji kek, senaskhah al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, minuman bikarbonat dan telekung.

Al Fatah pula menerima set wangian, sebiji kek, tepak sirih, persalinan, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Seri pengantin

Menyarung persalinan putih pada majlis akad nikah sebelah pagi, Mak Mah biar basah dengan air mata kelihatan berseri untuk bersatu dengan lelaki yang bakal menemani separuh lagi perjalanan hidupnya. Begitu juga dengan Al Fatah yang tampak begitu segak bersama persalinan lengkap songkok.

Mereka yang kemudian memakai busana berwarna ungu tajaan Azika Collection di singgahsana pelamin rekaan Adi Wedding Decoration pada majlis resepsi juga tampil berseri. Seri pengantin, kata orang lama.

Kebetulan ia kali pertama buat ibu kepada aktor, Adlin Aman Ramlie itu bersanding di pelamin biarpun sudah menempuhi tiga kali alam perkahwinan sebelum ini termasuk dengan pelawak legenda, AR Tompel.

Mak Mah memberitahu, perkahwinan mereka berdua menyatukan keluarga masing-masing yang sudah sedia besar.

Dia merupakan ibu tunggal kepada enam anak dan 20 cucu manakala Al Fatah yang merupakan seorang peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan pula bapa tunggal kepada 10 anak dan 30 cucu.

Kegembiraan jelas kelihatan pada wajah kedua-dua belah keluarga. Sanak saudara Mak Mah termasuk anak bongsunya, Adlin Aman Ramli dan isteri, Emelda Rosnaida serta anak tiri, AR Badul ceria berbusana ungu.

Majlis resepsi itu juga tidak lekang dengan gelak tawa hampir 50 ahli keluarga Al Fatah yang segak memakai busana berwarna jingga.

Mengulas gelodak perasaan bergelar suami kepada seniwati terkenal, Al Fatah mengakui pada mulanya dia agak gementar apabila memikirkan penerimaan peminat dan rakan artis Mak Mah.

"Saya juga memikirkan bagaimana hendak berhadapan dengan wartawan yang ramai membuat liputan majlis pernikahan kami tetapi keramahan mereka membuatkan saya selesa.

"Hilang gementar, datang keserasian. Tak sangka seorang peneroka dapat mengahwini seniwati," katanya ceria dalam gelak tawa.


RESTU... Adlin Aman Ramli dan isterinya, Emelda teruja dengan pernikahan baharu Mak Mah dan bapa mertua mereka, Al Fatah.


Bercerita tentang perancangan masa depan, Al Fatah memberitahu, mereka sudah sepakat untuk menjalani kehidupan berumah tangga di Felda Jelai.

Jelasnya, mereka bakal menjalani kehidupan sebagai peneroka Felda yang mengerjakan kebun getah dan menghabiskan usia senja dengan beribadah kepada Allah bersama-sama.

Begitupun jelas Al Fatah, dia tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya Mak Mah masih mahu aktif sebagai pelakon biarpun sudah bergelar isteri.

"Saya kena reda, itu kerjaya dia. Saya izinkan (berlakon) tetapi tak perlu sampai saya ikut sekali ke set penggambaran," ujarnya.

Mak Mah dan Al Fatah sepakat mengimpikan untuk mengerjakan ibadah haji bersama-sama suatu hari nanti sebagai percutian bulan madu paling berharga.

Jelas Al Fatah, selain mengimbau lokasi perkenalan awal mereka, sebagai seorang Muslim, dia beranggapan tanah suci Mekah dan Madinah adalah lokasi paling diangankan untuk dijejaki.

Sementara itu Adlin dan Emelda berkata, mereka berkongsi kegembiraan dan kesyukuran ibunya yang lama hidup sendiri kini sudah memiliki teman sehidup semati.

Justeru, pasangan suami isteri itu mendoakan kesejahteraan, kebahagiaan dan kemudahan ibu dan bapa tiri baharunya itu menjalani kehidupan dan beribadah.

"Selain mengharapkan 'adik' baharu, saya juga pening nak balik kampung mana, sama ada Felda (kediaman Al Fatah), Meru (rumah Mak Mah) atau Perak (kampung Emelda) pada Aidilfitri tahun ini," selorohnya sambil mengerling kepada Emelda.

"Sila pakai kanta," Rozita Che Wan

Posted:

"Sila pakai kanta," Rozita Che Wan

"Sila pakai kanta," Rozita Che Wan

Oleh HARYATI KARIM

ROZITA dan Zain akan terus aktif bercuti. New Zealand dan London berada di dalam senarai destinasi percutian mereka pada masa akan datang.


SEJAK berkahwin, pelakon Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin tidak lekang daripada kontroversi. Bermula dengan kisah kereta mewah anaknya sehingga gambar atas katil serta terbaharu gambar didakwa bercium ketika bercuti di Paris menjadi bahan kritikan peminat di akaun Instagram miliknya.

Bahkan warna rambut perang Zain juga menjadi bahan kritikan peminat sehingga Rozita meninggalkan komen di Instagram untuk memperbetulkan fakta buat peminat yang menghentam suaminya itu.

Sudah lali dengan kontroversi, baik Rozita mahupun Zain menganggap memuat naik sebarang gambar di akaun Instagram mereka adalah hak peribadi mereka.

Meskipun banyak kali dikritik peminat, mereka memilih untuk tidak mengambil kisah dengan kontroversi yang tercetus dan akan terus memuat naik gambar di akaun Instagram seperti biasa.

Kosmo! menghubungi Rozita sehari selepas dia pulang daripada percutiannya dan mengakui cukup terkejut dengan perhatian yang diberi peminat terhadap gambar di Paris itu.

Ikuti temu bualnya bersama Kosmo!.

Kosmo!: Adakah Rozita sedar bahawa gambar kalian bercuti di Paris menimbulkan kontroversi apabila anda dan Zain didakwa bercium?

ROZITA: Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta.

Ini bukan kali pertama anda dan suami dikritik kerana sekeping gambar. Adakah anda serik untuk memuat naik gambar di Instagram selepas ini?

Tidak, sebab itu akaun saya dan hak saya untuk memuat naik sebarang gambar sekalipun. Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram. Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini.

Adakah benar anda didakwa memaki peminat di Instagram gara-gara peminat menegur rambut perang Zain?

Saya ingin betulkan fakta. Saya tidak pernah memaki peminat, sebaliknya saya hanya meninggalkan komen untuk menjelaskan mengapa Zain mewarnakan rambutnya perang.

Dia bukan warnakan rambut untuk suka-suka, sebaliknya kerana watak dalam siri Oh My English musim ketiga.

Apakah pandangan anda terhadap peminat yang sangat prihatin pada setiap gambar yang dimuat naik oleh anda?

Walaupun saya letak gambar biasa atau gambar saya seorang diri, orang yang jenis suka mengata tetap akan mengata.

Mulut orang saya tidak boleh tutup. Mereka terlebih prihatin dan tidak ada kerja rasanya.

Biarlah orang mahu bercakap apa sekalipun, saya tidak kisah dan emosi tidak terjejas. Saya tetap akan menjadi diri saya sendiri.

Bagaimanakah dengan tahap kesihatan anda kini?

Alhamdulillah, kini kandungan saya sudah mencecah usia empat bulan. Semuanya berjalan lancar dan kesihatan saya pun okey. Tidak ada sebarang alahan. Cuma berat badan bertambah sedikit sebab saya semakin kuat makan.

Sejak berkahwin dan kini hamil anda dilihat ligat bercuti ke luar negara. Memang perkara ini telah dirancang sejak awal?

Sebelum ini saya sibuk kerja, waktu hamil sahaja saya mempunyai banyak masa rehat.

Kebetulan Zain juga ada cuti, jadi kami mengambil kesempatan itu untuk bercuti ke luar negara.

Selepas ke Krabi, Thailand, kami terbang ke Perancis. Insya- Allah, selepas ini mungkin saya akan ke New Zealand bercuti sambil mengikut Zain menjalani penggambaran di sana.

Kemudian, destinasi terakhir yang saya rancang untuk singgah sebelum berehat kerana sudah hamil tua ialah London, England.

Adakah percutian ini tidak menjejaskan kehamilan anda?

Tidak, sebab sejak hamil anak pertama, setiap kali hamil memang saya banyak berjalan ke luar negara. Alhamdulilah, setakat ini kandungan saya sihat tidak ada sebarang masalah.

Apakah perkembangan terbaharu kerjaya seni anda?

Sekarang saya tidak terlalu

Jamal Abdillah, Eddy Silitonga bergabung

Posted:

Jamal Abdillah, Eddy Silitonga bergabung

Jamal Abdillah, Eddy Silitonga bergabung

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

JAMAL ABDILLAH menyampaikan rangkaian 17 buah lagu menerusi konsert sambutan Hari Ibu yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam baru-baru ini.


KENANGAN menyanyi bersama arwah ibunya, Zainon Hassan beberapa puluh tahun sebelum ini yang menerjah kotak fikiran membuat penyanyi bersuara emas, Datuk Jamal Abdillah, menitiskan air mata.

Titisan air mata penyanyi berusia 55 tahun itu tumpah tatkala lagu Penawar Kasih didendangkannya pada sambutan Hari Ibu yang berlangsung di Dewan N'Dah Shah Alam baru-baru ini.

"Saya terkenang kembali saat manis bersama arwah ibu. Ketika itu saya sedang duduk bermain gitar manakala ibu pula menyanyi di dapur mengikut petikan gitar yang dimainkan.

"Tidak banyak kenangan yang ada bersama arwah kerana saya kurang menghabiskan masa bersamanya kerana sibuk dengan karier seni," ujar Jamal yang berhijrah ke Kuala Lumpur ketika usianya 18 tahun.

Arwah ibu Jamal yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi meninggal dunia pada tahun 1991.

Tidak hanya sebak mengenangkan arwah ibunya, Jamal juga mengakui akan menitiskan air mata kerana terlalu menghayati lirik lagu yang dinyanyikan.

"Saya akan menghayati setiap bait-bait lagu yang disampaikan dengan sepenuh hati sehingga menitiskan air mata," luahnya.

Tetamu-tetamu yang sebilangan besarnya terdiri daripada ibu dihiburkan dengan 17 rangkaian lagu popular Jamal termasuk Gadis Melayu, Kekasih Awal dan Akhir, Rayuan Maut, Mati Hidup Semula, Kau Lupa Janji, Antara Yakin dan Curiga, Keluhan Perantau, Penawar Kasih Perjalananku, Berdendang Dalam Tangisan, Sepi Seorang Perindu dan Takdir Penentu Segala.

Jamal turut menjemput dua peminat yang memiliki suara yang sama dengannya ke atas pentas untuk berduet bersama lagu Ghazal Untuk Rabiah.

Jamal juga tidak menghampakan permintaan peminat apabila menyanyikan lagu popularnya, Azura secara minus one walaupun lagu tersebut tiada dalam senarai lagu pada malam itu.

Bersara

Sambutan Hari Ibu pada malam itu juga meriah dengan persembahan duet Jamal dengan penyanyi undangannya, Nas Adila menerusi lagu Kehebatan Cinta dan Sandarkan Pada Kenangan.

Selain persembahan Jamal, majlis pada malam itu turut diserikan dengan penampilan Nas Adila selaku penyanyi jemputan dan Jihan Raja Lawak selaku pengacara.

Ditebak adakah dia bakal bersara daripada bidang nyanyian seperti yang dinyatakan pada majlis persembahan Minggu Setiausaha di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), April lalu, Jamal segera menafikannya.

JAMAL bakal berkongsi pentas persembahan konsert bersama Eddy Silitonga di Istana Budaya menjelang Ogos depan.


Sebaliknya, penyanyi yang berasal dari Ipoh, Perak itu mengakui, nyanyian merupakan jiwanya dan akan terus menyanyi selagi hayat dikandung badan.

"Saya tidak akan berhenti menyanyi. Semuanya salah faham apabila kenyataan saya pada majlis persembahan Minggu Setiausaha itu disalahertikan peminat dan media yang hadir.

"Ketika menjemput anak saya Osama ke atas pentas, saya ada mengatakan ingin bersara tetapi itu semua hanyalah skrip persembahan pada hari itu semata-mata dan ia juga merupakan gimik pada hari itu," jelasnya yang sudah menyanyi sejak 34 tahun lalu.

Jamal turut memberitahu, peminatnya marah dan kecewa membaca berita mengenai keinginannya untuk bersara dalam bidang nyanyian.

Konsert

Pada malam yang sama, Jamal menerima kejutan daripada kelab peminatnya (Kelab Peminat Datuk Jamal Abdillah) yang turut meraikan hari ulang tahunnya yang ke-55 tahun pada 9 Mei lalu.

Menurut Jamal, impiannya sempena sambutan hari ulang tahun adalah ingin menjadi bapa yang lebih baik buat dua anak, Osama Yamani, 13, dan Ahmad Zaki, 7.

"Saya mahu melihat kedua-dua anak saya berjaya dalam hidup. Saya juga bersedia andai Osama berkecimpung dalam dunia nyanyian dan ingin bersaing dengan saya. Namun, dia mesti berusaha untuk menjadi sehebat Allahyarham Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Ramli MS," tuturnya.

Pada masa yang sama, Jamal memberitahu, dia bakal sibuk membuat persiapan sempena konsertnya bersama penyanyi terkenal Indonesia, Eddy Silitonga yang akan berlangsung di Istana Budaya pada Ogos depan.

Mengulas lanjut mengenai gandingannya bersama penyanyi yang begitu sinonim dengan lagu Biarlah Sendiri itu, Jamal mengakui sudah lama mengimpikan untuk berada satu pentas bersama Eddy yang popular sekitar tahun 70-an.

"Saya cukup meminati dan mengagumi beliau. Alhamdulillah impian untuk menyanyi bersamanya terlaksana," katanya yang akan bergabung di dalam konsert yang dinamakan sebagai Konsert Nostalgia.

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat