Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Persahabatan sejati dibawa sampai mati Posted: Persahabatan sejati dibawa sampai matiOleh SAJIDA ASARULAH KHAN
JEMPOL – Gurauan tiga sahabat mahu dikebumikan dalam satu liang semasa bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan di sini menjadi kenyataan apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal malam kelmarin. Salah seorang daripada mereka enggan menerima upah membersihkan tanah perkuburan tersebut atas alasan dia juga akan dikebumikan di situ apabila meninggal dunia kelak. Nahas pada pukul 9.30 malam di Jalan Besar Felda Palong 9, 10 dan 11 itu mengorbankan Muhammad Syahreedzwan Mohmad H. Abdullah, 17; Mohamad Aflin Norirfan Md. Jani, 15, dan Muhammad Faizal Jamalludin, 13. Ketiga-tiga mangsa yang bersahabat sejak kecil di Felda Palong 13 di sini meninggal dunia di Klinik Kesihatan Palong 9 akibat cedera parah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Posted: Ajal masa buang air besarOleh NOR AFIQAH MAT NOR
SHAH ALAM – Impian seorang lelaki warga Bangladesh untuk berkahwin Julai ini tidak kesampaian apabila dia maut tertimbus tanah ketika sedang membuang air besar di dalam tandas sebuah gudang perabot di Jalan Pekan Subang dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Abul Kashem, 43, pekerja gudang perabot berkenaan dikatakan baru masuk ke dalam tandas apabila berlaku runtuhan tanah ekoran hujan lebat dan meranapkan tandas serta sebahagian gudang. Menurut rakan mangsa, Muhammad Isman, 26, ketika kejadian, dia berada tidak jauh dari situ dan sempat menjerit kepada mangsa apabila melihat tanah setinggi 50 meter menggelongsor dari lereng bukit berhampiran. "Saya panggil dia sekuat hati namun jeritan tidak didengari Abul. Apabila lihat tanah mula menghampiri kawasan gudang, saya terpaksa menyelamatkan diri sendiri dengan keluar melalui pintu utama," ujarnya ketika ditemui Kosmo! Ahad di tempat kejadian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Posted: Najib umum dividen 10 peratusOleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM NAJIB (dua dari kiri) bersama Pengerusi Kelab Usahawan 1Azam Parlimen Pekan, Datuk Melati Ali (dua kanan) menunjukkan dividen 10 peratus pada majlis pengumuman dividen DPK dan pelancaran Kelab Usahawan 1Azam Parlimen Pekan di Dataran Pekan, Pekan, Pahang semalam. Kiri ialah Ismail Sabri dan Adnan (kanan). PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 10 peratus kepada para pelabur Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bagi tahun kewangan berakhir 2013. Beliau berkata, pengumuman dividen kali pertama itu menerusi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) yang dilancarkan pada Disember 2012 adalah manifestasi kepada kejayaan program transformasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas). "Walaupun DPK baru dua tahun beroperasi, kejayaan dicapai oleh Nafas merupakan cerminan keberkesanan program-program yang dijalankan sampai ke peringkat akar umbi," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |