{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Mandian jakuzi buat si kecil

Posted:

Mandian jakuzi buat si kecil

Mandian jakuzi buat si kecil

KAKI kecil itu lincah menendang riak air di dalam tab mandi manakala tangannya ligat menggapai bola-bola kecil beraneka warna yang terapung di permukaan air.

Berbekalkan pelampung yang disemat kemas di sekeliling leher, Muhammad Fareeq al-Fateh Mohd. Azha cuba mengimbangkan tubuh kecilnya sambil berenang di dalam air.

Sesekali bibir comelnya menguntumkan senyuman tanda dia menikmati masa bermain air ketika menjalani sesi terapi spa di Hippopo Baby Spa & Wellness yang terletak di pusat beli-belah Centrepoint Bandar Utama di Petaling Jaya, Selangor.

Gelagat bayi lelaki kepada Mohd. Azha Ab. Halim dan Siti Fadzilah Mohd. Azami itu turut membuatkan pasangan suami isteri itu teruja melihat reaksi anak mereka terhadap rawatan yang diberikan.

Menurut Siti Fadzilah, 29, dia menghantar anak sulungnya itu ke spa berkenaan bagi membantu memulihkan tahap kesihatannya selain menggalakkan perkembangan otak serta rangsangan deria.

Katanya, anaknya yang kini berumur empat bulan itu pernah mengalami demam kuning dengan bacaan tahap bilirubin yang agak tinggi pada minggu pertama kelahiran.

Bilirubin ialah pigmen berwarna kuning yang dihasilkan menerusi pencernaan dan penguraian komponen dalam darah yang mengakibatkan jaundis atau demam kuning kepada bayi apabila parasnya melebihi jumlah normal.

BAYI akan dimanjakan dengan urutan lembut sebaik selesai sesi mandian.


"Biarpun telah pulih sepenuhnya, saya bimbang penyakit demam kuning itu akan memberikan kesan kepadanya pada masa akan datang, jadi, sebab itulah saya bawa dia ke sini," ujarnya kepada kru Jurnal.

Bagi Chew Foong Li, 32, dia menjadikan terapi bayi di spa berkenaan sebagai rutin dalam kehidupan anak sulungnya yang kini berusia empat bulan.

Menurut ibu muda itu, dia akan datang dua kali seminggu ke spa tersebut bersama anaknya, Elijah Kew, untuk berenang dan mendapatkan urutan badan.

"Saya dapat lihat perkembangan anak saya selepas lebih dua bulan mengikuti terapi ini. Bukan sahaja tulang dan tubuhnya lebih kuat, malah dia juga boleh tidur dengan lena pada setiap malam dan mempunyai sistem percernaan yang lebih baik," ujarnya tersenyum.

Pengasasnya, Nick Goo, berkata, dia mendapat idea untuk menubuhkan spa tersebut selepas membawa anaknya yang berusia tiga bulan ke sebuah spa bayi di Singapura.


URUTAN dapat memanfaatkan kesihatan bayi dalam pelbagai aspek antaranya mengawal kitaran tidur dan jaga.


Tab mandi

Menurutnya, terdapat lebih 10 buah spa untuk bayi yang menyediakan pakej mandian kolam dan urutan di sana.

"Semasa melihat sendiri keseronokan anak bermain air di dalam kolam dan melalui terapi urutan yang dilakukan selama 30 minit di spa tersebut, saya sangat teruja dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan," katanya.

Bertitik tolak dari saat itu, Nick dan isterinya bersepakat untuk membuka sebuah spa yang menawarkan pakej mandian dan urutan bayi, iaitu yang pertama seumpamanya di negara ini.

Menurutnya, sesi memanjakan diri merangkumi aktiviti berenang dan terapi urutan lazimnya memakan masa lebih kurang satu jam.

"Bayi dikehendaki melakukan sesi regangan selama lima minit sebelum mandi bagi mengelakkan kekejangan otot. Kemudian mereka akan dipakaikan dengan lampin mandian khusus yang boleh didapati dalam saiz S hingga L," jelasnya.

Mula beroperasi sejak September lalu, spa itu menyediakan dua jenis tab mandi khusus untuk keselesaan bayi.

Menurut Nick, tab mandi kecil dikhaskan untuk bayi berusia satu hingga enam bulan, manakala tab lebih besar digunakan untuk bayi berusia tujuh bulan hingga tiga tahun.


SESI renang di dalam jakuzi menggalakkan tindak balas bayi terhadap riak airnya yang sentiasa berpusar.


"Tab besar turut dilengkapi dengan jakuzi untuk menggalakkan tindak balas bayi terhadap riak airnya yang sentiasa berpusar," ujarnya.

Tambah Nick, air yang digunakan untuk tab mandi juga akan ditukar secara berjadual bagi memastikan tahap kebersihan dan kualitinya terpelihara serta selamat untuk kegunaan bayi.

"Air bagi tab mandi besar akan ditukar setiap hari sementara tab mandi lebih kecil, airnya ditukar setiap kali selepas digunakan.

"Selain itu, ia turut dilengkapi dengan penapis air dan kandungan ioniser bagi menghindarkan bau busuk dan menghalang pembiakan bakteria," jelasnya.

Nick memberitahu, air suam antara suhu 33 hingga 37 darjah Celcius digunakan ketika sesi mandian.

"Meskipun demikian, ibu bapa diberi pilihan sama ada untuk memilih air mandian sejuk atau suam bagi bayi mereka," katanya.

Sesi mandian biasanya berlangsung selama 20 minit.

Kitaran tidur

Bertutur lanjut, Nick berkata, selesai sesi mandian, bayi akan dimanjakan dengan urutan yang dilakukan oleh perunding fisioterapi profesional selama 20 hingga 30 minit lagi.

Menurutnya, urutan tersebut menggunakan minyak biji anggur, minyak daun pegaga dan minyak musk yang diimport dari Taiwan.

Produk organik dan hipoalergenik digunakan kepada bayi bagi mengelakkan kerengsaan pada kulit bayi yang sensitif.

"Bayi yang selalu diurut akan mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, tidak mudah tertekan dengan keadaan sekeliling dan lebih tenang," katanya.

Seorang ahli fisioterapi, N. Sashreena, 22, berkata, urutan dapat memanfaatkan kesihatan bayi dalam pelbagai aspek.

Katanya, antara kebaikannya termasuklah membantu bayi berehat dengan mengawal kitaran tidur dan jaga bayi, memperbaik peredaran darah dan membantu sistem penghadaman.

Malah, ia dikatakan membantu mempercepatkan pertumbuhan dan tumbesaran bayi khususnya kelahiran pramatang.

Bahkan katanya, bayi yang selalu didedahkan dengan aktiviti sihat seperti berenang akan membantu menyihatkan jantung dan paru-paru, di samping meningkatkan pertumbuhan minda.

Dalam pada itu, Sashreena mengingatkan ibu bapa agar memastikan bayi mereka berada dalam keadaan yang sihat sebelum datang menjalani rawatan di spa.

"Bayi mestilah tidak menghidap sebarang penyakit seperti demam, selesema dan batuk.

"Mereka juga perlu bebas daripada mengambil sebarang suntikan dalam tempoh tiga hari sebelum menjalani terapi," jelasnya sambil berkata, spa tersebut turut menyediakan ruang khas bagi ibu yang inginkan privasi ketika menyusukan anak mereka.

Harga untuk satu sesi mandian ialah RM48 dan urutan pula RM38 sementara RM86 untuk pakej terapi bagi kedua-dua servis berkenaan.

Selain di Centrepoint Bandar Utama, spa ini juga mempunyai cawangan di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur dan bakal dibuka di Setia Walk, Puchong, Selangor.

Jenayah seludup minyak

Posted:

Jenayah seludup minyak

Jenayah seludup minyak


HARGA minyak Malaysia yang lebih murah menyebabkan kegiatan penyeludupan ini semakin berleluasa.


AZIZAH BAGUS mula menjual minyak seludup di sekitar pekan Sungai Golok yang terletak di sempadan Malaysia sejak empat tahun lalu.

Wanita Thailand yang berusia 49 tahun itu mendedahkan, minyak petrol dan diesel bersubsidi mudah diperoleh khususnya menerusi Rantau Panjang, Kelantan.

Dia mendakwa menerima bekalan daripada kenderaan penyeludup yang menawarkan minyak petrol dari Malaysia pada harga RM3.40 seliter dan pada kebiasaannya mampu memperoleh sehingga 100 liter setiap hari.

"Dalam sehari, sekurang-kurangnya ada tiga kenderaan akan singgah menawarkan minyak petrol. Saya tidak pernah menolak kerana minyak ini amat sesuai untuk jualan runcit di negara ini," katanya.

Tambah Azizah, dia menjual bahan api tersebut pada harga RM3 sebotol dan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM2.60 bagi seliter petrol.

"Setiap hari saya mampu memperoleh pendapatan bersih antara RM700 hingga RM1,000," katanya.

Namun, bukan Azizah seorang sahaja yang meraih keuntungan atas jualan bahan bakar seludup itu malah hampir kebanyakan gerai di tepi-tepi jalan di pekan Sungai Golok hingga ke Narathiwat, Thailand menjalankan bisnes berkenaan.

Akibatnya, segelintir pengusaha stesen minyak di kawasan terbabit gulung tikar.

Di Malaysia, aktiviti penyeludupan minyak dikesan berlaku di kawasan berhampiran sempadan, lokasi perindustrian dan juga pelabuhan.

Antara laluan penyeludup yang popular ialah Padang Besar di Perlis; Bukit Kayu Hitam di Kedah, Pengkalan Hulu di Perak serta Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor di Kelantan.


AZIZAH (kanan) menjual bekalan minyak petrol dan diesel bersubsidi dari Malaysia di pekan Sungai Golok, Thailand.


Kerugian

Pada masa sama, kawasan bersempadan dengan Indonesia, Filipina dan Brunei tidak terlepas menghadapi masalah tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Datuk Azis Yacub, kerajaan mengalami kerugian kira-kira RM2.5 juta sebulan akibat kegiatan penyeludupan minyak petrol dan diesel dari negeri itu ke negara jiran.

Katanya, kerugian itu melibatkan jumlah subsidi minyak yang mengalir keluar dan cukai yang gagal dikutip.

"Perbezaan yang ketara dari segi harga bahan bakar itu bagi kedua-dua negara menyebabkan kegiatan penyeludupan ini semakin berleluasa," katanya.

Buat masa ini, harga RON95 dan diesel di Malaysia lebih rendah berbanding negara-negara jiran dengan masing-masing berharga RM2.10 dan RM2.

Di Thailand, RON95 dan diesel dijual pada harga RM4.74 dan RM3.06, manakala Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, akibat penyelewengan diesel dan petrol yang dilakukan, kerajaan kehilangan sebanyak RM1.2 bilion sejak lima tahun lalu.

Jelas Hasan, berdasarkan statistik tahun lalu, sebanyak 90 kes penyelewengan diesel di stesen minyak dikesan oleh pihak penguat kuasa dengan nilai RM403,000.


TONG-TONG berisi minyak petrol yang berjaya dirampas pihak berkuasa dalam satu serbuan di Semporna, Sabah.


Penyelewengan

Sebanyak 20 kes pula melibatkan penyelewengan minyak petrol jenis RON95 di stesen minyak.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah memberitahu, jumlah keseluruhan kes penyelewengan penjualan diesel bersubsidi dan petrol RON95 di lima buah negeri bersempadan di Semenanjung setakat Oktober lalu adalah sebanyak 233 kes melibatkan nilai rampasan lebih RM659,000.

Katanya, daripada jumlah itu, Johor mencatat nilai rampasan tertinggi untuk diesel iaitu sebanyak RM497,939 manakala Perlis untuk petrol RON95 dengan jumlah rampasan RM101,911.

Itu belum termasuk lagi aktiviti penyelewengan minyak membabitkan individu, syarikat dan stesen minyak tempatan yang menjual bahan bakar itu secara haram kepada industri dan luar negara bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.

Akhbar melaporkan daripada sejumlah 8.5 bilion liter diesel bersubsidi yang diguna pakai oleh kenderaan komersial, 3.5 bilion liter telah disalahgunakan akibat aktiviti penyeludupan dan kegiatan mengaut untung keterlaluan termasuk melalui cara gelap.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perdagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir mahu tindakan lebih keras diambil pihak berkuasa bagi mengatasi masalah penyelewengan diesel terutama pembabitan orang dalam sehingga menyebabkan negara kerugian lebih RM1 bilion setahun.

"Kualiti sistem penguatkuasaan di negara ini harus dipertingkatkan selain cadangan mewujudkan organisasi baharu mencegah masalah tersebut," ujarnya.

Inspirasi ketuhar RM25

Posted:

Inspirasi ketuhar RM25

Inspirasi ketuhar RM25

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my

INTAN belajar membuat kek melalui buku resipi.


TANPA angan-angan, impian tidak akan menjadi kenyataan. Memegang prinsip tersebut, siapa sangka, angan-angan seorang suri rumah, Intan Nadzli, 30, untuk memiliki perniagaan keknya sendiri kini bertukar realiti.

Menurut anak jati kelahiran Kajang, Selangor ini, impian itu timbul sejak dia di bangku sekolah lagi.

"Saya selalu tengok ibu buat kek. Pada waktu itu, kehidupan kami agak susah dan ibu hanya pandai buat kek mentega.

"Namun begitu, keterujaan saya memuncak setiap kali melihat bancuhan tepung tersebut bertukar menjadi kek yang enak," katanya.

Jelas Intan, minat tersebut juga dipupuk selepas dia tertarik melihat kek yang terhias indah bersama salutan krim berwarna-warni dalam majalah resipi.

Menjadi budak kampung yang membesar tanpa pendedahan menyebabkan Intan menggandakan usaha untuk menggapai impian tersebut sehingga sanggup menghabiskan wang untuk membeli majalah-majalah resipi terbaharu di pasaran.

Ujar ibu kepada sembilan orang cahaya mata ini, disebabkan itu, dia kini mengumpul lebih 400 naskhah majalah yang menjadi rujukannya sejak menceburi bidang pembuatan kek.

Ketika usianya menginjak angka 20-an, Intan memberanikan diri untuk mencuba aneka resipi kek daripada majalah berkenaan.

"Pada tahun 1998, saya membeli sebuah ketuhar pembakar di sebuah pasar raya dengan harga RM25.

"Sejurus pulang ke rumah, saya meluru ke dapur dan cuba membuat kek coklat mini mengikut resipi yang ditunjukkan dalam majalah tersebut," jelasnya.

Ternyata, percubaan anak sulung daripada empat beradik ini tidak sia-sia. Kek coklat mini yang dihasilkannya bukan sahaja mengembang dengan sempurna, malah mendapat pujian daripada teman serumah.

DARIPADA kek mini, Intan kini mampu menghasilkan makaron.


Kedai

Menyedari bakat semula jadinya, Intan mengikuti kursus pembuatan kek. Sifat ringan mulut membolehkan dia mengutip segala ilmu yang diperlukan sehingga dia mampu menghasilkan kek setaraf cef hotel lima bintang.

Melihatkan kesungguhan Intan berniaga dengan ketuhar pembakar kecilnya, suaminya, seorang kontraktor, memberikan lampu hijau untuk Intan membuka perniagaan yang lebih besar.

"Mungkin dia nampak kesungguhan saya yang bersengkang mata hingga pukul 4 pagi untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

"Suami kemudian menghadiahkan saya sebuah ketuhar pembakar berharga RM30,000 dan menyatakan sokongan jika saya ingin membuka kedai kek sendiri," jelasnya.

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, Intan menggunakan peluang itu untuk membangunkan sebuah kedai kek dan bakeri yang dinamakan Food Stamps di Dengkil, Selangor.

Biarpun baru dua bulan beroperasi, menurut Intan, dia banyak menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian. Dia juga mendapat kepercayaan daripada golongan orang kenamaan seperti pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarulzaman.

"Saya rasa sangat berbaloi selepas impian dan penat lelah saya selama ini berhasil.

"Tetapi, ini bukanlah perniagaan menjual kek semata-mata. Sebaliknya, saya turut membuka kelas membuat kek supaya ilmu yang saya ada ini dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai orang," jelasnya.

Jelasnya, dia lebih cenderung untuk membuat kek-kek yang mempunyai nilai sentimental terhadap pelanggan kerana ia membolehkan Intan untuk mengekspresikan emosi pelanggan menerusi kek-kek tersebut.

Tambah Intan, perniagaan tersebut merupakan kenangan yang paling manis dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi apabila air tangannya kini mampu dinikmati oleh orang ramai.

"Memandangkan saya seorang penggemar kek, saya akan beli kek yang berbaloi dari segi rasa dan harga, jadi saya juga mestilah menghasilkan kek yang berkualiti untuk pelanggan," jelasnya.

KEK hari jadi yang ditempah oleh seorang pelanggan.


'Hantu' kek

Walaupun telah membakar lebih 2,000 biji kek sepanjang penglibatannya dalam dunia tersebut, namun, Intan tidak pernah jemu menjamah makanan tersebut.

Lebih menarik, dia akan menghabiskan sekurang-kurangnya sepotong kek sebelum waktu makan.

"Saya sangat obses dengan kek. Sebelum makan nasi, kek yang saya akan cari dulu.

"Kalau tak dapat, saya rasa macam hendak menggelupur dan tidak akan makan apa-apa hidangan sehingga saya dapat menjamah sepotong kek," ujarnya.

Lazimnya, Intan yang begitu menggemari kek red velvet dan butterscotch akan menghabiskan sekurang-kurangnya RM70 sehari untuk membeli kek.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga akan memasuki setiap kedai kek yang dilihatnya semasa keluar bersiar-siar.

"Oleh sebab terlalu ketagih dengan kek semasa berpantang selepas bersalin anak kedua, saya habiskan RM250 sekali gus untuk membeli kek. Pada masa itu, saya baru sahaja memasuki hari kedua berpantang," katanya sambil ketawa.

Biarpun menumpukan sepenuh jiwa dalam bidang pembuatan kek, namun Intan mengakui turut mempunyai hobi lain seperti menjahit dan memasak. Namun, disebabkan kesuntukan masa, hobi itu jarang dapat dilakukan.

Menurut graduan teknologi maklumat daripada sebuah institusi pengajian tempatan ini lagi, meskipun baru setahun jagung menceburkan diri dalam industri tersebut, beliau berharap impiannya untuk membuka pusat bakeri terbesar akan menyusul tidak lama lagi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat