Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Jakim gantung serta-merta dua produk coklat keluaran Cadbury
- Kontraktor Petronas maut, kereta terhumban ke dalam parit
- Diskaun di restoran mamak jika Malaysia menang Piala Thomas
Jakim gantung serta-merta dua produk coklat keluaran Cadbury Posted: [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk coklat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine). |
Kontraktor Petronas maut, kereta terhumban ke dalam parit Posted: Kontraktor Petronas maut, kereta terhumban ke dalam parit24/05/2014 7:45pm MARANG - Seorang kontraktor Petronas maut manakala kembarnya parah selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 24.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Zohan Seman berkata, dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, Zaharul Hazimi Zainudin, 27, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kembarnya Zaharul Hakimi patah paha kiri. "Polis percaya kejadian berlaku apabila kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan dan gagal memasuki laluan asal selepas memotong sebuah bas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Akibat itu, kereta yang dinaiki pasangan kembar terbabit berpusing dan merempuh paip air sebelum terhumban ke dalam parit, katanya. Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan kembarnya turut menerima rawatan di hospital sama. - Bernama |
Diskaun di restoran mamak jika Malaysia menang Piala Thomas Posted: Diskaun di restoran mamak jika Malaysia menang Piala Thomas24/05/2014 6:37pm KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) sedia menawarkan harga diskaun ke atas menu makanan dan minuman sekiranya Malaysia menjuarai Piala Thomas 2014 esok. Presidennya, Noorul Hassan Sani Hameed berkata, pihaknya akan berbincang dengan lebih 6,000 ahli persatuan itu untuk memberikan pakej makanan dan minuman istimewa jika Malaysia berjaya membawa pulang piala tersebut selepas 22 tahun. "Kami tidak membuat perancangan sebelum ini kerana kami pun tidak sangka Malaysia boleh masuk final," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Tambahnya, sudah menjadi kelaziman bagi anggota persatuan itu menyediakan televisyen dan skrin besar di premis untuk pelanggan mengikuti siaran langsung acara sukan. Mengakui sukan memupuk perpaduan masyarakat, Noorul Hassan, yang mensasarkan Malaysia menang 3-1 ke atas Jepun berkata, persekitaran muhibah dan 'boleh duduk semeja' dapat dilihat setiap kali acara sukan ditayangkan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |