Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Posted: 02 Jul 2013 01:40 PM PDT Bangkok perluas rundingan cari keamanan di selatan Bangkok: Majlis Keselamatan Negara (NSC) mengadakan rundingan rahsia dengan kumpulan pemisah selain Barisan Revolusi Nasional (BRN) dalam usaha menamatkan keganasan di selatan Thailand, kata penasihat NSC, Charoon Ampa.
NSC turut mendapatkan pandangan agensi lain dalam kerajaan mengenai tujuh tuntutan utama BRN bagi membolehkan mereka memberi maklum balas sebaik Ramadan berakhir, katanya. Beliau menambah, mustahil mengundurkan tentera dari wilayah itu kerana mereka ada di bumi Thailand. Pun begitu, tentera menimbang menyerahkan kawasan 'selamat' kepada agensi tempatan supaya anggota tentera boleh kembali ke kem. Lapan terkorban
Timbalan Menteri Pertahanan, Jeneral Yutthasak Sasiprapha, berkata kerajaan akan membuat keputusan mengenai rundingan BRN sebaik Ramadan berakhir tetapi buat masa kini ia akan terus menggunakannya sebagai saluran untuk cuba mencapai keamanan. Yutthasak berkata, tiga kumpulan beroperasi di wilayah itu; satu menyokong rundingan damai; kumpulan lain dengan kekuatan 2,000 anggota menentang usaha itu manakala satu lagi memantau keadaan. - AGENSI |
Posted: 02 Jul 2013 01:38 PM PDT Colombo: Sri Lanka turut mengharamkan majalah Time isu 1 Julai kerana cerita muka depan mengenai sami militan yang disifatkan boleh menjejaskan sentimen agama di pulau itu. Jurucakap jabatan kastam, Leslie Gamini berkata, isu yang memaparkan gambar foto sami Myanmar terkemuka dengan tajuk 'The Face of Buddhist Terror' akan diharamkan.
"Kami tidak benarkan isu ini diedarkan di Sri Lanka kerana ia boleh menjejaskan sentimen agama penduduk." Hubungan tegang Sri Lanka dengan majoriti penduduk Buddha dilihat mempunyai hubungan tegang dengan masyarakat Islam dan minoriti lain yang semakin meningkat. Ia adalah negara kedua mengharamkan edisi berkenaan selepas Myanmar. Versi online majalah itu masih didapati di Sri Lanka.
"Kami diminta dapatkan kebenaran dari kementerian media tetapi sehingga kini tidak menerimanya," kata seorang pengurus di Emit. "Sudah terlambat untuk edarkan isu ini (1 Julai) kepada pelanggan kami." Ketegangan agama tercetus di Sri Lanka tahun ini selepas kumpulan Buddha radikal menolak sijil makanan halal yang dipantau oleh penduduk Islam. Beberapa masjid dan perniagaan milik penduduk Islam juga menjadi sasaran kumpulan radik al yang kadang kala diketuai sami. - AFP |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |