Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
6 terbunuh keganasan baru di Mesir Posted: 23 Jul 2013 03:50 PM PDT Penyokong, penentang Presiden Morsi terus bertempur Cairo: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam keganasan antara penyokong dan penentang Presiden Mohamed Morsi yang digulingkan di ibu negara Mesir semalam, lapor media. Keganasan berlaku sebelum subuh berhampiran lokasi tunjuk perasaan Ikhwanul Muslimin Universiti Kaherah, tempat mereka berhimpun sejak pemimpin itu disingkirkan tentera 3 Julai lalu. Ikhwanul Muslimin menyifatkan tindakan itu sebagai serangan ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman. Enam terbunuh Akhbar milik kerajaan Al-Ahram melaporkan, kementerian kesihatan memaklumkan bahawa enam orang terbunuh, manakala 33 orang cedera dalam pertempuran itu. Kira-kira 100 orang terbunuh dalam keganasan di Mesir, sejak tentera menggulingkan Morsi dan menggantikan beliau dengan pentadbiran sementara yang dipimpin Ketua Mahkamah Perlembagaan, Adli Mansour. Ikhwanul Muslimin, di dalam laman webnya menyatakan, sembilan orang 'syuhada' terbunuh di dalam dua serangan berasingan ke atas penyokong Mursi, seorang di Universiti Kaherah, manakala yang lain terbunuh ketika berarak menuju ke satu lagi lokasi perhimpunan di utara Kaherah. Ikhwanul Muslimin berkata, ia akan meneruskan perhimpunan sehingga Morsi yang ditahan tentera di satu lokasi tidak diketahui, dilantik semula menyandang jawatan asalnya. Diarah pindah "Pemimpin tentera yang meampas kuasa terus melakukan keganasan ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman," kata Parti Kebebasan dan Keadilan dalam satu kenyataan. Sebilangan penduduk yang tinggal berhampiran dengan lokasi perhimpunan di Bandar Nasr membuat aduan meminta mereka berpindah. Sumber keselamatan berkata kes itu dijangka dibawa ke mahkamah 'bagi membolehkan tentera diberi kuasa undang-undang' untuk menamatkan tunjuk perasaan. - REUTERS |
Posted: 23 Jul 2013 03:49 PM PDT London: Masyarakat dunia dan seluruh rakyat Britain, semalam berkongsi kegembiraan dengan berita kelahiran anak pertama pewaris takhta England Putera William dan isterinya Kate Middleton. Ungkapan 'Its a boy!' (anak lelaki!) terpampang hampir di semua muka depan akhbar di Britain, laman Twitter, Facebook hingga ke puncak Menara British Telecom (BT Tower) di Fitzrovia di London, menggambarkan rasa gembira dengan kelahiran pewaris ketiga takhta England dan cucu sulung pewaris takhta pertama, Putera Charles.
Bayi berkenaan dilahirkan pada jam 4.24 petang kelmarin di sayap persendirian Lindo Wing, Hospital St Mary di Paddington dengan berat 3.79 kilogram. Putera William berada di sisi isterinya ketika anak mereka dilahirkan. Beratus-ratus orang orang berhimpun di dalam cuaca panas terik dengan suhu mencecah 33 darjah Celsius untuk berkongsi saat gembira di luar hospital di Paddington dan di luar Istana Buckingham bagi menunggu pengumuman dibuat. Bayi yang belum diberi nama itu akan menerima gelaran His Royal Highness dan dikenali Prince of Cambridge, selepas dekri oleh Ratu Elizabeth awal tahun ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |