Berita Harian: Dunia
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Dunia |
Aktres hantar racun kepada Obama Posted: 29 Jun 2013 01:15 PM PDT Wanita berasal dari Texas ugut Presiden AS bakal dibicara Houston: Seorang wanita Texas kelmarin, bakal dibicarakan selepas didapati bersalah atas tuduhan menghantar surat berisi racun kimia 'ricin' kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Richardson, 35, dituduh menghantar surat mengancam presiden dan tuduhan mengugut Obama, lapor laman web Houston Chronicle. Turut ugut datuk bandar Richardson dituduh bukan hanya menghantar surat berisi racun kimia itu ke Rumah Putih tetapi juga kepada Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, dan kumpulan aktivis menyokong kawalan senjata api pimpinan Bloomberg. Surat berkenaan dipercayai mengandungi ancaman keganasan terhadap penyokong kawalan senjata api.
Richardson yang ditahan pada 7 Jun lalu memberitahu ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bahawa suaminya yang menghantar surat itu. Bagaimanapun, dia kemudian mengubah keterangan kepada suaminya yang memaksanya menghantar surat berkenaan. Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian dan Richardson yang sudah ada lima anak juga sedang hamil. Richardson adalah seorang aktres, pernah muncul dalam filem dan program televisyen menggunakan nama Shannon Guess. Menurut keterangan dirinya dalam data karyawan filem IMDb di internet, dia pernah memegang watak kecil dalam The Vampire Diaries dan The Walking Dead. Dia juga memegang watak kecil dalam filem The Blind Side dan muncul dalam iklan Avis. Berdepan penjara lima tahun Jika didapati bersalah, Richardson menghadapi hukuman penjara lima tahun bagi setiap tuduhan. - AGENSI |
Wanita ubah rambut tarik perhatian Posted: 29 Jun 2013 01:12 PM PDT Purata 150 kali tukar gaya sepanjang hidup London: Wanita sekurang-kurangnya mengubah gaya rambut mereka sebanyak 150 kali sepanjang hidup.
Kajian itu membabitkan 2,000 wanita yang dilakukan oleh penata gaya Toni 'n' Guy. Ia juga mendapati, sekurang-kurangnya 12 peratus daripada mereka ingin berubah gaya untuk kelihatan seperti seorang selebriti, lapor Daily Express. Secara purata, seorang wanita mengubah gaya rambut sebanyak dua kali setahun manakala warna rambut diubah sekurang-kurangnya sekali setahun. Cepat bosan
Kajian juga menunjukkan sebanyak 64 peratus wanita mengubah stail rambut kerana cepat Berasa bosan dengan gaya sebelumnya. Kira-kira 15 peratus mengaku bahawa mereka akan menukar gaya rambut hanya semata-mata untuk menghadiri satu majlis perkahwinan manakala 13 peratus merasakan perlu berbuat demikian selepas mendapat anak. Sambutan hari jadi, lulus universiti dan juga ketika putus hubungan dengan kekasih juga mendorong mereka untuk mengubah gaya rambut. ,b>Aliran semasa Kajian juga mendapati wanita akan mengunjungi salun sekurang-kurangnya lima kali setahun atau 250 kali sebaik usia mereka mencecah 65 tahun. "Jika anda gemar jadi perhatian dan mengikuti aliran semasa, tiada yang lebih baik berbanding menukar gaya potongan atau warna rambut," kata pengarah kreatif global Toni & Guy, Sacha Mascolo. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |