Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 30 Jun 2013 03:53 PM PDT Bukan lagi mimpi, Shaheizy Sam akhirnya memandu kereta Nissan 370Z Coupe yang menjadi idaman sejak mula membabitkan diri dalam bidang seni. Jika sebelum ini, Sam hanya menyimpan anganangan dan memandang dari jauh kereta idaman kalbu, pelakon berbakat itu kini mampu tersenyum puas dengan hadiah kemenangan kenderaan mewah itu sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012).
"Sam memang sudah lama idamkan kereta ini sejak keluaran model 350Z. Bagaimanapun, masa itu, Sam masih baru dalam industri dan hanya mampu tengok saja. "Alhamdulillah, apabila sudah dapat kereta ini atas 'pemberian' peminat, Sam rasa sangat bertuah kerana tidak perlu keluar wang untuk memilikinya. Hadiah paling bermakna "Sam memang hendak menggunakan nama sendiri untuk plat pendaftarannya. Apabila mendapat tahu sudah ada pemilik, Sam jumpa individu terbabit untuk berbincang mengenainya," katanya ketika ditemui HIP.
Malah, Sam menganggap kereta Nissan 370Z Coupe itu adalah hadiah paling bermakna yang pernah diterimanya daripada peminat. Lebih tiga bulan menantikan kereta idamannya itu, Sam secara rasminya menjadi pemilik kereta terbabit daripada Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Tan Keng Meng, pada majlis penyerah kunci yang turut dihadiri Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali dan Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir di Pusat Beli Belah One Utama, Bandar Utama, Damansara, kelmarin. "Sam berpegang kepada rezeki. Kalau berusaha lebih, pasti akan dapat merasa juga. Bagi Sam, keluarga adalah keutamaan dan apa-apa pun. Sam akan lebihkan keluarga dulu terutama mummy, kemudian baru fikir pasal diri sendiri," katanya. Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
Posted: 30 Jun 2013 03:50 PM PDT Tiada lagi wakil Malaysia dalam program The Apprentice Asia apabila satu-satunya peserta harapan iaitu Nazril Idrus atau Nash, tersingkir pada episod keenam minggu lalu. Sebelum ini, dua wakil Malaysia iaitu Hanzo dan Nik terlebih dulu meninggalkan program terbabit selepas dipecat oleh hosnya, Tan Sri Tony Fernandes.
Sudah namanya program realiti, silap percaturan pasti mengundang padah. Dek kerana terlalu kerap membuat kesilapan ketika ditugaskan untuk mengurus bahagian housekeeping di sebuah hotel terkemuka pada cabaran terakhir minggu lalu, Nash akhirnya dipecat. Berikutan itu, penyingkiran Nash bagai memberi persepsi kurang enak terhadap dirinya. Mengapa tidak, sebagai penasihat kewangan profesional, sedikit sebanyak ia mampu mencalar reputasi yang dibinanya selama bertahun-tahun. Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan itu, Nash menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya.
"Berdasarkan arahan, kami diminta untuk membuat sesuatu dengan betul. Apabila berlaku kesilapan ketika mengambil pesanan dan ketika makanan dihantar, saya sanggup mengambil risiko dengan membayar ganti rugi bagi makanan yang silap ditempah. Nafi 'bermain' cara selamat "Saya cuba memperbetulkan keadaan seperti yang diarahkan, tapi hendak buat macam mana, rezeki saya terhenti setakat minggu keenam saja," tegasnya mempertahankan niat murninya itu. Sepanjang enam minggu berada di dalam program terbabit, suami kepada aktres, pengacara dan pereka fesyen, Sazzy Falak ini juga dilihat sebagai seorang yang sentiasa 'bermain' cara selamat atau play safe. Nash dilihat tidak terlalu agresif berbanding peserta lain yang memperlihatkan ketokohan dan kesungguhan mereka untuk menjadi perantis kepada jutawan terkenal Malaysia itu. "Kita kena tahu, ini adalah program realiti. Apa yang mereka cari adalah kenyataan atau aksi yang boleh menimbulkan kontroversi yang mampu menaikkan rating program. "Apa yang perlu khalayak tahu adalah sebaik saja lampu kamera menyala, masing-masing akan bercakap dan berlumba-lumba mengeluarkan kenyataan panas dan boleh disensasikan. Sazzy kecewa "Tambahan pula, terlalu banyak suntingan yang dibuat dan kebetulan babak yang membabitkan saya kelihatan seperti saya terlalu 'bermain' dengan selamat, walhal hakikatnya tidak. Saya menganggap perjuangan saya dalam program ini seperti saya bertanding dalam Sukan Olimpik dan mahu berjuang berhabis-habisan. Saya mahu Malaysia menang," katanya yang mewakili Kumpulan Mavericks. Ditanya apakah perasaan isteri tersayang apabila mendapat tahu dia tersingkir lebih awal, Nash berkata, Sazzy kecewa dengan berita itu. "Bagaimanapun, dia akur dengan keputusan itu kerana menyedari ia adalah program realiti," ujarnya mengakhiri perbualan dengan HIP. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |