Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 09 Jul 2013 04:50 PM PDT Nabila tetap bekerja pada bulan puasa, sedih berjauhan dengan anak Jika kebanyakan artis cuba memperlahankan kegiatan seni mereka sepanjang Ramadan, berbeza pula dengan pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 30, yang lebih suka bekerja biarpun sedikit kepenatan. Saya teringin merasai sendiri pengalaman berpuasa di perantauan. Cuma yang tidak seronoknya apabila terpaksa berpisah dengan anak. Hanya Tuhan yang tahu betapa seksanya apabila berjauhan daripada anak, tetapi saya perlu kuat supaya dapat membesarkannya dengan sempurna" Nabila Huda, Pelakon Nabila yang sememangnya gemar mengembara berkata, bekerja sambil berpuasa di negara orang bukanlah bebanan buatnya, yang sejak dulu lagi tidak betah untuk duduk diam. Dia sendiri akan rimas sekiranya tidak mempunyai sebarang tugasan buat tempoh waktu yang lama. Katanya, paling lama dia berehat cumalah selama dua hari. Andai lebih daripada itu, hatinya mula tidak keruan lantaran sikapnya yang kuat bekerja sejak dari dulu. "Saya memang tidak mempunyai perancangan langsung untuk berehat ketika Ramadan. Jika artis lain memilih untuk mengurangkan aktiviti lakonan, saya pula memilih untuk bekerja. Saya jadi rimas jika tidak melakukan apa-apa di rumah. "Saya berada di New Zealand selama dua minggu, dengan tujuh hari daripadanya adalah pada bulan puasa. Memang saya sengaja menerima tawaran ini, walaupun tahu ia jatuh pada bulan puasa, kerana peluang menjejakkan kaki ke negara orang memang amat saya nantikan. Selepas New Zealand, Nabila akan terbang pula ke Venice dan Milan, Itali, pada Hari Raya kelima untuk menjayakan penggambaran drama Sangkar, arahan Erma Fatima. Tak serik bercinta Mengenai kegagalan rumah tangga dan cintanya sebelum ini, Nabila menafikan dirinya takut kepada komitmen sehingga menyebabkan dua hubungan terbabit gagal bertahan lama. Sebaliknya, dia yang sudah biasa berdikari sejak di bangku sekolah menjadikan alasan sibuk sebagai faktor yang mendorong kepada perpisahan. Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 ini bagaimanapun mengaku tidak serik untuk bercinta, pada masa sama tidak terburu-buru mencari pengganti. Sebaliknya, buat sementara waktu, Nabila yang baru putus kasih dengan pelakon, Nas-T, mahu memberikan fokus kepada kerjaya lakonan yang kian berkembang, selain permata hatinya. "Andai ditakdirkan bertemu lelaki sesuai, saya tidak mahu bercinta lama-lama, sebaliknya ingin terus bernikah. "Selama ini pun saya bukanlah jenis yang mudah jatuh cinta. Bersama bekas suami dulu, lama juga kami bercinta. Saya tidak pernah dikaitkan dengan lelaki lain ketika bersama dengannya. "Setelah beberapa tahun berpisah, barulah saya kembali bercinta, tetapi sayangnya hubungan dengan Nas-T tidak berpanjangan. Kami masih baik dan saya masih sayangkan dia sebagai kawan. Begitupun, apa yang berlaku pada hubungan kami biarlah menjadi rahsia. Saya tidak suka bercerita terlalu terperinci. Biar sedikit kisah hidup saya menjadi rahsia peribadi. "Andai ditakdirkan bercinta kembali, saya tidak akan menyembunyikan daripada pengetahuan umum. "Sebenarnya, saya tidak suka menjaja kisah cinta. Bila ada yang bertanya, saya akan menyatakan perkara sebenar. Saya tidak pandai berselindung, lagipun apa perasaan pasangan sendiri jika saya menafikan perkara yang benar," kata Nabila. |
Skim insurans artis tertangguh? Posted: 09 Jul 2013 04:43 PM PDT Anak seni nanti pelaksanaan SIS, bimbang bantuan ihsan dilupus apabila Bajet 2014 diumum Anak seni masih menanti pelaksanaan Skim Insurans Seniman (SIS) yang diluluskan Kabinet, Mac lalu dengan peruntukan RM1.1 juta. Semua penggiat seni tanah air sudah tahu SIS mendapat kelulusan kerajaan seperti diumumkan bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Mac lalu" Zed Zaidi, Presiden SENIMAN Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata kementerian bertanggungjawab perlu menyelesaikan isu pelaksanaan SIS dengan segera sebelum pemberian ihsan kerajaan tidak dilupus dengan pengumuman Bajet 2014. "Semua penggiat seni tanah air sudah tahu SIS mendapat kelulusan kerajaan seperti diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Mac lalu. "Sehingga hari ini, saya masih didesak ahli SENIMAN untuk bertanya mengenai pelaksanaan SIS yang sudah empat bulan berlalu," katanya kepada HIP. Isu pentadbiran lengahkan inisiatif? "Apa yang membimbangkan ahli adalah hak mereka akan disalurkan kepada perkara lain. Lebih-lebih lagi Bajet 2013 akan berakhir dan kerajaan mengumumkan Bajet 2014," katanya. Pada Mac lalu, Rais mengumumkan SIS mendapat kelulusan kabinet sebagai pemberian ihsan bagi membiayai insurans kemalangan diri dan hayat berkelompok semua penggiat seni tanah air. Selain pelakon, penyanyi, pelawak, skim itu turut dinikmati penggiat seni seperti pelukis, penulis, pengukir dan pekerja belakang tabir yang mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Selain itu, Zed turut mempersoal skim bantuan kepada budayawan dan seniman dalam Bajet 2013 bernilai RM6 juta yang belum diagihkan sepenuhnya kepada semua persatuan seni tanah air. "Setakat ini, cuma RM1 juta daripada bajet itu dikeluarkan kementerian terbabit. Saya meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui pegawai bertanggungjawab tampil membuat penjelasan," katanya. SENIMAN mewakili lebih 100,000 ahli persatuan penggiat seni tanah air. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |