Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 12 Jul 2013 05:42 PM PDT Pernah murung disebabkan berjauhan dengan keluarga Pernah terdetik perasaan ragu untuk mencuba nasib di tempat orang, Elfaeza Ul Haq akur barangkali rezeki masih belum berpihak kepadanya meskipun jalan untuk meneroka laluan sudah terbentang luas. "Mungkin kerana masih muda, banyak perkara yang tidak mampu saya tangani seorang diri terutama apabila dimarahi di set penggambaran. "Ketika itu saya juga berperang dengan diri sendiri. Industri belum bersedia menerima kehadiran pelakon luar, malah saya pernah terasa hati apabila dianggap ke Kuala Lumpur untuk mencuri rezeki orang lain. "Memikirkan barangkali belum masa untuk saya bertapak di rantau orang, saya ambil keputusan pulang ke pangkuan keluarga. "Dari situ saya beroleh peluang berlakon di Singapura. Saya terima dengan niat untuk belajar dan mendalami setiap aspek dunia lakonan. Kesempatan itu juga diambil untuk membina nama kerana saya masih belum gah di negara sendiri," katanya. Situasi industri hiburan Melayu yang kecil di Singapura membataskan langkahnya. Dirinya tersepit antara keinginan untuk mencabar kemampuan namun akur, peluang itu tidak mungkin diperoleh jika dia kekal di situ. Fikirkan tanggungjawab "Saya disarankan supaya mencuba nasib di Kuala Lumpur. Tetapi hati saya berat, memikirkan tanggungjawab terhadap adik yang masih bersekolah. "Bagaimanapun pada 2011, apabila produksi teater tempat saya bekerja ditutup, Tuhan seperti membuka mata saya supaya memikirkan perancangan untuk diri sendiri. Tanpa membuat persediaan lengkap, Elfaeza nekad untuk terbang ke Kuala Lumpur dan menghadiri uji bakat untuk drama berantai, Adam & Hawa. Rezeki menyebelahinya apabila dia diterima untuk watak Azie. Namun kegembiraan Elfaeza tidak lama kerana dia kembali diuji. "Penggambaran ditangguhkan dan ketika itu, saya kehilangan pekerjaan. Untuk meneruskan survival, saya ambil beberapa tawaran kecil di Singapura dan membintangi drama, Biarlah Rahsia. "Alhamdulillah kerana penantian panjang itu membuahkan sesuatu yang tidak pernah saya jangka. Adam & Hawa menjadi fenomena dan dari situ, saya menerima banyak tawaran hingga akhirnya saya semakin selesa dengan kehidupan di Kuala Lumpur," katanya. Antara drama berantai yang dijayakan Elfaeza adalah Cinta Qaseh, Tiara, Dalam Setiap Sujudnya dan terbaru Mukhlis bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad. Dia juga menyerikan drama seperti Biarlah Rahsia, Jambatan Ke Syurga, Siapa Di Hatimu dan Tanah Kubur. Hampir berputus asa Berjauhan dari keluarga kata Elfaeza, menuntut kekuatan emosi yang tinggi kerana kerinduan yang tidak tertahan hampir meragut semangatnya yang suatu ketika dulu begitu membara. Telah Elfaeza, disebabkan sudah terbiasa hidup berdikari di Singapura, dia tidak akan berdepan ujian berat apabila memilih untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. "Apabila sebatang kara di sini, baru saya faham perbezaannya. Dulu setiap perkara saya ambil sambil lewa kerana keluarga sentiasa di sisi. Suara yang dulu jarang saya endahkan, mula saya rindui. "Lebih terasa setiap kali pulang ke rumah sewa, tiada siapa yang menyambut. Situasi itu membuat saya murung dan kerap menitiskan air mata. "Hampir lapan bulan saya begitu dan pernah satu tahap, saya menghubungi teman di Singapura memberitahu saya mengalah dengan dugaan ini. "Bayangkan ketika di lokasi Adam & Hawa, saya terpaksa berperang dengan diri sendiri. Alhamdulillah, semua itu sudah mampu diatasi. "Saya bersyukur kerana mempunyai semakin ramai kenalan di sini," katanya berterima kasih kepada teman pelakon Singapura, Shah Iskandar yang banyak membantu ketika dia mula bertapak di Kuala Lumpur. |
Elemen 3D Mantapkan Lagi Despicable Me 2 Posted: 12 Jul 2013 05:32 PM PDT ADVERTORIAL: Setelah kejayaan pertama menerusi filem animasi Despicable Me, penonton bakal dihiburkan dengan sekuel berjudul Despicable Me 2. Siapa sangka, filem yang diisi dengan suara pelakon terkenal berjaya menggegarkan panggung dengan watak animasi yang direka begitu comel sekali. Walaupun watak mereka dicipta dengan dialog yang tidak difahami namun aksi-aksi lucu mereka begitu menghiburkan. Filem ini mengisahkan mengenai seorang ayah tunggal, Gru yang membesarkan tiga orang anak perempuannya iaitu Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier) dan Agnes (Elsie Fisher). Gru berusaha membesarkan anak-anaknya dengan dengan menghasilkan jem dan jeli buatan sendiri selepas berubah meninggalkan kerjayanya sebagai seorang penjenayah. Malah, Gru juga turut ditawarkan oleh sebuah organisasi rahsia, Anti Villain untuk menyiasat satu kes kehilangan formula baru. Berperanan membantu untuk menentang kejahatan, Gru adalah seorang calon yang sesuai kerana statusnya yang bergelar bekas penjenayah. Gru yang fobia untuk berkawan dengan wanita kerana kisah silamnya telah disatukan dengan Lucy Wilde (Kristen Wiig) untuk menangkap penjahat berkenaan. Kesan 3D yang digunakan juga memberikan impak yang lebih berkesan melalui filem animasi ini dan anda dapat berasakan seperti turut berada dalam Despicable Me 2. Tahniah diucapkan kepada Cinco Paul dan Ken Daurio kerana selain menghiburkan, filem ini juga menerapkan mesej dan nilai-nilai murni yang banyak memberikan pengajaran. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan sejumlah wang untuk menonton filem Despicable Me 2 yang sedang ditayangkan di pawagam sejak 4 Julai. Filem ini mampu membuatkan anda ketawa terbahak-bahak serta turut membantu menghilangkan tekanan kerja di pejabat. Filem: Despicable Me 2 Genre: Komedi Suara latar: Steve Carell (Gru), Kristen Wiig (Lucy Wilde), Miranda Cosgrove (Margo), Ken Jeong (Floyd) dan Russel Brand (Dr. Nefario) Info: Selain sebagai tarikan penonton, penerbit Chris Meledandri percaya Despicable Me 2 sesuai dipersembahkan dalam 3D kerana skop dan skala set filem ini, sekali gus dapat memberikan impak yang menakjubkan kepada penonton. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |