Berita Harian: Hip
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Hip |
Posted: 01 Jul 2013 08:16 PM PDT Buat Steve Carrell, filem animasi 'Despicable Me 2 in 3D' menawarkan sesuatu baik untuk penonton kanak-kanak mahupun dewasa. Sebagai seorang ayah kepada dua orang anak kecil, dia dapat berhubung dengan ceritanya. "Apa yang dipersembahkan itu amat jujur dan ikhlas. Bila anda mempunyai anak, ia akan mengubah setiap aspek hidup anda tetapi dalam cara yang baik. Kanak-kanak akan menyukai jenaka 'Despicable Me 2 in 3D' sementara ibu bapa akan mengenali melalui pengalaman sendiri apa maknanya bila mempunyai anak-anak." "Melihat Margo memasuki alam berpacaran, itu satu transisi yang amat besar bagi Gru, bagi kebanyakkan bapa. Bila melihat anak-anak perempuan mereka semakin matang dan menaruh minat terhadap lelaki, mereka bukannya cemburu tetapi tidak dinafikan wujudnya satu 'tension' di antara si ayah dan budak-budak lelaki yang meminati anak perempuan mereka." Tambah Carell, apa yang membezakan 'Despicable Me 2 in 3D' berbanding filem animasi lain adalah jenaka serta jiwanya. "Ia mungkin sebuah filem animasi tetapi ia juga menyelitkan elemen-elemen kemanusiaan. 'Despicable Me' dan 'Despicable Me 2' adalah filem yang bijak, lawak dan menyentuh perasaan. Para penulis telah berjaya mencipta sesuatu yang istimewa dan unik." Jika anda sedang mencari aktiviti yang boleh dinikmati seisi keluarga, apakata anda menonton 'Despicable Me 2 in 3D' di pawagam bermula 4 Julai 2013. |
Kontroversi Afiq, ibu: Masalah selesai Posted: 01 Jul 2013 04:41 PM PDT Pelakon kontroversi, Afiq Muiz mengakui serik dan enggan lagi berkongsi kisah peribadi bersama media. Justeru, tatkala dihubungi, semalam, bagi mengetahui perkembangan terkini hubungan dengan ibu kandungnya, Hasliza Mohamad, jejaka ini memilih untuk berdiam diri.
Hanya setelah dua kali soalan sama diajukan dan beberapa minit mengunci mulut, barangkali cuba mengumpul kekuatan, anak muda ini akhirnya bersuara dengan nada seolah-olah tidak bermaya. Saya tidak mahu komen apa-apa. Hubungan kami sudah OK, jawab pelakon drama bersiri Bangkitnya Seorang Wanita ini ringkas. Diminta penjelasan adakah dia bersemuka dengan Hasliza atau sekadar memohon maaf menerusi panggilan telefon, Afiq enggan mengulas panjang. Saya rasa media tidak perlu tahu kerana ia membabitkan soal peribadi. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa lagi dengan media. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini.
Jangan tambah fitnah Bukan saja enggan berbicara mengenai kekeruhan hubungan dengan si ibu, Afiq juga tidak mahu mengulas lanjut perihal dirinya dengan pelakon, Eina Azman. Biarpun ibunya mendakwa Afiq dan pelakon berusia 18 tahun itu mempunyai hubungan istimewa, Afiq bermati-matian menafikannya. Sebaliknya dia berkata, Eina dan dirinya hanya bersahabat baik. Sekalipun cuba menyorokkan perkara itu, baru-baru ini ada mata yang kononnya melihat pasangan ini berjalan berpimpin tangan dengan lagak penuh mesra di sebuah restoran di Bangsar. Begitupun Afiq sekali lagi menyangkal tuduhan itu. Bila masa pula kami berpegangan tangan? Saya rasa tidak perlulah saya komen hal ini, tolong jangan menambah fitnah ke atas diri saya, katanya. Rezeki tak terjejas Sementara itu, menyentuh soal kerjaya, kontroversi membabitkan dirinya langsung tidak menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon. Alhamdulillah, rezeki masih ada walaupun dengan apa yang berlaku selama ini. Saya percaya rezeki di tangan Allah dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Saya kini sibuk menjalani penggambaran drama Ratu Syuhada untuk RTM, katanya. Pelakon berusia 21 tahun ini mula menjadi buruan media dan perhatian masyarakat apabila Hasliza membuat pendedahan kepada sebuah portal mengenai sikap Afiq yang kononnya sudah melupakan keluarga setelah menjalin hubungan dengan pelakon wanita, Mei lalu. Hasliza yang terlalu kecewa dengan sikap anaknya, yang disifatkan sudah lupa diri, turut menggelarkan Afiq sebagai anak derhaka. Malah dia mendedahkan Afiq berubah menjadi panas baran, bersikap kurang ajar serta hilang perasaan sayang kepada keluarga setelah mengecap populariti. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |