{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Tengku Adnan gesa pihak tertentu jangan buat sebarang persepsi SPR disiasat SPRM

Posted: 01 Jul 2013 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa pihak tertentu tidak membuat sebarang persepsi mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dakwat kekal.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pembangkang yang mendesak semua petugas SPR meletakkan jawatan berhubung isu itu sedangkan pembangkang yang bertegas mahukan dakwat kekal digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kenapa? Dia (pembangkang) yang minta dakwat kekal, tapi dia yang nak SPR letak jawatan bila dakwa ada isu.

"Saya dah pernah tegaskan, kita tak perlukan dakwat kekal, kita ada IC (kad pengenalan) untuk pengesahan (pengundi), tapi ada pihak yang takut (IC) disalah guna, jadi...sekarang suruh siasat pula," kata Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, portal berita the Malaysian Insider melaporkan SPRM menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.

Sebuah portal juga melaporkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Georgetown yang meminta semua petugas SPR meletakkan jawatan berhubung isu dakwat kekal.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Adnan berkata BN tiada masalah jika pilihan raya kecil itu diadakan pada bulan puasa.
Kerusi DUN Kuala Besut kosong ekoran kematian wakil rakyatnya dari BN, Dr A Rahman Mokhtar pada Rabu lalu.

SPR akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, yang pertama selepas PRU13, 5 Mei lalu.

- BERNAMA

Kos perbelanjaan PRU-13 ialah RM400 juta: Shahidan

Posted: 01 Jul 2013 02:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kos perbelanjaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas, adalah sebanyak RM400 juta, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ia termasuk bayaran elaun lebih masa sebanyak RM5.081 juta dan kos logistik antaranya untuk sewaan pengangkutan, peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), borang semak daftar pemilih serta sewaan talian RM98.465 juta.

Ia juga termasuk bayaran perkhidmatan dan sagu hati kepada petugas sebanyak RM204.1 juta dan lain-lain perbelanjaan sebanyak RM92.354 juta, katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang diedarkan kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Loke bertanyakan mengenai pecahan kos secara terperinci bagi kerajaan mengendalikan PRU13 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan agensi kerajaan yang terbabit secara langsung. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat