{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Jangan terpedaya taktik Pas - Ahmad Shabery

Posted: 13 Jul 2013 11:54 PM PDT

KUALA BESUT: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengingatkan pengundi di Kuala Besut jangan terpengaruh kempen PAS yang seolah-olah mahukan keadaan tidak stabil di Terengganu selepas pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 24 Julai ini.

Katanya keadaan berkenaan tidak akan memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat di Terengganu yang telah banyak mendapat manfaat pembangunan daripada kerajaan pusat dan negeri sejak 2004.

"Selain kerajaan pusat, kerajaan negeri banyak membuat kesinambungan pembangunan yang berterusan, PAS (1999-2004) telah mencatat sejarah hitam kepada rakyat di Terengganu," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media PRK DUN Kuala Besut di sini hari ini.

PAS menggunakan slogan 16-16, merujuk kepada imbangan kerusi sebanyak 16 dikuasai BN dan 16 oleh pembangkang jika mereka memenangi PRK DUN Kuala Besut, sekaligus mewujudkan suasana "tergantung" dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Ditanya sama ada kempen pembangkang akan turut mendapat liputan daripada media kerajaan, Ahmad Shabery berkata media terbabit seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) diberi kuasa membuat pertimbangan profesional berdasarkan nilai berita.

Katanya, RTM memberi ruang perbahasaan secara langsung dari Parlimen di mana pihak pembangkang turut mendapat peluang daripada siaran langsung itu dan tiada masalah untuk pihak kerajaan menyiarnya kepada umum.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Penerangan akan memastikan semua petugas media di PRK Kuala Besut menerima kemudahan yang terbaik di pusat media khasnya kemudahan internet yang lebih pantas.
Katanya dengan adanya Pusat Media itu pihak media akan lebih pantas untuk membuat liputan dan menyalurkan laporan terkini mengenai PRK Kuala Besut.

Dianggarkan 500 petugas media mulai berkampung di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar daripada Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Ia melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Endot@Azlan Yusof. - BERNAMA

Tee saran masyarakat Cina sertai kajian 'Suara Hati Johor'

Posted: 13 Jul 2013 11:52 PM PDT

JOHOR BAHRU: Masyarakat Cina di negeri ini disaran mengambil peluang menyertai kajian 'Suara Hati Johor' yang dilancar kerajaan negeri bagi memastikan hasrat dan pandangan mereka dapat diketengahkan dalam dasar kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Datuk Tee Siew Kiong, berkata penyertaan masyarakat Cina didapati masih kurang memberangsangkan walaupun kajian itu sudah dilancar bulan lepas.

"Kerjasama ketua masyarakat Cina amat perlu dalam meningkatkan penglibatan kaum itu menyertai Suara Hati Johor.

"Semua perlu ambil peluang melibatkan diri kerana jangan pula lepas ini ada pihak persoalkan apa yang kerajaan jalankan sedangkan ramai yang tidak ambil peluang apabila kita sediakan platform," katanya.

Tee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Lukisan Kaligrafi Cina di Wisma Persekutuan Tiong Hua, di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai boleh menyertai kajian itu dan menyuarakan pandangan mereka melalui laman web atau diakses melalui telefon pintar bit.ly/SuaraHatiJOHOR.

Dalam perkembangan lain, Tee berkata harga ayam di negeri ini masih terkawal dan jawatankuasa kawalan harga telah ditubuhkan bagi memantau 15 barangan keperluan sempena musim perayaan ini termasuk ayam.
Katanya harga ayam di pasaran masih mengikut harga kawalan ditetapkan iaitu di antara RM7.50 hingga RM8.50 sekilogram.

Kenaikan harga ayam berpunca daripada permintaan tinggi pelanggan dan juga kekurangan bekalan ayam import dari negara China yang ketika ini mengalami masalah penularan wabak H7N9, katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat