{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Remaja dilaporkan hilang ditemui

Posted: 21 Jul 2013 01:35 AM PDT

GEORGETOWN: Remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilapor hilang dari rumahnya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada Jumaat lalu ditemui awal pagi tadi.

Dia ditemui masih dalam pakaian tidur seperti ketika dia dilapor hilang, pada jam 1 pagi oleh seorang penoreh di pinggir kebun getah, beberapa kilometer dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Hatta Md Zin, berkata remaja itu kelihatan bingung dan trauma serta lemah dipercayai kerana tidak mendapat makanan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa diculik dua lelaki bertopeng dan dibawa naik ke atas bukit serta dirogol oleh salah seorang suspek," katanya ketika dihubungi.

Keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penemuannya dan dia kini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Hatta berkata, pihak polis masih belum mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesan sedang dilakukan.

Mangsa disedari hilang pada jam 6 pagi dengan selimut miliknya dijumpai di belakang rumahnya.
Menurut keluarganya, rumah mereka yang terletak di atas bukit tidak dikunci pada malam berkenaan bagi memudahkan seorang lagi ahli keluarga mereka yang pulang lewat memasukinya.

- BERNAMA

Maklumat awal bantu pasukan keselamatan bertindak segera: ESSCOM

Posted: 21 Jul 2013 01:32 AM PDT

SANDAKAN: Masyarakat khususnya penduduk pesisir pantai diminta menyalurkan maklumat tepat kepada pihak berkuasa keselamatan sekiranya mendapati terdapat sebarang pergerakan mencurigakan di sini.

Ketua Staf Pasukan Gerakan Khas Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM), Superitendan Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli, berkata maklumat awal akan membantu pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani peristiwa tidak diingini daripada berlaku.

Katanya, insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada awal tahun ini perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak agar memberi kerjasama sewajarnya kepada pihak berkuasa demi keselamatan negara.

"Maklumat awal akan dapat membantu pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelak kejadian sama daripada berulang," katanya ketika ditemui selepas Program Berbuka Puasa ESSCOM bersama penduduk kampung Bokara dekat sini, malam tadi.

Di majlis itu, beliau menyampaikan bantuan Ramadan kepada 25 orang balu dan fakir miskin.

Mohammad Nasir berkata, pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu memberi sejarah pahit dan peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa menjalin kerjasama erat dengan pasukan keselamatan terutamanya menyalurkan maklumat sewajarnya.

ESSCOM, katanya, sentiasa memantau keadaan semasa di pesisir pantai negeri ini sebagai langkah berjaga-jaga meskipun insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu ditangani.
- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat