{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Mahkamah saran kes saman Anwar-Syed Hamid diselesai menerusi mediasi

Posted: 24 Jul 2013 02:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menyarankan supaya kes saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung penyiaran satu artikel dalam sebuah akhbar, diselesai melalui proses mediasi.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membuat saranan itu dalam kamar selepas bertemu peguam S N Nair yang mewakili Anwar dan Peguam Kanan Persekutuan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail bagi pihak Syed Hamid.

Nair memaklumkan pemberita bahawa kedua-dua pihak akan berbincang berhubung proses mediasi itu dan mahkamah menetapkan 28 hingga 30 Oktober ini untuk perbicaraan jika tiada penyelesaian.

Mahkamah sepatutnya mendengar perbicaraan kes itu hari ini.

Anwar memfailkan saman menamakan Syed Hamid sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia defendan kedua selepas mendakwa bekas menteri itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada 2 Julai 2008, dan kenyataan berkenaan diterbitkan The Star bertarikh 3 Julai 2008.

Anwar mendakwa artikel itu menunjukkan beliau seorang pengkhianat, tidak setia kepada negara, agama dan bangsa serta seorang yang tidak boleh dipercayai.

Selain RM100 juta, Anwar menuntut ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.
- BERNAMA

Isu kantin sementara tiada kaitan agama, bangsa: Kamalanathan

Posted: 24 Jul 2013 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh dekat sini, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.

Beliau berkata, isu yang dibangkitkan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan ia bersifat perkauman adalah tidak benar.

"Bilik itu digunakan sejak Mac lepas dan semua murid termasuk pelajar Muslim menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Oleh itu tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang makan di situ adalah salah.

"Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat setelah dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya selepas melawat sekolah itu hari ini.

Katanya, cadangan untuk menjadikan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara juga telah dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.

Kamalanathan berkata, pihaknya sedar bahawa bilik itu tidak sesuai dan telah berbincang dengan pihak sekolah itu supaya tidak lagi menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara.

"Saya juga menerima permohonan daripada pihak sekolah untuk meminta bantuan bagi pengubahsuaian kantin asal bagi menampung lebih ramai pelajar, dan kami akan pertimbangkan permohonan itu.
"Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor saya juga akan memberikan sumbangan RM10,000 dan saya berharap kantin itu boleh disiapkan secepat mungkin," katanya.
Sebelum ini akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat