{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Saham Bursa Malaysia ditutup rendah

Posted: 26 Jul 2013 02:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan lengang hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana, namun indeks komposit berjaya kekal melepasi paras 1,800 mata, kata peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,807.61, susut 0.81 mata, dengan kerugian CIMB mengheret turun indeks komposit sebanyak 1.511 mata.

Indeks bergerak antara 1,804.98 dan 1,811.65 mata di sepanjang sesi dagangan.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata sentimen pasaran kembali susut selari dengan pasaran serantau utama yang lemah, diketuai Jepun.

Nikkei ditutup 432.95 mata lebih rendah kepada 14,129.98, diheret turun oleh yen yang kukuh serta aktiviti pengambilan untung.

"Pasaran sangat lengang hari ini. Kedudukan pasaran rendah dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung," katanya kepada Bernama.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 443 berbanding 303, dengan 323 kaunter tidak berubah, 530 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 1.119 bilion saham bernilai RM1.623 bilion berbanding 1.37 bilion saham bernilai RM1.86 bilion yang diurusniagakan pada Khamis.

Di papan skor, Indeks Kewangan susut 37.61 mata kepada 17,337.23, Indeks Perladangan turun 6.85 mata kepada 8,405.34 namun Indeks Perusahaan menokok 8.46 mata kepada 3,079.27.

Indeks FBM Emas susut 5.41 mata kepada 12,600.05, FBMT100 turun 3.47 mata kepada 12,339.28 namun Indeks FBM 70 meningkat 4.57 mata kepada 14,519.78 dan Indeks FBM ACE menokok 37.5 mata kepada 5,085.08.

- BERNAMA

Genting Malaysia labur lebih RM400 juta bina taman tema baru

Posted: 26 Jul 2013 02:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Genting Malaysia Bhd akan melabur sejumlah lebih RM400 juta untuk membina Taman Tema Twentieth Century Fox pertama di dunia untuk menggantikan taman tema lama di Resort World Genting, Genting Highlands.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay, berkata pelaburan bagi taman tema itu adalah sebahagian daripada program pengubahsuaian Resort World Genting yang membabitkan kos RM3 bilion yang merangkumi pembinaan 1,300 bilik hotel tambahan bersebelahan Hotel First World.

"Pembangunan taman tema berjenama Twentieth Century Fox ini merintis jalan bagi pertumbuhan perniagaan dinamis yang berterusan dan untuk memastikan Resorts World Genting terus menjadi destinasi luar biasa bagi pelancong di dalam dan luar negara.

"Perjanjian ini akan melonjakkan Resort World Genting ke satu tahap lagi dalam bidang hiburan keluarga, menjadikannya dan Malaysia satu daripada destinasi percutian terkemuka di dunia," katanya kepada pemberita selepas upacara menandatangani perjanjian bagi taman tema itu hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Malaysia, Datuk Lee Choong Yan, menandatangani bagi pihak syarikat itu manakala Twentieth Century Fox diwakili oleh Presiden Barangan Penggunanya, Jeffrey Godsick.

Lim berkata, taman itu, yang dijadualkan siap pada 2015, akan menggandakan bilangan pengunjung daripada 20.5 juta setahun sekarang.

Beliau berkata, taman yang akan dibina di atas tapak seluas 10 hektar itu, akan menampilkan lebih 25 permainan dan tarikan.
Menurutnya, sebelum pembinaan taman tema itu, taman tema luar sekarang akan ditutup mulai 1 September.

Bagaimanapun, beliau berkata penutupan itu tidak banyak menjejaskan prestasi kewangan syarikat itu kerana ia akan membawa masuk lebih banyak pameran antarabangsa untuk memeriahkan kawasan itu sepanjang tempoh penutupan.

Godsick berkata, taman tema itu akan menggunakan 25 hingga 30 hak harta intelek filem termasuk Ice Age, Rio, Predator, Alien dan Life of Pi.

Resort World Genting yang mula beroperasi pada 1978 sebagai Taman Hiburan dan Rekreasi Genting, atau lebih dikenali sebagai Taman Tema Genting itu berkembang daripada tiga permainan kepada 50 permainan dan menarik berjuta-juta pengunjung setahun, termasuk warga asing.

- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat