{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


KPDNKK sasar 'Jom Beli Barang Raya' peroleh RM7 juta

Posted: 29 Jul 2013 02:53 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyasarkan program 'Jom Beli Barang Raya' kali ini meraih RM7 juta hasil jualan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Hasan Malek juga yakin festival jualan barangan terus dari kilang itu dapat menarik lebih 300,000 pengunjung berbanding 271,000 tahun lalu.

"Pada 2012, Jom Beli Barang Raya yang diadakan di setiap negeri berjaya mencatat jualan keseluruhan sebanyak RM6.7 juta dengan 271,000 pengunjung," katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, di sini hari ini.

Katanya sejak diadakan pada 2009, festival di Putrajaya menjadi penyumbang terbesar dengan nilai jualan mencecah RM2.5 juta pada 2009; RM3.1 juta tahun lepas dan tahun ini disasar memperoleh RM4 juta.

"Harapan kerajaan ialah memberi peluang kepada rakyat mendapatkan pelbagai barangan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran, seterusnya mengurangkan beban perbelanjaan rakyat semasa musim perayaan Aildilfitri.

"Program ini juga dilaksana bagi merancakkan kegiatan ekonomi semasa musim perayaan," katanya menambah festival di Putrajaya sudah meraih RM500,000 dalam tempoh dua hari beroperasi sejak Jumaat lepas.

Di Putrajaya, program jualan 10 hari itu disertai oleh 48 syarikat dengan 200 buah gerai jualan. Jualan bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan pada hujung minggu gerai dibuka bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam. - BERNAMA

Kakak nekad selamatkan adik dari rumah terbakar

Posted: 29 Jul 2013 02:51 AM PDT

PASIR PUTEH: Tanpa memikirkan keselamatan dirinya, Nurul Wani Salleh nekad meredah api untuk menyelamatkan adik bongsunya dalam kebakaran rumah keluarga mereka di Kampung Pantai Dalam Rhu, Semerak di sini, semalam.

Bapanya, Salleh Awang Hitam, 42, berkata Nurul Wani, 20, yang berada di luar rumah, bergegas menyelamatkan adiknya Mohd Idham, 3, yang sedang nyenyak tidur dalam rumah papan itu.

Nurul Wani, anak sulung dari lima beradik, tidak mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.

"Ia satu pengorbanan yang besar dan saya merasa syukur Mohd Idham selamat...kesemua anak saya selamat dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Salleh yang merupakan bapa tunggal selepas kematian isteri, berkata beliau dan anak-anaknya terpaksa berbuka puasa di rumah jiran apabila semua juadah berbuka yang dibelinya hangus dalam kebakaran itu.

"Lebih menghibakan apabila semua pakaian raya anak-anak yang dibeli hasil tabungan wang upah bekerja sebagai buruh kasar turut hangus," katanya.

Menurutnya semua dokumen penting termasuk buku teks dan pakaian seragam sekolah anak-anaknya gagal diselamatkan dan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.
Ketika kejadian tiga anaknya yang lain Nurul Fatihah, 12, Mohd Asrol, 13, dan Mohd Asraf, 7, berada di ruang utama rumah itu dan mereka sempat menyelamatkan diri.

Ketua Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan berkata seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Besut Terengganu dihantar memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata tiupan angin yang kuat serta kedudukan rumah berdekatan dengan pantai menyebabkan api marak dengan cepat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Zawawi Othman yang melawat keluarga berkenaan berkata bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 dihulur untuk membolehkan mangsa membeli makanan, pakaian raya dan pakaian seragam sekolah anak-anak.

"Sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan diusahakan dengan segera untuk keluarga ini," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat