{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Jeneral Tan Sri Zulkifli terima tugas Naib Canselor UPNM keempat

Posted: 05 Jul 2013 02:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin hari ini secara rasminya mengambil alih tugas sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) keempat daripada Lt Jen Datuk Seri Allatif Mohd Noor.

Majlis serah tugas itu berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UPNM dan disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM, Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Terdahulu, Zulkifli menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan kerhormat utama dari Batalion Pertama RAMD, Kem Tentera Sungai Besi di Dataran Wawasan UPNM.

Perbarisan perpisahan turut diadakan di perkarangan yang sama yang dihadiri warga UPNM untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allatif selepas majlis serah tugas itu selesai.

Zulkifli, 55, pernah menerajui UPNM pada September 2008 hingga 19 Mei 2010 sebelum dilantik menjadi Panglima Tentera Darat pada 15 Jun 2011.

Dalam sidang media kemudian, Zulkifli berkata, beliau berharap dapat menyambung semua usaha yang dilakukan bekas naib canselor itu untuk memastikan UPNM terus menjadi sebuah universiti pertahanan dan keselamatan yang cemerlang.

"Jika ada sebarang perubahan atau pembaharuan, saya akan kaji dahulu sebelum dilaksanakan," katanya yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang ketenteraan dan keselamatan.
Zulkifli pernah menjadi jurulatih kanan di New Zealand Army Infantry School selama dua tahun, apabila beliau bertanggungjawab mengajar pegawai dan anggota tentera New Zealand serta negara-negara Komanwel yang lain dalam pengajian senjata, taktik dan peperangan menentang insurgensi.

Antara pengalaman lain, beliau adalah seorang pensyarah dan jurulatih dalam pengajian pengurusan untuk pegawai-pegawai tentera peringkat pertengahan di Institut Latihan dan Pengurusan Tentera Darat dari 1992 hingga 1993. - BERNAMA

SPR tidak boleh campur tangan sekiranya DUN Terengganu tergantung

Posted: 05 Jul 2013 01:21 AM PDT

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh campur tangan sekiranya Dewan Undangan Negeri Terengganu tergantung selepas pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai nanti.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata sekiranya berlaku DUN tergantung, wakil kedua-dua parti harus berbincang sesama sendiri.

"Sekiranya ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah, sultan boleh campur tangan dan sekiranya masih gagal, satu lagi pilihan raya negeri terpaksa diadakan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) menguasai 17 daripada 32 kerusi DUN Terengganu manakala pakatan pembangkang memenangi 15 kerusi (PAS 14 dan PKR satu).

Berikutan kematian ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar daripada BN, pilihan raya kecil akan diadakan pada 24 Julai ini dan BN kini hanya menguasai 16 kerusi.

Sekiranya, pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil ini, kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengkaji semula persempadanan DUN dan parlimen yang mempunyai kerusi angka genap supaya dijadikan angka ganjil.
"Perkara itu akan dipertimbangkan dalam proses persempadanan semula nanti," katanya.

Mengulas dakwat kekal, Abdul Aziz berkata, ia tetap akan digunakan pada pilihan raya kecil itu namun dakwatnya sedikit berbeza daripada yang digunakan pada pilihan raya umum lalu.

"Dakwat kali ini akan mempunyai kandungan silver nitrate yang lebih tinggi untuk memastikan ia akan kekal lebih lama dan ditempah daripada pembekal yang berbeza," katanya.

Mengulas tarikh pilihan raya kecil DUN Kuala Besut pada Ramadan, Abdul Aziz berkata SPR tidak mempunyai masalah mengendalikannya kerana sebelum ini terdapat dua pilihan raya diadakan ketika bulan puasa iaitu di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan Lunas, Kedah.

"Kita tidak mahu kekosongan terlalu lama untuk mengadakan pilihan raya dan kempen tidak rasmi terlalu panjang. Kita dah bincang mengenainya dan ia bukan benda baharu bagi SPR," katanya.

Abdul Aziz berkata, 10 orang masing-masing dari Majlis Belia Negara dan Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi akan menjadi pemerhati dalam pilihan raya kecil ini. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat