{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Mutakhir

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Mutakhir


Garis panduan baru Bank Negara bantu kurangkan hutang isi rumah

Posted: 08 Jul 2013 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Garis panduan baru Bank Negara Malaysia (BNM) bagi pinjaman perumahan dan peribadi akan membantu mengurangkan hutang isi rumah di negara ini dan menggalakkan pembiayaan bertanggungjawab dan pertumbuhan kredit pengguna yang mapan.

Di bawah garis panduan baharu itu, pembeli hartanah tidak lagi di beri opsyen untuk membuat pinjaman bagi tempoh lebih daripada 35 tahun.

Sesiapa sahaja yang membuat pinjaman peribadi kini hanya boleh berbuat demikian bagi tempoh sehingga 10 tahun.

Pengurus Perhubungan Awam iProperty Group, Debbie Pereira, berkata garis panduan itu akan memberi kesan kepada generasi muda yang akan berdepan garis panduan lebih ketat dalam pembelian rumah mereka.

"Ia tidak akan memberi kesan kepada generasi lebih tua. Justeru itu, jualan rumah dijangka tidak terjejas," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang kempen "Happily Ever After Home Campaign" syarikat di sini, hari ini. - BERNAMA

Iskandar Investment, Mammoth bina Medini Empire bernilai RM4 bilion

Posted: 08 Jul 2013 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Iskandar Investment Bhd (IIB) menjalin pakatan dengan Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd untuk membina pembangunan komersil bersepadu, Medini Empire, di kawasan seluas 9.62 hektar di Medini Iskandar dengan nilai pembangunan kasar RM4 bilion.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IIB, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, berkata syarikat melalui unit milik penuhnya, Medini Land Sdn Bhd, dan anak syarikat milik penuh Mammoth Empire, Mammoth East West Sdn Bhd, akan melabur lebih RM2 bilion dalam projek berkenaan, yang dijadualkan pembinaan pada 2015.

"Medini Empire akan terdiri daripada menara pejabat, hotel, pangsapuri berperkhidmatan, pejabat, ruang perniagaan, pusat konvensyen, dewan konsert, pawagam gaya hidup dan kedai khusus," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian langganan pemegang saham dan pembelian pajakan antara kedua-dua pihak dan Cosmolane Development Sdn Bhd di sini hari ini.

Cosmolane Development, yang kemudiannya dikenali sebagai Empire Iskandar Sdn Bhd, merupakan pemilikan 40 peratus oleh Medini Land dan 60 peratus milik Mammoth Empire.

Syed Mohamed menandatangani bagi pihak IIB dan Mammoth Empire diwakili Pengarah Urusan kumpulannya Datuk Sean Ng dan Pengarah Eksekutif kumpulan Datuk Danny Cheah Joi Yong.

Cheah berkata usaha sama berkenaan akan terus meningkatkan kedudukan strategik Mammoth Empire dan membolehkannya bekerjasama dengan Iskandar Investment dalam bidang kecekapan relatif di samping mempelbagaikan aktiviti ke dalam bidang perniagaan lain.

Selain itu, beliau berkata Iskandar Malaysia dianggarkan mempunyai penduduk sebanyak 1.35 juta orang pada 2025 dengan 66 peratus daripada mereka dalam umur bekerja.
Penduduk juga diunjurkan berkembang pantas dalam 20 tahun akan datang.

"Oleh itu, kami menjangka peluang pertumbuhan dan komited untuk terus melabur dalam kawasan ini (Iskandar Malaysia) bagi merealisasi wawasan kami untuk mewujudkan pembangunan hartanah bagi memenuhi tuntutan gaya hidup hari ini.

"Kami percaya usaha sama ini akan mengukuhkan komitmen kami ke arah menacapai wawasan kami dan kami pasti pelaburan kami akan mendapat pulangan bila tiba masanya," katanya.

Medini Empire, yang dijangka siap pada 2018, adalah satu daripada pelaburan di Iskandar Malaysia, yang sehingga kini menarik RM111 bilion nilai pelaburan.
- BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat