{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Nasional

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Nasional


PM umum definisi baru PKS

Posted: 11 Jul 2013 05:46 PM PDT

Putrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan definisi baru Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dijangka menambah firma PKS dalam negara bagi memudahkan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata definisi baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Beliau berkata, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan meluluskan cadangan menaikkan had kelayakan paras ambang bagi jualan tahunan dan bilangan pekerja bagi semua sektor ekonomi.

Bagi sektor pembuatan, beliau berkata, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta (kurang RM25 juta) pada masa ini atau bilangan pekerja tidak melebihi 200 pekerja (kurang daripada 150 pekerja pada masa ini).

Bagi sektor perkhidmatan, beliau berkata, nilai ambang dinaikkan, iaitu PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta (kurang RM5 juta pada masa kini) atau bilangan pekerja tidak melebihi 75 pekerja (kurang 50 pekerja pada masa kini).

Di bawah definisi baru, Najib berkata, perusahaan mikro adalah firma yang mempunyai jualan tahunan kurang RM300,000 atau pekerja kurang daripada lima orang.

Kajian semula ini tepat pada masanya memandangkan perubahan ekonomi, melalui definisi baru ini, bererti jumlah firma yang diklasifikasikan sebagai PKS akan bertambah. Jumlah PKS dijangka meningkat daripada 97.3 peratus pada masa ini kepada 98.5 peratus, katanya.
Pengerusi mesyuarat

Sebelum itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Ke-14 bersama ahli daripada 16 kementerian dan agensi, termasuk Sabah dan Sarawak di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Sementara itu, Najib berkata, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan turut membincangkan breakout strategy untuk perusahaan mikro yang akan diperhalusi lebih lanjut untuk memberi insentif dan galakan meningkatkan produktiviti sektor itu.

Beliau berkata, majlis itu juga membincangkan kertas cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membangunkan enam pusat penjaja bagi diberi nafas baharu, iaitu Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak, Pusat Penjaja Jalan Usahawan, Medan Selera Taman Maluri, Medan Selera Taman Setiawangsa, Medan Selera Damai dan Medan Selera Mega.

Kita menetapkan pendekatan baru untuk memaparkan model yang lebih baik berdasarkan konsep pembangunan seperti mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan ada Kedai Rakyat 1Malaysia.

Kita juga memutuskan untuk mendapatkan kerjasama strategik dengan syarikat swasta supaya bentuk pusat penjaja, tahap kebersihan dan ciri-ciri lain dapat dimasukkan dalam bentuk baru. Dengan ini, pusat penjaja itu mempunyai daya tarikan kukuh, katanya.

Najib juga mengumumkan penubuhan Panel Penasihat PKS bagi memberi input berkaitan sektor itu dan strategi keusahawanan dalam mewujudkan syarikat bertaraf dunia.

Panel Penasihat PKS

Panel akan terdiri daripada usahawan yang terbukti kejayaannya dan tidak semestinya terkenal tetapi mempunyai rekod prestasi yang baik serta berkebolehan serta mempunyai masa menyumbang kepada perjalanan panel penasihat ini, katanya.

Panel akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

BERNAMA

Bersih 3.0 jadi panduan

Posted: 11 Jul 2013 05:46 PM PDT

Kuala Lumpur: Kabinet akan memutuskan sama ada laporan siasatan Perhimpunan Bersih 3.0 oleh Panel Penasihat Bebas boleh dijadikan dokumen awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau akan membentangkan laporan itu kepada Kabinet sebelum keputusan mengenainya dibuat.

Saya percaya Laporan Panel Penasihat Bebas yang dilantik kerajaan untuk menyiasat Perhimpunan Bersih 3.0 boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya kepada media selepas melawat Pasar Borong Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut sama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusop.

Kecewa sikap pembangkang

Laporan itu diserahkan Pengerusi Panel Penasihat Bebas berkenaan, Tun Hanif Omar kepada Ahmad Zahid di Putrajaya, kelmarin.

Panel itu ditubuhkan pada 30 Mei tahun lalu bagi menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan Bersih 3.0, di sini pada 28 April 2012. Panel itu mendengar keterangan 45 saksi dan meneliti lebih 72 jam rakaman video untuk menyiapkan laporannya.
Ahmad Zahid berkata, panel yang diketuai bekas Ketua Polis Negara itu profesional dalam tugasan mereka dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpuas hati dengan laporan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana wakil pembangkang, terutama penggerak utama perhimpunan itu enggan bekerjasama sedangkan orang awam memberi kerjasama.

Kadar jenayah

Mengenai kadar jenayah di negara ini, beliau berkata, sebahagian besarnya dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).

Di Selangor contohnya, 90 peratus jenayah berat terancang dilakukan bekas tahanan yang pernah ditahan mengikut EO tetapi dibebaskan selepas ordinan itu dimansuhkan, katanya mengulas cadangan mengembalikan ordinan itu walaupun statistik polis mencatatkan penurunan kadar jenayah sejak Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.

Pemegang kad UNHCR

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mahu pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dari Myanmar dipantau kerana menggunakan dokumen palsu.

Katanya, mereka akan diminta membuat kad UNHCR baru dilengkapi cip bagi membolehkan lokasi mereka dikesan dengan kos untuk membuatnya ditanggung sendiri.

Lebih 100,000 rakyat Myanmar di negara ini pemegang kad UNHCR, manakala lebih 50,000 lagi tiada dokumen sah. Mereka perlu pulang dan memohon dokumen sah untuk masuk semula ke Malaysia. Setakat ini, 20,555 sudah pulang secara sukarela, katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau terpanggil untuk melawat pasar borong itu berikutan beberapa kes bunuh akibat pergaduhan sesama warga Myanmar di situ, baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat