Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Isu calon pil kuda: Sekutu PAS saman Hadi Posted: 22 Jul 2013 04:03 PM PDT Bekas calon PKR DUN Bukit Besi dakwa kenyataan Presiden PAS punca kekalahannya pada PRU-13 Jertih: Seorang calon PKR yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan menyaman Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa Presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan yang menyebabkannya kalah pada PRU-13. Mohd Shamsul Mat Amin, 28, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Dungun, berkata kenyataan Hadi yang mendakwa ada calon PKR jual pil kuda memberi kesan serta menjejaskan kehidupannya. Rasa terhina dengan ucapan "Walaupun Hadi tidak menyebut nama calon yang dimaksudkan, saya berasa tertekan dan terhina dengan ucapannya kerana saya antara calon bertanding. "Ucapan itu disiarkan di semua media utama, termasuk internet dan dimuat naik ke laman Youtube dan boleh dibaca serta didengar jutaan manusia di seluruh dunia," katanya pada sidang media di sini, semalam. Beliau merujuk kepada ucapan Hadi yang disiarkan di dalam akhbar pada 23 April lalu bertajuk Calon PKR jual pil kuda sokong Komunis. Shamsul yang juga seorang pemaju perumahan berkata, akibat daripada ucapan itu, beliau berasa aib dan diejek dalam kalangan masyarakat kampung serta menyebabkan nama baik keluarganya tercemar, termasuk kredibiliti parti. "Secara tidak langsung menjejaskan perniagaan saya selain menderita akibat fitnah sehingga menyebabkan masyarakat menganggap saya pengedar pil kuda. "Saya bertekad untuk mengambil tindakan mahkamah bagi membersihkan nama baik saya daripada angkara fitnah ini. "Hadi sebagai pemimpin politik bercirikan agama sepatutnya menyiasat terlebih dulu berita atau maklumat yang belum ditentukan kesahihannya," katanya. Beliau berkata, dua lagi rakannya yang juga bekas calon bagi kerusi DUN Kota Putera dan Seberang Takir, dijangka mengambil tindakan yang sama dalam tempoh terdekat. |
Shafee ketuai dakwaan kes liwat Anwar Posted: 22 Jul 2013 03:56 PM PDT Putrajaya: Jabatan Peguam Negara membuat kejutan dengan melantik peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketuai pendakwaan Berikutan itu, Muhammad Shafee akan mengetuai pendakwaan dalam rayuan kes berkenaan dengan dibantu TPR Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dan Noorin Badaruddin. Difahamkan, ini kali pertama seorang peguam dilantik sebagai TPR bagi mengendalikan kes jenayah oleh Jabatan Peguam Negara.
Ditemui selepas itu, beliau berkata, surat pelantikannya sebagai TPR ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada 2 Julai dan diterima pada 11 Julai lalu. "Surat itu tidak menyatakan alasan pelantikan saya dan pada masa ini pelantikan itu hanya membabitkan rayuan pendakwaan dalam kes liwat itu. "Saya menerima pelantikan ini sebagai perkhidmatan awam dan surat pelantikan menyatakan saya dianggap sebagai TPR... pada masa sama saya boleh mengendalikan kes lain selagi ia tidak mempunyai konflik kepentingan dengan rayuan ini," katanya. Muhammad Shafee berkata, pelantikan secara kontrak seperti itu pernah berlaku sebelum ini walaupun jarang terutama apabila membabitkan kes berprofil tinggi.
Dalam pada itu, Gani ketika mempertahankan keputusannya berkata, pelantikan Muhammad Shafee adalah berdasarkan pengalaman luasnya dalam mengendalikan kes jenayah. Beliau ketika dihubungi BH di London berkata, pelantikan itu juga kerana ketua pendakwaan sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden bersara awal dan turut mewakili pembelaan. "Saya tidak melihat sebarang alasan yang bagus mengapa kita tidak boleh melantik Muhammad Shafee. "Perlu diingatkan di sini, jika kes rayuan ini adalah kes yang mudah, Karpal Singh tidak akan mengendalikannya," katanya. Elak dituduh berat sebelah Abdul Gani berkata, Pejabat Peguam Negara selalu dituduh bersikap berat sebelah dan mengikut telunjuk kerajaan dan situasi sama dialaminya ketika melantik Muhammad Shafee pada inkues kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock. Anwar melalui Twitter miliknya juga menulis: 'Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah pelantikan Datuk Seri Shafee Abdullah yang terbabit menentang saya sejak 1998 sebagai Ketua Pendakwa'. Terdahulu, peguamnya, Ram karpal memberitahu mahkamah, beliau mendapat arahan anak guamnya selaku responden untuk mengemukakan bantahan. Mahkamah mengarahkan Ram Karpal mengemukakan bantahan pada prosiding akan datang. Prosiding rayuan itu yang sepatutnya didengar semalam ditangguhkan selepas mahkamah diberitahu oleh Ram Karpal bahawa peguam utama Anwar, Karpal Singh dimasukkan ke Wad Ortopedik dan Traumatologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami sakit belakang. Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini bagi pengurusan kes. Ram Karpal yang ditemui kemudian berkata, antara alasan bantahan pelantikan Muhammad Shafee adalah ia bermotifkan politik dan tidak memberikan persepsi yang baik kepada masyarakat. Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar, 66, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |