Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 05 Jul 2013 05:32 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. |
Posted: 05 Jul 2013 05:28 PM PDT Penggunaan dana pencen beri pulangan tinggi: Najib Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu risau mengenai pembabitan dana pencen itu melabur dalam projek hartanah terbesar di United Kingdom (UK), iaitu pembangunan semula Stesen Janakuasa Battersea di London. Datuk Seri Najib Razak berkata, mereka harus melihat ia sebagai pelaburan jangka panjang yang menjanjikan pulangan tinggi dan pasti menguntungkan Malaysia secara keseluruhan. Kita mesti lihat jangka panjang. Ini adalah konsortium Malaysia dan projek ini ada asas pulangan yang tinggi. Oleh itu, apa juga yang kita labur, sebahagian besar dananya dipinjam daripada bank. Untung jangka panjang Jadi, ia juga tidak membabitkan aliran kewangan keluar dari Malaysia dan pulangannya begitu tinggi. Ini bererti pada jangka panjang, projek ini akan menguntungkan Malaysia, kata Perdana Menteri pada akhir lawatan kerja empat hari ke UK di London, semalam. Malaysia muncul sebagai pelabur tunggal terbesar dalam sektor hartanah di UK melalui projek pembangunan semula stesen janakuasa Battersea bernilai 8 bilion pound (RM39.2 bilion) itu. Tingkat hubungan dua hala Mengenai pertemuannya dengan Cameron, Najib berkata, mereka bersetuju untuk terus meningkatkan hubungan dua hala yang lebih baik dalam semua bidang, terutama perdagangan dan pertahanan termasuk pertukaran maklumat serta pendidikan. Bagaimanapun mereka tidak berbincang mengenai isu penyalahgunaaan visa rakyat Malaysia di UK. Dilaporkan, kira-kira 20,000 rakyat Malaysia tinggal secara haram di UK selepas tamat tempoh visa enam bulan atau menyalahgunakan visa. Namun, kita akan memantau keadaan ini. Apa yang penting untuk rakyat kita ialah menghormati undang-undang negara lain... jangan tinggal melebihi had, katanya. Najib berkata, Cameron juga gembira kerana London dipilih menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-9 Oktober ini, dan akan hadir pada forum yang kali pertama diadakan di luar negara Islam. Ini memberikan peluang baik untuk kita memperluaskan hubungan perdagangan, pelaburan dan rangkaian perniagaan antara dunia Islam, khususnya Malaysia dan negara yang terbabit dalam forum ini, terutama Eropah, katanya |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |