Berita Harian: Nasional
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Nasional |
Posted: 06 Jul 2013 04:52 PM PDT Operasi serentak seluruh negara periksa pembekal, pengedar, pemborong dan peruncit Seremban: Ops Harga 2013 bagi membendung dan mengawal kenaikan harga barang, dilancarkan semalam untuk memantau serta memeriksa semua peringkat perniagaan daripada pembekal, pengedar, pemborong dan peruncit. Jaga kepentingan pengguna Sepanjang operasi itu, seramai 1,845 pegawai penguat kuasa di seluruh negara diarah mempertingkatkan pemeriksaan dan pemantauan harga barangan yang bertujuan menjaga kepentingan pengguna. Pelancaran serentak operasi seluruh negara itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek, di Pasar Besar Seremban, di sini. Beliau berkata, antara lain ia untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan memanipulasi harga bagi mengaut keuntungan berlebihan apabila permintaan meningkat. "Ini langkah penguatkuasaan bagi menangani isu kenaikan harga barang keperluan dan persediaan menghadapi perayaan. Kenaikan harga dijangka berlaku apabila perbelanjaan meningkat menjelang Ramadan dan Aidilfitri," katanya. Kaunter khidmat pengguna Katanya, pengguna juga dibenarkan membandingkan timbangan barangan dibeli di kaunter berkenaan, selain menyalurkan aduan untuk ditangani segera oleh kementerian. Hasan berkata, untuk mendapatkan komitmen pengeluar, pembekal, pemborong, pengimport serta persatuan perniagaan, satu mesyuarat dengan pihak industri akan diadakan esok. Katanya, perjumpaan di Putrajaya itu juga diharap membantu banyak pihak, terutama peniaga supaya tidak mementingkan keuntungan semata-mata. "Kerjasama ini amat penting dalam usaha memastikan tiada isu bekalan kurang atau harga dinaikkan sesuka hati. Mereka (pihak industri) perlu letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya," katanya. Mengenai cadangan supaya harga ayam ditetapkan lebih awal pada musim perayaan, Hasan berkata, harga akan ditetapkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesuatu perayaan. "Kita akan letakkan harga ayam dan bekalan lain mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 bulan depan. Dalam tempoh itu, peniaga diwajibkan menjual barangan terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan kerajaan," katanya. INFO KPDNKK menempatkan kaunter khidmat pengguna dan alat timbang di pasar utama di seluruh negara bermula 1 Julai lalu. |
Atlet SUKMA dakwa dirogol peserta lelaki Posted: 06 Jul 2013 04:50 PM PDT Kuala Lumpur: Seorang atlet bola baling yang sedang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2013, membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh atlet lelaki di perkampungan sukan itu di Universiti Putra Malaysia (UPM), pada Rabu lalu. Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej universiti itu. Sebelum kejadian, dia dikatakan meminum minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang.
Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |